Assalamulaikum.. Buat nasi dagang ni kelmarin. Rindu kat nasi dagang ibu ku di kampung sana. Biasa mak buat time raya je, raya tahun lepas tak merasa sebab balik Kulim. Bila nampak kat blog Cik Manggis, buat tanak cam masak nasi biasa je, tu yang nak cuba buat. Sangat lembut dan aroma yang sangat wangi. Memang hilang rindu nasi dagang mak, tapi yang tanak ni rasanya lagi lembut la. Hubby pun kata lembut sungguh n sedap tul dimakan dengan gulai kari ikan tu.
Ni la set nasi dagang saya. Sebenarnya memang nak buat tuk adik mak yong kat Kajang sorang tu, katanya nak datang ke umah. Tapi dah tak larat kot membawa baby dalam perut tu dan hubbynya pun maleh nak nyinggah dah umah ku ini, jadinya kami soru bedua jela. Saya buat 3/4 dari resepi asal CM dan nasib baik anak-anak pun suka makan. Diorang makan nasi kosong cam tu je, pun sedap.
Nasi dagang tanak. Memang lembut gedebut gedebas....Terima kasih banyak2 CM, sebab sudi ukurkan air mangkuk yang CM guna tu. Resepi dari Cik Manggis:
bahan-bahannya:
2 pot( saiz -160 ml) beras pulut.
4 pot beras biasa(pot yang sama)
3 ulas bawang merah-potong nipis
1 tbsp halba
garam secukup rasa
2 inci halia-mayang halus
1 mangkuk pati santan campur air jadikan 4 mangkuk (4 mangkuk = 5 cawan)
Cara-caranya:
Satukan beras pulut dan beras biasa dalam satu bekas.Cuci bersih dan rendam selama 2 jam.Toskan airnya.
Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk nasi letrik dan masak seperti memasak nasi putih biasa.
Ni pulak gulai di makan sekali dengan nasi dagang. Saya pun buat ikut CM guna ikan tenggiri. Memang sedap sangat!! Unik tu sebab ada telur rebus sekali. Resepi CM jugak.
Bahan-bahan untuk lauknya:
4 keping ikan tenggiri-potong seperti gambar diatas.
(sepatutnya guna ikan tongkol )
1 1/2 cawan santan pekat
4 tangkai cili kering
1 biji timun -potong ikut selera masing-masing
6 biji cili api
1 inci lengkuas
1 keping asam gelugur
7 ulas bawang merah
5 biji telur rebus.
1 inci kunyit hidup
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
minyak untuk menumis
Cara-caranya:
Blend cili kering,kunyit,lengkuas dan bawang merah hingga sebati.
Campurkan dengan 1/2 paket rempah kari ikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik baunya.
Masukkan 2 cawan air dan bila mendidih baru masukkan santan pekat.
Kemudian masukkan ikan dan timun serta garam dan gula+asam keping.
Biarkan mendidih hingga ikan masak baru taburkan cili api.
Last sekali letakkan 5 biji telur rebus.masak sekejap dan padamkan api.Siap:)
Acar Timun versi saya ni:
1/2 biji timun besar
1/2 biji carrot besar
1 biji tomato
2 biji lada merah besar
6 biji limau kasturi
1/2 biji bawang besar
garam
gula
Racik nipis semua bahan di atas. Rendam dalam ais 15 minit bagi rangup skit. Perahkan jus limau kasturi dan rasakan dengan garam dan gula. Biar 15 minit, baru hidang.
Ayam goreng rangup di luar lembut di dalam. Isi ayam goreng ngan tepung n daun kari. Best woooo...Tu campuran tepung gandum, tepung beras, tepung jagungg dan sikit kari dan garam. Campur daun kari n goreng.
salam...suka jugak nasi dagang ni...pertama kali tengok nasi dagang tanak...nak cuba jugak la...TK letak resepi ...kita amik ye...
ReplyDeleteRajinnya Izah masak nasi dagang sendiri. Mama kalau nak makan, beli je.. hehehe
ReplyDeletesalam izah..wah dah masak nasi dagang ya.terima kasih kerana sudi mencuba resepi tu..hai lapar la bila nampak nasi dagang izah ni:)
ReplyDeletesonata anak kancil..
ReplyDeletemmg mudah sebb tak payah kukus dan sangt lembbut..boleh try silakan dan jgn lupa dgn gulai ikan tu skali ye
mamafami..
ReplyDeletema sebenarnya saya ni dlm misi nak ngabiskan beras pulut yg banyak tu.kalau dibiar sah sah dtg kutu.cepat tul ada kutunya.tapikan ma, yang beli tak sesdap ni tau..waah puji dri lak ni
cik manggis..
thank cm..mmg lembut sungguh nasi dagang ni..kire kalau nk hidang kt tetamu ni, tak malu a..mmg sedap mkn ngan gulai ikan tu
salam izah...nasi dagang dgn gulai ikan ke..ayam ke..mmg perrrgghhh! p/s menggoda tul acar timun tu-*wink*wink ;)
ReplyDeletelama tak singgah sini.. sedapnya nasi dagang tu.. ada lagi tak..??
ReplyDeletewawawa.. wallpaper baru... cantik! i likeeeeeeeee!
deliah deli..
ReplyDeletemengoda ye? warna warni tu kan...memang sedap.kalau saya kat kampung suka makan dengan sardin goreng
sari yusa..
thank kak..alamak kak yus..dah jadi baja pun nasi dagang ni..ala kak, buat sendrik best tay..boleh mengubat hati lara..hehehe..ampoon
Mmg waji try buat ni. Mudah sgt xpyh nk rendam beras smpai setgh hari
ReplyDelete