Tuesday, April 26, 2011

Sardine Rolls


Assalamualaikum..

Sardine rolls ni memang best. Saya buat separuh adunan je, tak cukup la pulak. Dak kecik tu pun suke. Abangnya aje tak gemor sardine. Pasti dibuat lagi dan lagi. Pastry dia sedap, inti sardine pun sedap masam2 secukup rasa.


Nak buat pun tak susah mana. Bila tengok balik gambo ni rasa terliur jeee... Mekasih Noorsha untuk resepi best ni. Sebenornya dah lama duk simpan resepi ni dlm folder. Masa belum berblog lagi. Dan umah kak Hana pun ada sardine roll tapi tukor tuna rolls.


SARDINE ROLLS


Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )
200 gm Tepung Gandum
100 gm Mentega Sejuk
Air Sejuk
Secubit Garam

Bahan-bahan untuk inti
1 Tin Besar Sardin
1 Biji Bawang Besar - Dihiris
* 3 Ulas Bawang Putih
* 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
1 Biji Lada Merah - Dihiris
Garam
Secubit Gula
1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara

Untuk Pastri :
Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin &; tak melekat di tangan.
Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.

Untuk Inti
Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
Masukkan hirisan bawang besar &; tumis bersama hingga layu.
Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula &; limau kasturi.
Tumis hingga betul² garing.
Cara menyediakan Sardine Roll
Canai nipis pastri &; potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
Masukkan sedikit inti sardin &; gulung.
Susun dalam dulang pembakar &; sapukan permukaan roll dengan kuning telur
Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi &; bakar sehingga kuning keemasan.



22 comments:

  1. aduihhh...comeyy nyer la aiiiiihh..nak kena buat jugalah nih..hihi

    ReplyDelete
  2. kalau sedap, bolehlah selalu buatkan izah..boleh perbagaikan intinya tu..

    ReplyDelete
  3. A'salam izah..selamat pagi :D

    ewahhh.. cepatnya memasak, bak lah sikit. K.ct nak merasa air tangan izah ni. kalau habis masak lah lagi... hihihi

    ReplyDelete
  4. mmg tergoda dgn sardin...apapun yg berasaskan sardin mesti sedap

    ReplyDelete
  5. rajin kau buat pastry sendiri makcik...
    ehh..pastry tu sama tak rasanya macam pastry jenama kawan tu..
    masuk list...nanti2 aku nk try buat...
    beli sardin dulu..muahaha...

    ReplyDelete
  6. Kak Izah,nmpak pong comey ajer..Rasa mesti xyah ckplah,sure sedap kan..

    ReplyDelete
  7. @Rabiatun Adawyah
    sangat best.. rekemanded.. heheh..suke sardine memang berbaloi buat ni

    ReplyDelete
  8. @Ayu
    betul tu kak ayu.ada yang buat inti sosej.

    ReplyDelete
  9. @CT Delima
    waalaikumussalam warahmatullah..
    kak ct nak rasa ke? aduhh kena buat lagi la ni. bagi alamat nanti saya mai hantar..wahhh..haha

    ReplyDelete
  10. @Cendana Kasih
    betul tu kak noorma.. sedap ngat apa apa ngan sardin ni

    ReplyDelete
  11. @Mas
    kalau ikut tekak aku, aku suke pastry mcm ni lagi. rangup..sedap.. anak aku pun suke. kalau guna puff jenama kawan tu diorang tak reti plak makan. yang ni rangup lembut gitu. sedap

    ReplyDelete
  12. @Zaliedana
    sedap ct.. kalau buat untuk tetamu pun bagus ni.. untuk anak2 bekal ke sekolah pun elok

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. peeewwwiiitttt! ku ternampak sesuatu yg berbau kedai :)

    ReplyDelete
  15. agak2 lepas ni keluar gak n3 souffle hehe

    ReplyDelete
  16. sedapnye..aku da lame x wat sardine roll nih.. psst.. klo kat umah ni, wat 1 adunan tu ngam2 je abih, hu8bby suke...aku je malas nak wat... hehehe....time kaseh yer sudi mencube resepi ni... ^^

    ReplyDelete
  17. izah...wah sedapnya sardin roll tu...comel2 lagi... nak kena try jugaklah...

    ReplyDelete
  18. sedapnya tgk sardine rolls tu :)

    ReplyDelete
  19. aku pun dah buat nih..mmg best..lama lak rasanya x mkn sardin..huh..

    ReplyDelete
  20. Salam Izah...

    tetengahari dtg kat sini...jumpa Sardine Roll....terus rasa teringin nak makan...lapo pun ada ni...nak mintak seketultak tau la ada lagi ke tak...nampak gaya cam kena buat sendiri je ni...kak cek amik resepi lagi ya Izah...

    ReplyDelete
  21. comelnya..sekali ngap je boleh masuk mulut...

    ReplyDelete
  22. mcm senanglah buat, tapi hubby akak lak tak mkn sardin kecuali sandwich sardin jer... :(

    ReplyDelete