Monday, December 28, 2009
Muffin Pisang Coklat
Semalam hubby ada beli pisang emas. Jadi hari ini saya mencuba resepi dari hanieliza.fotopages.com iaitu muffin pisang coklat kukus. Dari komen yang saya baca rata-rata yang dah cuba resepi ni sangat berpuas hati dengan rasa dan texturenya. Ada juga yang bukan saja memasak muffin ini dengan cara kukus tapi juga dengan cara bakar. Tetapi bezanya ianya tidak semoist yang dikukus,akan tetapi rasa tetap mabelesss...
Setelah mencubanya, pendapat saya muffin ni sangat mudah, sedap, sangat lembut dan moist. Walaupun my dear hubby belum merasanya tapi saya rasa dia tentu sukakannya. Kepada yang suka kek jenis kukus yang lembut cuba la muffin ini.
Muffin Pisang Coklat
A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
semua bahan A diayak dan digaul sebati
B
1 cawan pisang emas/berangan yang dilecek (lebihkan sikit pun tak pe)
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula perang (saya kurangkan skit ke 1 1/4 cawan)
2 biji telur pukul sikit dengan garfu
Semua bahan B dicampurkan dan digaul rata.
Caranya : Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata dan jangan menggaulnya terlalu lama cukup sekadar sebati. Masukkan ke dalam loyang kecil atau besar. Jika cup muffin kukus selama 15 minit. Loyang yang agak besar kukus selama 30 minit.
mudah sungguh... emmm bole cube nih ;)
ReplyDeletemudah sungguh... emmm bole cube nih ;)
ReplyDeleteizah...mcm mana nak ks apam tu pecah cantik gitu..kena pukul sampai kembang ker..ana buat dia senyum sket jer..tp kegebuan dia tetap mainten
ReplyDelete