Assalamualaikum..
Dah kembali bekerja selepas cuti sehari aidiladha kan? Ni saja saya postkan menu dipagi raya, walaupun beraya kat dalam bando. Dapat dengor takbir raya pun dah semangat kan. Masih ada lagi korban yang tumbang hari ni kan. Selamat berkorban dan kena korban lah diucapkan.
Nasi serai ni memang wangiii je. Memula tengok kat rumah kak Nor, dan ramai pulak yang kata sedap nasi ni. Tapi ada banyak version rupanya nasi serai ni. Nasi serai kat umah mek Siam tu lain, amik dari resepi kak Jun JC. Yang saya buat ni resepi Kak Nor style ye.
Sumber: Kak Nor
copy: Mas
NASI SERAI
Bahan :
- 2 cawan beras - k.nor guna beras siam
- 1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
- 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
- 2 helai daun pandan
- 1 batang kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 btg serai - dititik/ketuk
- 1/2 kiub pati ayam
- garam
- air secukupnya
- 2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill
Cara :
- Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
- Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
- Masukkan serai.
- Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
- Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
- Masukkan kiub pati ayam dan garam.
- Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
Nota : Untuk dapatkan nasi yang lembut dan gebu, rendam kejap beras yang dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.
Saya ngamkan nasi ni dengan rendang daging dan ayam goreng berempah. Sayur pulak acar timun bese bese je.
Rendang Daging
Ayam goreng berempah
hulamak nasi serai la pulak...minta sikit lapar ni...ngeh..ngeh.
ReplyDeleteSalam Izah,
ReplyDeleteTak mkn ketupat ke pagi raya...akak ketupat, nasi impit...puas mkn pagi,petang,malam...dan skrng masih mkn ketupat lagi ni....tapi nasi seraimu mmng menawan dan sedap dngn gandingan lauk2 tu...klau akak kat perantauan mcm dulu2 tu, pasti akak masak mcm ni....yg penting satu keluarga suka dan menghargai penat lelah kita di dapur...Selamat Hari Raya Aidiladha juga buat Izah sekeluarga...
salam aidil adha
ReplyDeletemasak raya kena lain walaupun sama ..hehe mcmana tu ye? sedapnya ayam berempah tu..
izah, tumpang makan... :)
ReplyDeleteRamai dah mencuba nasik serai nih... bila nak sampai kat rumah kak rose nih....
ReplyDeletehmmm nanti leh cuba nasi serai ni :D
ReplyDeleteakak pun beraya kat sini je semalam
izah sedapnya ayam goreng berempah nie ... nak seketu boleh???
ReplyDeletekak lina..
ReplyDeletetak mo..tuko ngan sup baru boleh..hehe
kak yatie..
huhu..yolah, saya pun diperantauan la ni kak..sob sob..kalau kat kampung saya pun balun gak menu2 raya tu kak.ni kat ampang je..
fara dean..
betul la tu..bagi lain sikit walaupun mengadap muka yang smaa kan..haha
kak nor..
tak mau kasi, kak nor nyer menu ada daging korban..huhu..
kak rose..
apa lagi kak rose..ni resepi sonang je ni.. yang penting ada serai..kan
kak zarin..
oo yeke..tu la, tak balik pun cuti sehari jekan..
qira..
huii... memang sedap.jap jap lagi boleh a postkan resepi sedap ni..walaupun terlupa letak daun kari tapi sedap tau
ada lagi ke Izah? Buat nasi goreng serai, mabeles! campak2 skali ayam goreng berempah tu.. nyum2
ReplyDeletemakcikkkkkkkkk... tulun bungkus 4!!! *tgh buhsan melayan gebor dr pg td... hahahaa
ReplyDeletekak sari yusa..
ReplyDeleteeh eh cam tau je saya buat nasi goreng ngan lebihan nasi ni..sedap wehh..campur ngan rendang skiitt..hehe
kak hana..
ngeram anak gajah plak ke? hahahaa
salam izah,
ReplyDeleteterliur tgk rendang daging mu itu...ada lagi ke?
yati ali..
ReplyDeleteakak.rendang dah piinishh..buat nasi goreng campak sekali dlm nasi..sedapp kannn gituu.hehe