Monday, November 1, 2010

Nasi Buah Istimewa JC


Assalamualaikum..

Nasi buah ni buat untuk dinner dan resepi dari, bagai dalam tajuk tu la kan, kekanda Jun JC. Tengok buah kurma ada lagi boleh la dicampakkan buah ke dalam nasi. Harum wangi dan sedap nasi ni. Sekali sekala makan nasi berbuah dan berwarna ni memang siok. Alhamdulillah..

Mekasih kak JC. Mintak izin nak letak resepi kat sini pula ye. Ekceli  tak banyak pun stok buah kering, yang saya letak tu kismis hitam, kuning ngan buah tamar. Tapi rasanya..memang enak seh.








NASI BUAH ISTIMEWA JC

BAHAN:
2-1/2 cawan beras basmati- cuci dan rendam 15 min, toskan
2-1/2 cawan air
1 helai daun pandan-simpulkan
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
1/2 in kayu manis
1 biji bawang besar size kecil, dihiris
1 biji lada hijau, belah dua
1-1/2 sudu teh pes halia
1-1/2 sudu teh pes bawang putih
3 tbsp tairu- -saya ganti yogurt
3 tbsp susu cair
Segenggam kecil daun pudina -saya tak letak
3/4 cawan campuran buah2an kering yg di potong kecil ( I letak cranberry, blueberry,cherry, aprikot, raisins & kurma) korang letak le apa jenis dried fruits yg disukai.
Sikit gajus & hirisan daun ketumbar
Sikit pewarna kuning -saya tak letak
2 sudu besar butter
1 sudu besar ghee atau minyak masak

CARANYA:
Panaskan minyak/ghee & butter dlm periuk & tumiskan daun pandan, cengkih, pelaga & kayu manis hingga wangi. Masukkan hirisan bawang besar & lada hijau masak kejap hingga bawang layu kemudian masukkan pes halia, pes bawang putih & daun pudina masak lagi hingga makin wangi.
Kemudian masukkan tairu, susu cair, daun pudina, air & garam kacau rata & biarkan didih. Akhir sekali masukkan beras dan masak lah seperti biasa.
Bila nasi sudah masak, Taburkan buah2 kering, gajus, daun ketumbar & pewarna kuning kemudian gemburkan nasi dgn garpu rata2...Siap & hidangkan. Selamat mencuba.

10 comments:

  1. makcik, nasi ni kalau makan ngan daging masak bali memang sedappp...mau bertambah makan...

    ReplyDelete
  2. Alahai.....buah kurma ku...adakah akan dijadikan nasi buah ini????Dak Izah ni....ada2 aje godaannya!

    ReplyDelete
  3. mas..
    gitu la ingatnya..tapi bukan makan dengan daging bali..tungguuu

    kak watie..
    ala..cian kt kurma tu kak.boleh la buat nasi ni...

    alinac lover..
    ye ke...terpikat.. boleh try nanti

    ReplyDelete
  4. ku pun terpikatttt..
    mmg tgh merancang nak buat nasik camni..kena tgk ada buah kering tak dlm kabinet;) kalau ada..harus jadi ptg ni hehhe

    ReplyDelete
  5. kak TTM..
    ok ke nak makan nasi ni..ke dah turun kg? hehehee...

    ReplyDelete
  6. haah..aku pong nak try jugak! tunggu weken lah! ker besok?? kekekekeke...

    ReplyDelete
  7. kak hana..
    esok lusa tulat..pilih jelah.. sejuk2 cam ni sesuai menambah kolestrol dan kalori..ekeke

    ReplyDelete
  8. ada daging rebus dengan air asam pun sodap nie nasik nie

    ReplyDelete
  9. pearlscraf..
    eh betul tu..sodap jugak, tapi rasanya lebih serasi dengan nasi daging..hehehee..ni kalau makan ngan lauk rempah2 memang sedap

    ReplyDelete