Wednesday, December 23, 2009

Senyuman penawar hati




Bais Umair permata hati yang selalu tersenyum sesemangat mentari cerah di pagi hari.. hehe.. Melihat anak ini, selalu terimbau kenangan sewaktu mengandungkannya. Suami kata anak ini kurang sabar orangnya macam umminya semasa mengandungkannya.. Adakah benar perangai ibu semasa mengandung akan 'turun' pada anak? Bila tengok perangai anak ini bila tiba dia buat perangai.. hhmmmm terpaka mengiyakan kenyataan suami. Sebab bila hadirnya permata yang kedua maka boleh dibandingkan perangainya. Nasihat suami supaya selalu muhasabah diri membaiki diri kepada kebaikan dan cadangannya teliti lah diri untuk mendapat jawapan bagaimana menangani anak ini apabila perangai kurang sabarnya datang.

1 comment:

  1. Comelnya dia....senyum tanpa prejudis! Rasanya senyuman dia saling tak tumpah seperti bapanya...

    ReplyDelete