Monday, June 14, 2010

Japanese Style Sweet Bun Dough

Antara isi khutbah akhir Rasulullah SAW: 3."Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Assalamualaikum..

Lama la pulak peram roti ni. Sapa tak cube lagi sangat di alu alukan untuk membuat roti ni. Sedap, lembut, gebu dan sesuai nak cicah dengan apa apa pun. Nampak kat umah kak Ummi, CMG pastu pi umah kak Hana dan umah Ika. Tak caya kesedapannya boleh try tengok di sana dan memang lain mcm gebunya. Resepi asal dari Gert. Saya mintak izin tepek sini pulak. Untuk resepi ni saya kurangkan gula sebab...lupikirlasendiri...huhuhu..



Japanese style sweet bun dough
Source: Gert
Copy: Kak Hana

Bahan-bahan
375 g tepung roti (high protein flour)
100 g tepung gandum
35 g susu tepung
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
80 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca teh instant yeast
150 ml air suam (kurang lebih) - hana lebihkan 15ml
40 g mentega
4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan



Cara-cara
UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda.

KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemeran atau seri kaya.


8 comments:

  1. Salam Zah... menu jepun n bangkok dah sampai gombak... gebusss tu.. mai seketui cepat sikit sampai bangi he he he he..

    ReplyDelete
  2. salam kak izah,
    wah! best betul tengok roti kak izah. cantik dan halus teksturnya..

    ReplyDelete
  3. salam izzah:amboi...meroti lagi ye......meroti dlm cup mufin pun xleh tinggal ye..ader lagi x? bak mai seketul.....mgences ni.....

    ReplyDelete
  4. wah izaahhhh...gebusnyaaaaaa!!!! tembam lagi!!

    ReplyDelete
  5. Salam Izah,
    wow gebunya rotimu itu..skrng bukan pakar muffin je...pakar roti lagi...bak 5 ketoi....nah akak bawakan gula lagi 5 kilo...wakakakaka...

    ReplyDelete
  6. erma..bukan gombak tapi ampang..ehehee..cepat erma, rugi kalau tak try.memang lembuuutt..fuhhfuhh tiup skit angin meroti bior sampai bangi

    nurindah..
    ha ah..petang ni bleh main meroti ni plak dengan adik adik tu ye..hihi

    lendanuar..
    hehehee...tu la tu..geram punya pasal tengok kat umah kak hana.kiki..tu sebenarnya dah tak muat masuk loyang.2 biji letak dlm cup mafin

    ain..
    kak ain..tembam ek..memang pun..dah mcm tuannya dah pun..ekekee

    yatie..
    ee sabo jela kak yati...saya tuntut gula tu balik mesia nanti..ha tau pun..ehehee..bukan pakar la kak yatie ni..shy shy cat ai bila dikatakan begitu...ala try n error je kak..alhamdulillah menadi

    ReplyDelete
  7. geram tgk roti yang dok dalam cup tuu...gebu gumuk jer...hehe...akak baru2 berjinak dalam bidang ni..maksudnya buat kek, cup cake, muffin dll.Byk jugak ilmu yg akak dapat dr blog izah ni..tq sgt2..hehehe..nnt nk cuba la buat roti gumuk ni.nmpak sedap jer :D

    ReplyDelete
  8. ye la kak...kalau skali buat roti tu, bila dah jadi mcm geram je nak menguli roti lagi..saya pun baru cuba cuba buat..sebelum ni pun tak pandai sangat..memang letak resepi kat blog pun memang untuk share kak..saya pun dapat dari yang lain jugak..roti ni memang lembut gebu sangat.lagi satu roti sosej yang potong2 tu, yang tu pun dah 3,4 kali buat.mmg gebu sedap..nanti akak try buat

    ReplyDelete