Monday, January 10, 2011

Ikan Bakar Portugis


Assalamualaikum..

Apa kabar semua? Lama tak update blog rasa lemau pulak nak buat entry baru. Layan la dulu lauk ikan bako ni. Sedap kata hubby ku. Dah lama kiv resepi ikan bako ni. Tunggu mood nak membako baru dibuat. Lauk dinner kami. Resepi asal dari Chef Wan ni saya amik kat blog Mas. Mekasih ye Mas, Kak Hana dan Kak Nur Sg. Dah ramai yang cuba, saya je baru nak merasa.


IKAN BAKAR PORTUGIS 
resipi Chef Wan

1/4 cawan minyak masak
air perahan daripada 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu kicap pekat
garam dan gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal, dibersihkan *saya guna siakap
daun pisang

Dikisar Halus
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah, dikupas
1 batang serai, dihiris halus-halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut *saya lebihkan

Cara-Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.

2. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang .

3. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180c/350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.






13 comments:

  1. ala izan pagi ko dh tunjuk ikan...mak iii sedap nyer....huhuhu bila nak kena buat ni :)

    ReplyDelete
  2. salam kak Izah,
    wow..sedapnya..terliur nengok ikan tu..leh cuba nih dgn cencaru yg beli semalam..

    ReplyDelete
  3. whoaaaa..... sedapnyeeeee........ nak nangis sampai...

    ReplyDelete
  4. makcikk.....baru balik portugis kooo....he..he..
    haaa..sedapp kan ikan bakar tu....aku dah byk kali buat...hingga menjilat jari...

    ReplyDelete
  5. jap nak g portugis....hihi..tak nampak pon daun pisang, ko sorok ke? hehehe...ikn kembung leh tak buat ni? bawal & siakap lom masuk pukat le Izah...

    ReplyDelete
  6. lina..
    buat tuk lunch ok nih..kalau tak mau pedas leh kurang kan cli..memang layan makan ikan bako ni

    iza akma..
    betul tu..rasanya ikan menda je pun sedap kot

    desperate mama..
    uii org demam dah ada selera nak makan ye...haha...sian dia

    mas..
    ikiki...jalan2 portugis ye..haha..banyak la ko mas.mekasih ye.sodap sambalnya tu

    anna qawina.
    haha.ikan kembung pun boleh la.ye ke tak nampak daun pisang?haha..tak de daun pisang la.aku guna foil alu je..dijamin okehh

    ReplyDelete
  7. Salam
    Izah sedap betul lihat ikan bakar tue nanti boleh la Qira cuba....

    ReplyDelete
  8. Salam Rindu Izah...uwaaa pegi mana hari minggu smlm...ronda2 KL ke???
    ke pergi Portugis....ekekeke...nmpk menyelerakanlah ikan tu..akak pun tak terbuat2 lagi...nak cuba gak satu hari nnti...

    ReplyDelete
  9. qira d dapur..
    sila cuba qira..memang sedap.dapat pulak ikan isi lemak gitu.hmmmm sedap sungguh diratah gitu..

    kak yatie..
    huwaa rindu jugak..haha..tak de la ke portugis.jauh nor tu..hehe.ada je jenjalan sekitar kl ni jugak lah..biasa la xtiviti hujung minggu gitu kan

    ReplyDelete
  10. Izah pegi cuti2 m'sia ke? Senyap jer rumah Izah...hehehez

    Mmmm terliur lah tgk limau kasturi tu, aiisshhh dah lupa dah mcm mana bau nya pasal dkt sini susah betul nak jumpa....huhuhu

    ReplyDelete
  11. anie..
    oo ye ke kak susah nak jumpa..ah lebih kurang lemon jela..ececehh jauh tu bezanya.hehe..

    a laaa tak kemano pun..jalan2 sekitar je.hihi

    ReplyDelete
  12. salam izah,
    akak belum lagi cuba ikan bakar potugis ni..so izah belum terlwat lagi..heheh

    ReplyDelete
  13. kak ayu..try la.sedap tau.bila nak makan diperah kan lagi limau tu..fuhhh.nangessss

    ReplyDelete