Friday, January 7, 2011

Deep Fried Crabstick


Assalamualaikum..

Menu simple nak habiskan crabstick. Tapi saja salut breadcrumb sikit. Layan juga makan menda ni. Kat rumah ni bebudak dah boring plak makan crabstick. Macam tu la, selalunya memang tak leh repeat makan menda-menda mcm ni. Nanti agak agak 2,3 bulan baru beli semula. Banyak versi jugak crabstick ni di goreng gini. Tapi yang ni saja amik kak Ummi nyer cara. Mekasih kak.


DEEP FRIED CRABSTICK



Bahan:-
  • 1 paket jejari ketam (crabstick) - buang la plastiknya eh..jgn goreng lak dgn plastik2 tuh..hahaha
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
  • sedikit serbuk kari
  • 1/3 cawan tepung jagung
  • minyak untuk goreng terendam
Cara-Cara:-
  1. Gaul crabstick dengan lada sulah, garam dan serbuk kunyit. (Pastikan crabstick tidak dibiar lembik sgt selepas dikeluarkan dr freezer, nnt terburai nak gaul2 tu)
  2. Kemudian dalam bekas lain, campurkan tepung jagung dengan serbuk kari, gaul rata.
  3. Ambil crabstick dan golek-golekkan dalam campuran tepung tadi biar bersalut.
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana besar dan masukkan crabstick.
  5. Goreng dan balikkan perlahan dan masak hingga salutan tepung nampak kekuningan dan berserbuk.
  6. Angkat dan toskan. Hidang dengan cili sos dan mayonis....Akak lupa nak drizzle mayonis masa snap gambor tuh..hehe...makan begitu sahaja atau dengan nasi putih.



11 comments:

  1. crab ni mmg kesukaan alia...boleh di jadi kan menu pagi2 dia ni...Thanks izan share nice recipe :)

    ReplyDelete
  2. makcik....nak crab tu 6 ketoi wat mkn ngan nasi lemak bungkus....lapo ni, baru balik klinik...ain demam lak..hu..hu..
    semlm tu aku gi window shopping ngan laki aku, dia off semlm,bebudak sek...he..he..

    ReplyDelete
  3. lina..
    tu la bebudak suka..tapi kalau bebudak ni, dah boring dah..ehe

    mas..
    ooo ko yg bercanda semalam ye...amvoi amboiii..berfoya berdua duaan..tak aciii...eh danial dah sekolah dah ye?

    ReplyDelete
  4. Salam Izah... sedap... erma selalu goreng salut serbuk roti jrk... nyum2 ader lagi... join2 he he he

    ReplyDelete
  5. nak sikit.... kak rose nyer stok entah bila la nak buat ... keras kejung dlm freezer!

    ReplyDelete
  6. Eh, ari ni Bais 3 thn ya.... betul ke tengok kat lilypie tu...happy b'day ya

    ReplyDelete
  7. halamanku..
    ma..sama la..meh la makan gader gader sambil borak2 kan..hehe

    kak rose..
    tu tah napa la kak, masa dia 3 tahun terus tak mau jalan.asik2 3 tahun je.kena tuko kot..haha..sekarang bais dah 3 tahun 2 bulan.kira baru lagi gak la masuk 3 tu.belasah je la wish birthday pun..haha..mekasih kak rose..

    ReplyDelete
  8. crabstick mesia gemok2 kan! puas klu wat cenggini.. kat sini kurus2.. yang gemok2 jual part lain.. camne aku nak buat ni eh? jap ah... pikir dulu.. haha

    ReplyDelete
  9. kak hana..
    aihh gemuk gemuk tak yah banyak kali repeat kak hana..kahkah..ala.kurus2 pun crabstick gak..belasah jee

    ReplyDelete
  10. haha..apa la kak izah ni kompom la buang pelestik dulu :P

    ReplyDelete
  11. Besor2 nye crabstick dia... meh dua tiga ketui.hehe

    ReplyDelete