Friday, June 18, 2010

Kuih Seri Muka hilang Seri?

Assalamualaikum..Selamat pagi..



Ye benar seri muka ku ini bagai hilang sudah serinya. Ada ke patut si Ika mengukus pada hari dan waktu yang sama dengan kite, tapi telah membuat tayangan perdana yang seri mukanya..mmmmpphhhrrhhh sangat la cantik menawan hati dan jantung semua pengunungnya. Malu lah ai..apa dah jadi dengan kuih seri muka yang tak seri ni.



Tak payah cakap kenapa, sebab dah nyata iyanya kelihatan benyet, lembik, cacat yang melampau. Dah 30 minit di kukus, dengan suspennya untuk melihat result kuih seri ni, arupa rupanya air pengukus dah bocor maka termasuk menitis lah ia di atas kuih serimuka ini maka seri muka pun hilang keseriannya.

Tapi rasanya sedap tak hanyir. Bais suka makan tang hijau dan adiknya suka makan tang pulut. Heh sangat bagus itu bebudak... Resepi dari chef Hanieliza dan copy dari kak Hana. Nak tengok versi Ika warne warni pelangi leh klik sini.



Kuih Seri Muka

Source: Kak Hanieliza
Copy: Kak Hana

Bahan-bahan

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara-cara
Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan-bahan
Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

11 comments:

  1. Akak tak terbuat lagi....dok bercita-cita jugak....suspen jugak....nak buat...
    Hrm...melted cam ganarche lak...heeee cabuttttt!

    ReplyDelete
  2. Izzah... biar buruk rupa tapi raser power he he.. ppsssttt erma makan tang hijau jek coz x mkn pulut... Geng Baiz.. he he he

    ReplyDelete
  3. plan nak buat hari ni...

    mmg kena lap selalu tudung pengukus tu...takpun balut tudung pengukus dgn kain lebar...

    ReplyDelete
  4. kita plan nak buat esok..maryam sgt suka kuih ni...dia benda2 pulut ni suka jek

    ReplyDelete
  5. izzah,menu yg sama ye dgn ika....hmmm kalo seri muka hilang serinya...tepekkan sja dgn olay @ pun simply siti.hihihiih lariiiiiiiiiiiii...

    ReplyDelete
  6. izzah, biar hilang serinya yg penting sedap n abes masuk perut!

    ReplyDelete
  7. salam kak izah,
    sedap dimakan tu, kak...

    ReplyDelete
  8. sedap la kuih seri muka tu, mas pun rasa nak buat, tak tahu lagi bila...

    ReplyDelete
  9. takpe tak berseri tapi rasa sedap! untunglah ye sorang mkn pulut sorang mkn yg ijo so licin semuanya....

    ReplyDelete
  10. watierman..
    huhu kak wati..nak nangis bila akak cam tu..ceeh cam ganache yee...tak membina tol akak ku sorang nih...

    erma..
    memang betuah tul budak ni, makan yang hijau je..dulu2 pun saya pun tak reti nak makan pulut gak,tapi bila dah kertu ni baru reti nak makan..hehee..ada geng bais la..jangan sk mu makan pulut je pulak udaaah

    TTM..
    Dah buat ke? ok tak? sebenarnya memang balut kain, tapi agaknya tak tengok langsung, kain tu agak nipis..so memang nasib la..kadang2 ok je

    sue..
    ooo maryam suke ye..memang bebaloi la buat kalau anak suka..seronok tengok diorang makan walaupun kite bepeluh nak membuatnya

    lendanuar..
    ceehh kena gak nih..tadi kak wati..hihi..ala kaklenda, jenama murah2 skit ado?kikiki...ke tukang masak kena beseri2 dulu kot

    kak rose..
    memang la kak rose, masak menmbalun kuih ni tak hingat dah tak jadi..memang layan punya kuih ni..makan sarapan bawak ke lunch..hehehe

    nurindah..
    betul nur..bla lembik ni sedap la pulak..kalau jadi cantik tu agaknya lagiiiiii sedap la yek

    mas..
    memang sedap mas.memang cantik pulut tu masak cume kesalahan teknik sikit kat hijau tu.tapi rasa maintain mas..

    ena lovely..
    betul tu..masa mrnyuap bebudak bedua tu, suka pulak, sebab suap sorang ni tang hijau, yang sorang tang pulut..piinisss

    ReplyDelete
  11. kita plan nak buat esok..maryam sgt suka kuih ni...dia benda2 pulut ni suka jek

    ReplyDelete