Wednesday, July 6, 2011

Muffin Pisang Inti Coklat


Assalamualaikum..

Memuffin lagi untuk habiskan pisang yang meranum. Sebenarnya dah 2 kali dah buat muffin ni. Ngapa buat sampai 2 kali tu? Maknanya sangat sodap la yee. Memang sedap!! En suami pun suke la sangat muffin gini. Ada inti coklat lagi u. Texture yang lembut menambat hati. TQ Ros Jintan manis. Satu adunan boleh dapat dlm 35 ketul comel mcm saya buat ni.

Sebut pasal muffin ni, teringat ada yang bertanya perihal muffin . Sepanjang saya mencube pelbagai jenis muffin ni boleh la saya sharekan sikit pengalamannya.

1. Secara umumnya muffin adalah salah satu jenis cupcake. Cupcake ni lagi luas dan merangkumi pelbagai jenis, contoh medeleines  pun adalah sejenis cupcake dan mooncakes pun dikatakan dikategorikan di bawah cupcakes. Asalkan ianya berbentuk kek yang dimasak didalam mould kecil, ianya adalah cupcakes.

2. Cara pembikinan membuatkan kita lebih mudah membezakan cc dengan muffin. CC dibuat dengan pelbagai teknik. 
Antaranya teknik cream mixture - iaitu menggebukan gula dan butter seterusnya telur.
teknik all in 1 mixture- masukkan semua bahan dan gebukan.
teknik whisked mixture- iaitu dengan wisk kan dulu telur, gula dan kemudian bahan2 lain. 
teknik muffin- iaitu mengasingkan bahan kering dan bahan basah kemudian campurkan keduanya.

3. Jadi secara khususnya membuat muffin adalah sangat mudah. Iaitu mengasingkan bahan kering dan basah. Kemudian tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul.

4. Satu perkara penting  untuk mendapatkan muffin yang fluffy gebu dan lembut ialah jangan OVERMIX bahan basah dengan kering. Gaul sekadar sahaja. Biarkan jika adunan nampak tak licin dan adunan nampak berketul2.  
Cara saya mudah, saya pastikan bahan2 kering betul2 digaul rata. Kemudian bahan2 basah seperti telur, mentega cair, susu segar, pisang, yogurt dsb digaul sebati. Kemudian curah ke dalam bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Gaul kurang lebih 1 minit aje. Jangan overmix!

5. Untuk mendapatkan muffin membukit naik, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Tapi awas tidak semua jenis muffin akan naik membumbung, Ada juge jenis muffin yang akan melimpah ruah. Lain jenis muffin dan adunan, lain result yang dapat. Sebab itulah saya suke mencube pelbagai jenis muffin. Jika dalam resepi ada menyebut sudukan hanya 1/2 adunan bermakna mungkin muffin jenis yang agak cair adunanya.

6. Satu faktor lain membumbung naik atau tidak muffin ini, adalah jenis adunanya. Berdasarkan pengalaman cetek saya membuat muffin ni, jika adunan sedikit pekat, saya suke letakkan adunan agak penuh ke dalam muffin cup. Nanti hasilnya muffin akan naik membumbung cantik. Sebab permukaan muffin mudah kering dan akan membuatkan muffin tidak melimpah.

Muffin yang adunan nya agak cair , mungkin ada keberangkalian akan melimpah jika meletakkan penuh2 ke dalam muffin cup. Mungkin disebabkan permukaannya masih cair basah  ia mudah melimpah. *ini adalah berdasarkan pengalaman. Bukan teori sebenar yeee.. hhehe

7. Faktor lain adalah, jangan  ketuk atau hentak muffin cup selepas disudukan adunan. Biarkan ada angin2 di dalam adunan itulah yang membuatkan muffin naik membumbung.

8. Faktor lain adalah suhu oven. Ramai juga yang mungkin mengalami masalah muffin tak naik elok kerna suhu oven masing2. Syaa belajar dari  sifu kak Nor Secubitgaram yang suhu juga memainkan peranan penting. Kite sendiri kena faham ragam oven masing2 untuk menghasilkan muffin yg elok. Kata kak Nor jika oven menggunakan api atas dan bawah ada 2 cara untuk menentukan yang mana satu lebih elok.

pertama: Bakar muffin 10 minit menggunakan api bawah, kemudian tukar ke api atas dan bawah hinnga masak.
kedua: Bakar muffin menggunakan api atas bawah, kemudian tukar ke api bawah sahaja sehingga masak.

Sila cube yang mana satu elok dengan oven untuk menghasilkan muffin yang cantik.


9. Dah baca semua atas tu kan? Nak bagitau skali lagi, secara khususnya membuat muffin mmg tidak menggunkaan mixer, tidak perlu cream teknik bagai. Hanya menggaulkan bahan basah bersama bahan kering. Tapi kerana kekreatifan kite maka dah banyak variasi muffin yang menggunakan teknik pelbagai. Dan hasilnya sangat memuaskan dan menambah fluffy gebunya sesuatu muffin itu. Satu lagi kalau dibarat muffin ni lebih suke dibakar bogel tanpa cup dan berbentuk cendawan. Satu lagi cadangan hidangan adalah ketika panas2.

10. Penggunaan sesuatu bahan juga menambah kegebuan sesuatu muffin. Jadi kalau nak cube dan nak rasa, bolehlah mengalami pengalaman sendiri menggodek muffin. Okaeyy... ini adalah satu info amatur dari saya. Banyakkkk lagi kena belajarkan. Dan siapa2 jom lah kongsi lagi tips2 membuat muffin ni. Saya memang suke siapa2 sudi share.




MUFFIN PISANG INTI COKLAT

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum

 1 1/3 cawan gula
*izah guna 3/4 cawan

2 biji pisang yang ranum
*izah letak 200gm

1\2 cawan minyak masak

2 biji telur

1\3 cawan  susu segar

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 1/2 sudu kecil baking powder

beberapa titik esen vanila

beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)

Cara-caranya

1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.

2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.


36 comments:

  1. tima kasih izah atas info on muffin..berguna semua tips tu - rin tak berapa menjadi sangat buat muffin ni sbb dia akan kering di permukaan - tak lembap...
    anyway, muffin izah nampak yummy..!!

    ReplyDelete
  2. makcik..setelah aku baca info2 kau tu...
    hmm..rasanya semangat nak memufin dah naik balik ni...he..he..
    maceh makcik....
    aku nak try gak la mufin kau ni...
    tolong jampi sikit biar mapin aku nanti cantik gebu macam mapin kau..
    aku klu mapin ni...
    kadang2 meroyan gak nak menerainya...
    maceh sekali lagi atas tips2 yang berguna tu....muahhhhh

    ReplyDelete
  3. tergodanya tgk muffin izah tu... cantik jer kaler permukaannya... tq utk info & tips yg dikongsikan.. patutlah muffin akak mudah gelap kat atas tu.. akak balun jer bakar api atas & bawah sampai sudah.. hahahah.. lenkali kena ikut tips yg izah & k.nor kongsikan.. TQ dear..
    akak pun pernah mengalami pengalaman muffin melimpah ruah.. selalunya bila guna cup muffin yg tinggi yg boleh stand sendiri tu.. mmg tak reti betul nak agak nak letak adunan sampai mana kalau guna cup tinggi tu... sampai skrg cup tu tak abis2 lg diguna.. haha..

    ReplyDelete
  4. izahhhhh...creamy giler inti coklat tu...kena masuk waiting list ni..

    ReplyDelete
  5. panjang betul info izah...anyway, mekasih bebanyak di atas info yg sgt b'guna ini..muffin tu nmpk sedap la sbb ada cakelat...budak2 mesti suka ni

    ReplyDelete
  6. Izah muffin Lover....memang kena sgt nama blog ni ngan Izah....perghhh....muffin Izah memang gebu ...cantik...rasa tak nak ceritala...confirm sedap nikan...kalau dapat kirim kat kak cek dalam 2 ke 3 ketul lagila bestnya kan...he he :)

    ReplyDelete
  7. Salam menarik mapim pisang ni..boleh buat..dlm ada inti sdp tu..tq dgn info2 yg beguna mmg akk akan ikut stail cam izah nyatakan di sini...tq shering...

    ReplyDelete
  8. Izah, akak nye muffin kekadang tu jadi mcm padat sgt teksture dia. Agaknya sbb terover mix la tu ek...Comel arr muffin Izah ni.. Nanti kalau ada rezeki dating, buatkan akak muffin yg lazat2 ye..hihihi..

    ReplyDelete
  9. wahhh panjang karangan cikgu arini ya.. bila baca balik cam izah copy paste jer ayat k.nor ya.. hehehhehehe

    ReplyDelete
  10. oic.... nak memafin la pulak... hehehe

    ReplyDelete
  11. wow izah, thanks for sharing the tips tu ya..memang bagus ni..
    ni akak dah bawa mapin coklat akak..nak tukar mapin izah..2 ketul dah ler buat akak aje..hehe

    ReplyDelete
  12. izah..bila ms letak inti coklat tu
    sekali ke ms letak dlm paper cup tu..
    ada x resepi muffin vanila dlm tu ada inti choc..wahhh dah tya rs terliur lak...tp muffin izah mmg kiut miiut n terbaekkk

    ReplyDelete
  13. ASsalam cikgu,tengs ya kongsi ilmu n petua yg berguna nih..Panjang betoi esei arini..Penat duk baca meh mapin 2ketui..

    ReplyDelete
  14. Tak berkelip mata aku baca macam la nak bukak kedai muffins haha..
    Thanks Izah!
    Yang pakai oven gas zaman jipun ni guane gayer ye cik kak? takde api- atas bawah:)

    ReplyDelete
  15. Thanks Izah for info pasal muffin ni... sedapppp nampak muffin tu, ader coklat lagi kat tengahnya.... :)

    ReplyDelete
  16. bestnyer mapin pisang... bila la nk buat ni? pisang dh ada, tp vitamin R belum mari !!!

    ReplyDelete
  17. Salam Izah...
    wah rajin lah izah buat muffin siap ngan inti coklat lagi..ni kat rumah dah tggl kakak2 Nazli diorg tak brapa minat mkn kek or muffin..huhuhu

    best kan dpt jumpa kak anim..kalau tak dpt jumpa ngan noorsha.. agak2 kalau mama dtg KL blh jumpa ngan Izah tak??? hehehe

    ReplyDelete
  18. kak izah....bila saya boleh gigit mapin buatan tangan kak izah nih...hari2 saya duk gigit mapin buatan kedai roti amoi seberang jalan....meh baling ke sini satu dua ketul...saya menunggu nih =0).

    ReplyDelete
  19. KAKAK IZAHHHHH!!! ADIKKKK ika nak mapin jugak!!! wakakaka... baru nak tegak kan urat2 leher ni kak :D kalau dah namanyer pisang mmg lah sedapnyer! tp nak yg kosong boleh tak? :P

    ReplyDelete
  20. terima kasih izah, your info memang berguna-guna sangat! muffin and cupcake both adalah my family punye favourite, so your tips really helps me!

    nice blog, keep up blogging and sharing info!

    ReplyDelete
  21. Salam K.Izah..

    patut laa bt mapin asyik xjd jee..main hentam je bt..lepas ni kita ikut kata cikgu Izah..konpem jadi..tq kak..sblm tu nk mapin pisang dulu 2 ketui :-)

    ReplyDelete
  22. izah bagusnya siap bagi petua lagi.. bagus2 leh buat pedoman.. anak2 tentu suka muffin ni ye sebab ada inti coklat

    ReplyDelete
  23. baik hati izah siap bagi petua...teringin pulak nampak coklat melelh kat dalam tu

    ReplyDelete
  24. waduuuuh..panjang lebar dah ngajo tu..kalo tak cantik gak mapin kali ni..pok tangan sendiri kan jah kan?..haha

    ReplyDelete
  25. ratu muffin dah kuarkan tips2 memuffin :)) tq2, tp bl plak la kite nk mula ni..:(

    *muffinmu mmg kiut miut! dgn filling2 lg mmg feeling abis la klu mmgunyah tu :)))

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum izah...
    wah ada tips yg amat berguna kat cnie... terima kasih untuk infonya tu yer izah...

    muffin tu mmg cantik n nmpk sedap ler izah... anak2 mesti tergoda kan

    ReplyDelete
  27. Bagus mek,bagus..ko kuarkan laa segala ilmu di dada..boleh celikkan lagi ilmu kitorang nih lebar2..hehe..tq izahdaut..mapin lover..
    aku nak jugak seketul mapin ko yg gojes tu..cun!

    ReplyDelete
  28. terasa muffin tu dalam mulut ni. terima kasih izzah for d info. berguna ni untuk makcik yang tak berapa pandai nak masak..

    ReplyDelete
  29. Izaaaaaaaaaaaaah.....mapin ni comel cam hang la......erk....bukan tang filling tu yer...mueheheheh....:)

    ReplyDelete
  30. Izaaaaaaaaaaaaah.....mapin ni comel cam hang la......erk....bukan tang filling tu yer...mueheheheh....:)

    ReplyDelete
  31. tu dia bila ratu muffin buat muffin yg gebu dan comel....suka tngk muffin2 yg Izah buat...akak pun nak wat gaklah...lama betul tak memapin ni...anak2 asyik tanya je bila nak wat mapin...kih3..

    ReplyDelete
  32. wahh best baca pengalaman memapin ni...info yang menarik tu zah...tq sharing...:)

    ReplyDelete
  33. Tq so much kak..Tips akak ni sangat berguna buat kami yang baru nak belajar buat muffin ni.

    Padan la masa Nur buat muffin tu tak berapa nak naik, rasanya "overmix". Next time berilah tips lagi ye. Sayangggg Kak Izzah.. :)

    ReplyDelete
  34. http://www.facebook.com/BenriGoods
    untuk dapatkan barang2 silicone bakeware. visit here ^^

    ReplyDelete
  35. Izah...guna oven jenis mcm mana ek? npk gebu mapin izah. .sy buat x jd cn tu...blh gtau x oven jnma apa?

    ReplyDelete
  36. @ummiza
    saya guna jenama panasonic, yang ada sekali untuk stim. tak de api atas bawah tapi kalau nak masak kek, roti bakar ayam ikan, nak defroz ke dia memang ada button terus untuk satu2 function tu.. sebab tu sya tak brapa arif api atas bawah tu... harap membantu :-)

    ReplyDelete