Assalamualaikum..
Selamat pagi buat teman bloggers. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kerana sudi lagi berkunjung ke blog saya untuk melihat menu menu yang dihidangkan di sini. Pagi ini saya ingin berkongsi lauk makan malam kami yang dinamakan rendang ayam hancur. Formal benor ayat saya hari ini ye. Haha..
Lauk ni permintaan my laling la. Dah makan tahun permintaanya tu, baru lani dapat ditunaikan. Katanya nak rendang ayam yang isinya sahaja. Yang dah hancur atau tertanggal dari tulang. Memang kalau ayam, dia suka lembik macam ni. Sama jugak dengan kari ke, gulai lomak ke atau sebagainya. Tapi bila dah buat, eh rupanya sedap la makan macam ni. Seriuss..mmg layan betul. Kalau dapat ketupat palas ni, fuh tersandar.
RENDANG AYAM HANCUR
sumber: izahdaut
bahan-bahan:
setengah ekor ayam kerat 2
1/2 kiub ayam
bahan tumis:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
seinci halia
sedikit lengkuas
3 batang serai
15 tangkai cili kering
rempah 4 sekawan
1 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan rempah kari
2 cawan santan
2 sudu makan kerisik
daun kunyit @ limau purut
gula&garam
caranya:
Ayam yang telah dibersihkan direbus sebentar bersama kiub ayam. Siapkan bahan tumis dan blend kesemuanya kecuali rempah-rempah. Panaskan 2 senduk minyak. Masukkan 4 sekawan dan bahan tumi yang diblend tadi. Tumis hingga naik bau dan masukkan rempah kurma dan kari. Tumis lagi hingga garing. Kemudian masukkan ayam yang direbus bersama airnya sekali. Kacau hingga sedikit kering dan wangi kemudian masukkan santan. Kacau lagi hingga isinya keluar dari tulang dan hancurkan sedikit menggunakan sudip. Masukkan kerisik dan seterusnya perasakan gula dan garam dan daun kunyit atau limau purut yang dihiris halus. Setelah kering boleh hidangkan.
Semalam saya menerima kunjungan dari Sal yang menyatakan ketidakfahamannya terhadap penggunaan bahasa melayu yang saya gunakan di blog ini.
Pertamanya, terima kasih saya ucapkan buat Sal yang sudi meninggalkan komen diruangan komen. Juga Sal sudi melawat ke blog saya ini.
Keduanya, Buat pengetahuan Sal , blog saya ini pada asasnya adalah berbentuk blog peribadi yang mana saya menggunakan bahasa melayu seharian atau bahasa melayu pasar sebagai wadah pengantaraan kominukasi antara saya dan bloggers di luar sana. Alhamdulillah setakat ini bahasa saya masih difahami.
Ketiga, apabila dibandingkan standard bahasa, mungkin boleh saya katakan di sini, standard bahasa melayu yang tinggi kebanyakkannya digunakan di dalam perkara-perkara iilmiah, seprti menulis buku, membuat tesis, membuat hujahan, affidavit, perbicaraan khususnya dimahkamah, ketika di sekolah, di dalam peperiksaan terutama sekali peperiksaan Bahasa, di dalam ucapan pemimpin-pemimpin besar dimajlis rasmi dan sebagainya.
Keempat, suka juga saya katakan di sini, bahasa melayu pasar terutamanya tidak pernah berubah. Apatah lagi apabila diterjemahkan penggunaannya di dalam arus media elektronik seperti berblog. Baik yang berasal dari Terengganu atau Kelantan, bahasa blog mereka masih difahami oleh semua warga Malaysia dan mempunyai standard yang sama.
Kelima, maka sejujurnya pada pandangan saya, jika anda semua mepunyai iq yang tinggi, speed reading sangat membantu, apatah lagi berjumpa dengan bahasa melayu pasar. Ianya bukan dilihat pada ejaannya tetapi pada kesuluruhannya.
Buat Sal: Jika anda ke blog saya lagi, saya syorkan anda translate ke bahasa english untuk resepinya. Saya harap anda dapat fahaminya. Enjoy reading ye Sal. Peace..:-)
nota: ate buat kengkawan yg udoh biasa ke blog teman ni, teman mau nanya, susoh benor ke mike nak paham bahasa teman ni?ikiki..kalau mike susoh nak memahamnya..teman mintak mahap la ye..
iisshhh..org pahang guno bahaso perak, ni org negori datang jonguk izah pulak..hahaha..paham tak bahaso akak ni zah?..kok tak paham nanti tanyo akak yo..
ReplyDeletetu akak dah boleh bayangkan makan rondang kau tu dongan nasi impit..perghhh..mak mentuo nak dtg hjg minggu ni boleh lah akak masak an...simpan resepi kau ni dulu yo zah..
hah..paham tak akak cakap nih?..
fuh..ijah rendang ayammu mengoda jiwaku.. Bila tengok bhn2 ada yg takde.. x bleh nak try.. kena tunggu lain kali.. bleh masuk dlm list dulu ni
ReplyDeleteperghhhhh...tergugat selera...ce bg sikit kak
ReplyDeleteMenggoda betul rendang ayam tu dear!!! Am totally drooling here...!
ReplyDeletemakcik...hemtamm saja la...he..he...
ReplyDeleterendang tu, kalau kering sikit dah boleh jadi serunding...
tengok jer dah tahu sedappp..sedapp lagi makan ngan ketupat palasss...
izah, your bm terbaaiiikkk.... sama terbaaiiikkkkk ngan your rendang ayam hancur....
ReplyDeleterendang ayam je yang hancur... bm tak hancur taw.... hehehehehehe....
k.izah, pakai BM aper? nk order BM gak..
ReplyDeletepasal bahase pasar k.izah sebelum ni, saya suka..akak teruskanla bhs pasar, xyah ler skema sgt..letih skema2 ni..ok.
Izah,
ReplyDeletePat loghat bawah last skali tu walaupun I tak paham sangat, tapi actually paham jugak lah sikit2...hahahaz. Ada Izah paham tak aper yg I bebual ni?
I also hentam bahasa melayu and english, no papadom what...dah mmg mcm gitu cara perbualan kita, nak buat camner kan. So far, I baca ur entry ok jer, paham 100% ;)
Word verification I scontom bahasa apa arh tu? I tak paham hahahaz :D
kak anymz..
ReplyDeletehahhaa..saya paham saya paham..suke kalau tengok crita drama org nogori..entah napa mmg suke dengar diorg cakap.dulu masa kat u ada kawan org nogori, slalu duk suruh dia cakap.
kak yani..
rendang simple je kak.boleh la try.tapi kalau tak de daun kunyit or daun kaffir tu mmg tak best a.cam tak de kick je rendang kan
hani..
ReplyDeletedah habis hani, haha..makan dinner, pepagi cicah ngan cucur bilis pulak.mmg sedap kalau kena gaya buat rendang ni kan
loe2cook..
hah peminat ayam dah datang..haha..love..ni rendang versi hubby saya..cemana, ok tak?hehe
mas..
ReplyDeleteha ah..tapi dia tak nak serunding, nak lembab mcm rendang.tu la jadi rendang hancur.mmg la, sambil makan nasi sambil sebut kalau ada ketupat palas ni mmg sedap makan
desperate mama..
hahaha..betul2..macam nak kena je tajuk ngan isu kan...hancurr bahasa ke hancur lauk neh..alaaa hentam je la kan
azira..
ReplyDeletehahhaa..betul tu..memang letih nak skema.kalau nak kena hantar proposal ke kena la skema kan.sesuai la dengan pulangan yg dapat nanti.
BM buat roti ke?akak tak ada bm lagi, duk uli guna kudrat tangan je..huhuhu..kesian kan..ada yg kata bagus kenwood n panasonic
anie..
ReplyDeletehahaha..lawak tau. tu la, kalau nyembang campur bahasa tu rasanya baru dekat di hati.berbeza pulak kalau menulis dalam standard bahasa melayu yang tinggi tu,, mungkin lebih bertujuan untuk pendidikan..mungkin... ishh tak berpaa tahu jugak lah..hehe
apa pun, mekasih sebab paham bahasa pasar saya neh..
sempat nusyuz beberapa taun! wakakakakakaka... aku pong suker rendang ancur.... skali ngan tulang2 sampai daging tanggal!
ReplyDeleteaduhhhhhh fenat aku nak baca bahse formal niH! kikikikiki
kak hana..
ReplyDeleteikiki..saja nak mendera kak hana.
wei tak nusyuz weii..aku ikutkan permintaan dia yang lain dulu..muekekee
rendang ancur yg menggoda jiwa dan raga... tp x suker baca tulisan yang yg sangat formal kat sini... bahasa yg hancur cam rendang ni jugak yg best kan?
ReplyDeleteizah, hentam saja la labu.. setakat ni lebih baik guna bahasa gini dr bahasa formal.. rasa pelik jer kalau duk guna bahasa formal atau bahasa baku nih... hihii
ReplyDeleterendang ek.. kat sini berlambak ketupat palas.. nak berapa ratus? haha bak rendang sket, nanti akak pos ketupat palas :)
kesian Sal... Anon? 17 years migrate dah ilang bahsa Malaysianya...
ReplyDeletekak izah..rendang tu menarik2 hati tau...saje la tuh nk suh org terliur... tapikan.....perrgghhhh...sedapnye rendg hancur camni...mkn dgn ketupat segera...masyukkkkk....xnak share ke???? ngeh3...
ReplyDeletepatutlah lain bebenor intronya tuu.. rupanya dah kena 'smash' ye? ni yg akak takut ni sebab akak pun salu gak guna bahasa pasor.. hehehe...
ReplyDeletepasal rendang ayam hancur tu.. memang masyuk tu lawan ngan ketupat palas.. terliur akak tgk... basah2 gitu.. huhh meleleh...!!
salam izah,
ReplyDeleteamboi..akak baca, macam kat mahkamah tinggi kuala lumpur gitu..heheh..tapi duduk kat belakang ajelah...
akak paham akak paham,apa yang izah tulis.. no hal punya..bahasa melayu akak yang bahasa pasar....hancur lebur..kadang2 tu walaupun orang melayu tak tahu apa perkataan in malay....maklumlah bahasa melayu kat sini 2nd language aje..alah 1st language akak pun bertarabur jugaler izah...
ayam rendang hancur ni memang sedap, akak pun suka..budak2 pun suka..senang nak makankan...
Salam Izah,
ReplyDeletebuat masa ni akak takde masalah nak memahami tulisan Izah, sebab blog akak pun bahasanya tunggang langgang gak, hehehe. Rendang tu ada lagi ke, hantar lah sepiring
salam izah, akak ok je dgn bhs mu... ;) formal2 ni letih la, kita bukannya dlm majlis rasmi pon. Akak sendiri pon tulis ikut apa yg terlintas jer.. tunggang langgang.
ReplyDeleteBest weh.. nmpk rendang ayam nih..
kak nor..haisshh sebut2 ketupat palas ni memang kecur jugak diganding ngan rendang tuh..hiss awat banyak sangat kat sana tu?
ReplyDeletetu la kak nor.saya pun pelik.mungkin jugak kalau dah berbelas tahun tak reti berbahasa melayu dah kot.
kak rose..
hehe...itu la pasal.kejap sangat dah hilang bahasa melayu nye.nak kena polish balik tu.kena banyak membaca dan menggunakan bahasa itu
mimiey..
tula mie, hubby akak suka ngat mkan hancur gini..kena plak ngan ketupat palas kan..ah tak mau kungsi la.dah ha bis pun.ahak
kak ayu..
hahaha..lawak tau kak ayu..gelak saya membacanya.tu la...masing2 punya pilihan untuk memilih bahasa yg digunakan hari hari kan.mcm mahkamah ye, kadang2 sayang jugak, mahkmah kat mesia sendiri menggunkan bahasa org lain.humm...sedapkan kalau rendang hancur.terasa kerendangannya itu
kak madihaa..
hehe..smash yang dalam sinis la tu kot..tapi ok lah.sebab bertanyakan kenapa dia tak paham kan.saya pun tak paham jugak napa dia tak paham.dah migrate lama..nak wat cemana..mungkin jugak bangla yg kat sini kalau dah duduk alam berpuluh tahun tak reti dah bahasa mereka.ye ke?haha
kak aidah..
mekasih akak sebab paham bahasa saya..haha...alah akak nyerblog pun ok je paham je
kak ain.
haha..betui tu.blog ni tak rasmi pun kan.mekasih kak
Waaaaaaaaaaahh Izah, berbicara mengalahkan seorang Prof. Bahasa kat IPTA tu taauuu...tersangat dramatik bahasa formal anda...hehee...salute Izah! Akak pun guna bahasa pasar dgn bahasa kampung jeeekk...hehe
ReplyDeleteKAK UMMI..
ReplyDeletetu la pasal....berkarat jugak dah otak ni nak guna bahasa formal ni, nak mengasah skill yg dah lama ditinggalkan...bek guna bahasa pasar je tak sakit otak..hehe
Guess I'd better make an effort to respond to this post since izah has taken time to respond to my questions and comments.
ReplyDeleteKak Rose said...
kesian Sal... Anon? 17 years migrate dah ilang bahsa Malaysianya...
Yup, 17 years away and my command of the spoken malay language has gone to hell but I'm still able to fluently understand the language when it is written in proper malay (for example, like in izah's recipes, just not the bahasa pasar updates/comments she makes about the recipe etc, which I might add is the personal touches of what makes a blog on the web interesting reading apart from just offering good cooking tips and recipes. Guess if izah or her local malay followers choose to take my questions as criticisms and take offense, then so be it. I might also just add that I can't see any relation between IQ and speed reading in understanding bahasa pasar. LOLz, that must be the weirdest comparison I've ever come across. My IQ is just fine, thank you very much :). That's why I chose to migrate and concentrate on using the language of my adopted country rather than holding on to something that is totally useless outside of msia :) And in saying that, I wish all you local followers well from this reader who probably won't visit here again. Ciao!!
SURGASLOT777 adalah agen situs judi Slot Online terpercaya siap melayani pecinta Slot Online di Indonesia yang menyediakan judi online terlengkap dan daftar slot gacor mudah menang serta online 24 jam di 2022.
ReplyDeleteSURGASLOT777 sebagai perusahaan berbasis online yang menyediakan permainan Slot dan Judi Online yang sudah terpercaya dan mendapatkan predikat terbaik sejak tahun 2015 dengan lebih dari 200 ribu member. Member SURGASLOT777 mendapatkan banyak manfaat dari berbagai layanan judi online terlengkap mulai dari Judi Slot Online, casino online dan judi bola online sampai layanan informasi bocoran slot gacor mudah menang dan cek juga promo slot deposit pulsa termurah!
my company check that More Bonuses replica designer bags wholesale visit this site right here try this site
ReplyDeletereplica bags online shopping view it now o7j25g7w12 replica bags and shoes go to this site u9s13w8o65 replica wallets replica bags manila additional info f4i26q5m68 replica louis vuitton replica radley bags
ReplyDeleteJablay Desa adalah salah satu situs untuk membaca cerita dewasa , Tempat di mana semua Pria menayalurkan Nafsu birahi nya . Jablay desa , gadis desa , perawan desa,
ReplyDelete