Wednesday, May 12, 2010

Karipap Inti Sedap

Allah SWT mencela orang mengumpat bagaikan memakan bangkai: " Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?"

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:" Takutlah Ghibah (mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya."

Dirawikan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata "Wah, pendeknya dia". Segera Rasulullah SAW berkata "Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!" Telah bersabda Rasulullah SAW :"Jangan kalian berghibah. Dalamnya ada tiga keburukan; doanya tidak dimakbulkan, kebaikannya tidak diterima dan akan ditimpakan padanya keburukan orang yang diumpat."




Assalamualaikum..ni enrty tertunggak. Buat karipap ni pada suatu hari untuk minum petang. Inilah pertama kali seumur hidup buat karipap. Alhamdulillah sodaaap. Walaupun markah dari hubby masih tahap B katanya , tapi berbaloi sebab suka tang inti tu. Makan panas2 tak hingat la sodap tul. Orang yang kata B tu pun..hmmm abis gak 6-7 ketul tau..makan cicah teh tarik. Pernah tengok orang makan karipap cicah teh tarik tak? Nak tengok meh datang umah.


Resepi amik kat umah kak Hana the vouge tu. Kak Hana mintak izin cnp ye. Amacam tang kelim tu boleh lulus tak? Hahaha..bleh la kan percubaan pertama tuuuh..sila tepuk tangan untuk diri sendiri okay..




KARIPAP INTI SEDAP
Sumber: Kak Hana
Bahan-bahan Doh
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air

INTI
5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
setangkai daun kari
daun sup - cadangan dr mamakastam.tQ!
2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu.
21/2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air



Cara-cara
Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

Nak tengok step by step karipap ni bleh ke sini.

7 comments:

  1. Salam Izah...kalau anak dara mak-mak selalu kata dah boleh kawin Dik...kalau mak dara....Akak pun nak tepuk tangan...dan hurut2 belakang Adik...kata..syabas....dah molek beno klim nya tu....
    "Practise makes perfect Dik....buat lagi....sampai dapat A++++....Akak terus bakar semangat ni Dik!..terasa nak makan karipap pulak! hehehe!

    ReplyDelete
  2. tak penah lagi akak makan karipap ada telur rebus kat dalamnya, mesti sedap ni..kena cubalah

    ReplyDelete
  3. Salam izah..ok je ni ,walau firstime buat da berjaya:)sungguh sedap tgk inti telur tu sbb lama x mkn karipap..sama cam k.watie terasa nk mkn la plak :)

    ReplyDelete
  4. fes time buat dah kira cantik kelim tu izah. akak sampai la ni tak pernah buat karipap.

    tepuk2x tahniah jugak kat dia.

    ReplyDelete
  5. salam kak izah,
    cantik dah tu kelim2nya kak.. nampak rangup kulitnya. intinya...wah!memang nampak sedap!

    ReplyDelete
  6. izah,kdg2 akak letak telur puyuh sbg ganti telur ayam.kecik sikit.

    ReplyDelete
  7. waatierman..
    salam kak..wah siap urut2 lagi nih..bersemangat saya nih..hikhik..thanks kak

    mamasyaza..
    tu la mamasyaza, saya pun tak pernah makan lagi letak telur rebbus ni..sedap mmg sedap

    mummyseri..
    tu la seri, kata kak wati tu practise make perfect kan..kalau agak2 tak jadi tu, beli jela karipap kan..hehhee..

    kak eliza..
    tu la kak, saya pun first time buat. tringin nak makan, tapi kalau beli tak pernah nak kena dengan tekak kecuali karipap kat kampung..tu dia takkan nak blik kg semata nak beli karipap tau

    nurindah..
    ye nur, inti mmg sedap.tapi tang kulit tu kalau buat lagi nipis lagi sedap..tu pun akak rasa cam tebal skit

    anymz..
    waaahh..lagi sedap telur puyuh kan..tul gak tu.idea yang menarik

    ReplyDelete