Monday, January 25, 2010
Muffin Pisang Yogurt
Resepi muffin ni asalnya saya dapat dari myresepi.com dan tuan empunya yang bernama Yani. Sangat berterma kasih pada tuan punya resepi sebab muffin ni sedap sangat. Ada juga komen yang saya baca antaranya menyebut muffin pisang yang paling sedap antara segala maknenek muffin pisang. Memang muffin ni sangat sedap, lembut, gebu dan aroma yang wangi dan rasa pisang yang bercampur lemak susu. Dah dua kali buat. First time buat dapat 6biji maffin tu, Bais makan non-stop. Sekali hadap je habis di makan masa panas-panas. Second time buat untuk hubby pun sama sekali hadap je dah habis makan masa panas-panas.
Maklumat tambahan yang saya dapat, maffin ni boleh disimpan dalam peti ais dan boleh tahan sampai 2 bulan. Tapi saya tak tahulah kebenarannya sebab apa yang benar adalah keluar je oven, tunggu panas-panas suam, ngap masuk mulut. Sangat berbaloi untuk mencubanya.
Muffin Pisang Yogurt
1 biji pisang (saya guna sebiji setengah pisang emas yang agak besar)
50 gm yogurt
120 gm tepung gandum
50 gm gula
50 gm mentega
30ml fresh cream (saya guna whipping cream sebab tak de freash cream hehe)
1 biji telur
2-3 sudu teh baking powder
Caranya : Pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan yogurt, fresh cream dan pisang yang telah dilecek. Gaul sebati. Kemudian masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Gaul sebati. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang di atas maffin. Bakar maffin pada suhu 180 c selama 18-20 minit.
Assalamualaikum, Nak tanya saya baru berangan-angan nak buat muffin pisang tengah dok cari resipi sana sini ,fresh cream kat mana nak dapat n macamne rupanya, tq
ReplyDeletewaalaikumussalam..maaf baru perasan adaa komen kt sini. fresh cream tu biasanya dia ada jual kat pasaraya ke atau kedai2 bahan kek.dlm peti ais tempt2 cheese ke, air susu kotak ke..biasanya pek dlm kotak.ada 200gm kotak kecik2 pun.mcm2 brand ada..
ReplyDelete