Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Selawat ke atasku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat ke atasku pada hari jumaat 80 kali, maka Allah mengampuni dosanya setahun."
Assalamualaikum..
Dah hari Jumaat dan besama-sama lah kita membanyakkan selawat atas junjungan nabi kita. InsyaALLAH...
Agaknya semalam hari donut sedunia kot no. Semalam nampak banyak rumah semuanya ada donut suria dok membulat gebu je. Pagi tadi dah nampak kat umah kak Yatie pulak. Semalam umah Cik Mat. Semalam minum petang saya buat donut suria ni. Sebab bahan2 pun simple dan ropenya yang sangat indah kat umah kHana. Dah merata pun donut ni sampai. Saya lambat skit nak membuatnya. Sangat gebu dan lembut. Cicah dengan sup pon sodap.
Resepi amik kat umah Ummiaffaf a.k.a Ira , lets check it out:
DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net
Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster
** I like this count of threes....senang ingat!!!!
Bahan B
200ml air suam
2 sudu teh instant yeast
=> 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan
1. Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
2. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
5. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.
Yuk..jom makan..amik satu sorang..
Salam Izah, wow gebu donut tu...selera kita sama ya...mailah tukar2, nak rasa gak Izah punya...
ReplyDeleteSalam Izzah.. dah sampai sini menu donut suria.. Gebu tul.. mesti syedap nak seketui... bila nak mengdonut ni? alamak makan sini jek lah.. erma bawa nasi goreng ni..
ReplyDeletesalam izah. gebunya donut nih..mengancam..tgk tangan yg amik tupun tak kurang gebunya..hehe..
ReplyDeletebetul agaknya semalam ialah hari donat sedunia...merata rumah ada donat suria nih.... look soooo yummy, nak sikit
ReplyDeleteaduhaiii...sedapnya donut. saya berapa kali try buat pon tak pernah yang menjadi. sedih betol nih. apapon, have a nice day. sila la tunjuk ajar..nak juga pandai buat donatttt...huhuhu..
ReplyDeletesalam kak izah,
ReplyDeletewah..montel2 donut kak izah. teringin nak amik seketul. sana sini dah ada donut, saya tumpang makan je. hihi
salam izah..akak pun percaya juga la..hari donut sedunia..sebab semalam akak pun beli donut gak..besar2 yang sebiji seringgit tu.beli sampai 5 biji..
ReplyDeleteyatie..
ReplyDeletekak yati..donut akak pun ngancam ok..gebu je
halamanku..
hikhik..wah nasi goeng tau.best best..kami donut je.nak tukar gak ke.
eliza..
tu la si pemilik tangan tangan tuh kalau makan berebut2 tu la yang suka sekali..dah kenyang buang cam ttu je
kak rose..
betul kan..rasa minggu ni asik ada je donut ni menyinggah di sana dan sini
saya..
eh ye ke..mungkin ada prob dngan yis atau cara teknik kot.ala try buat yg ni.senang.kompom jadi lah!!
indahhouse..
nur, kalau suka makan donut..bebaloi buat ni..gebu jee
kak erna..
wah tu mesti donut special tu kak..donut yang mcm2 rasa tu ek..mm cedapnyee
amboi, gebunya donut tu, bebudak mesti suka
ReplyDeletemama..mmg suka donut..tapi paling sukanya mak budak..hakhak
ReplyDeletedonut ni x perlu guna butter ye izah?
ReplyDelete