Monday, September 30, 2013

Sedapnya kak!! nak order lagi...

"Cetcot"... *bunyik watsap..
"Sedapnya kak..lembut berkrim.. nak order lagi kak.."

Percaya lah..ini adala satu terapi yang semua bakers boleh tido ngan lena.. Akan tetapi jika ada komen2, kritis2 dan teguran dari kastemer memang  boleh me u-turn kan mood bakers, tapi kami mengambilnya sebagai satu yang positip untuk memperbaiki kelemahan n mengupgrade lagi kualiti produk kami. Ko tengok kan.. dah gaya bakers yang sangat bermotobasi. ni kalau laki terbaca ni gelak sengsorang dia.. cesss

Korang rasa mesti slalu sangat la hakak dapat message camtu kan. Eh tak rasa cam tu ke? Nak sentap rasanya.. Buat status sentap la kat fb.. Pulak dah.. hehehe.. slalu sangat status fb yang sentap2 gitu tak elok jugak terutama untuk bakal2 kastemer. Kan? Tak ke?

Dah dah.. tah hapa2 la kan yang saya merapu tu. Merujuk pada tajuk di atas, saya tujukan kepada creampuff d bawah.





Alhamdulilah tak sangka sambutan order agak menggalakkan utk creampuff ni.
Dan rata2 memberi feedback yg memberangsangkan.
Mekasih kawan2 yang menggalakan dan mencadangkan. Sapa la lagi kawan2 tu kan. Kawan yang itu itu la. Hehhe
Untuk order2 semua ni saya guna resepi yang dikongsikan oleh Ana dan Mas.



Cream Puff 
Sumber : Anna Qawina

Bahan :
125 grm butter
1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
150 grm tepung gandum  *diayak bersama
1 sudu kecil baking powder - Mas tambah 
  *diayak bersama 
1 sudu besar gula kastor - Mas tambah 
  *diayak bersama 
secubit garam 
  *diayak bersama 
4 biji telur
1 sdk esen vanila

Cara :
Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
Masukkan bahan2 kering yang di ayak.
Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
Tutup api  dan masukkan ke dalam mixer.
Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
Masukkan juga esen vanila.
Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat. 
Alas loyang dengan butter @ paper @ alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
Buat sehingga habis, spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik. 
Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20 - 25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
"On" kipas oven jika ada.
Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.




Resepi Filling Kastard
Sumber : Kak Ida & Tun Telani

Bahan2:
( Mas buat 2 1/2 adunan filling kastard tuk 1 adunan cream puff tu ) 

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara2:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
*Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.

Cara menyediakan Cream Puff
Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
Tabur snow powder diatasnya.
Jemput makaaannn.. 


    Tips :
    Sapu alas loyang dengan marjerin @ butter supaya senang tanggalkan cream puff setelah masak nanti.....
    Masak cream puff hingga nampak coklat2 @ garing , baru cream puff tu tak turun bila sejuk....
    Sila buat filling kastard awal dan sejukkkan dulu dalam fridge supaya senang paipkan nnti ke dalam cream puff tu...filling tu tak de meleleh2 sangat ...
    Telur juga penting yerk....pengalaman Mas, telur gread A menghasilkan cream puff yang cantik...
    Letakkan dulang pada rak tengah supaya cream puff masak sama rata... 
    Sila spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
    Untuk hiasan, Mas tabur snow powder atas cream puff tu....rasanya kurang manis berbanding gula halus dan teksturnya kekal tak cair seperti gula aising....boleh didapati dikedai2 bakery....



    PERHATIAN: 

    Untuk tempahan sila hubungi/watsap 0135122180





    Thursday, September 26, 2013

    Muffin Keju Cheddar




    Assalamualaikum

    Berkira2 nak masak apa agaknya tengahari ni. Untuk lunch saya lebih mementingkan lauk pauk untuk anak2. Bila sebut lauk pauk mcm la banyak sangat kan. Tak de la.. anak2 sempoi je, ada sup ayam campak je semua jenis sayo dalam sup tu. Cukup. Kalau tak pun masak kicap, masakan feberet mereka. Nasi n lauk masak kicap. Tu je.. malas benor bunyi maknya tu kan. Haha.. Tidak jugak.Cume mereka mmg dah terbiasa dgn satu lauk satu nasi satu Malaysia. Opss

    Korang...
    Pliss la buat muffin ni kalau kebetulan ada chedar cheese. Memang sedap ya ampun. Rasanya lemak n manis2 buah. Wangi. Gebu dan maksimum kesedapan dimakan ketika suam2.






    Muffin ni pun naiknya menggebu comel. Bila ianya masih suam2, kita akan dapati texture dalamnya seperti menarik pizza bila chedar cheesenya tertarik sekali. Ha kau.. betul tau. Dan pada citarasa saya, kalau betul2 nak menghayati rasa chedarnya tak perlu diintikan dgn blueberry atau coklat di dalamnya. Cukup dgn basic resepinya. Pasti tak puas mengunyahnya.





    Remtasan dalam yang gebu. Nak snap gambar cheese seakan2 menarik piza dgn cheese tak putus tu, tapi tak dapat. Sebab tangan ada 2 je ketika itu. Yang ada tangan2 kecil yang disuruh buat lain yang dibuatnya lain. Tah hapa2 tah. 

    TIPS: apa2 resepi muffin yang menggunaan susu segar, anda digalakkan menggantikannya dengan buttermilk untuk menghasilkan muffin yang lebih gebu dan sedap. 



    Jom kita tengok resepi Chef Noraini Zakaria yang dikongsikan oleh Rahel. Terima kasih Rahel. 




    Mufin Keju 
    Resepi:Chef Noraini Zakaria 
    Sumber: Rahel

    Bahan: 
    250g tepung gandum 
    150g minyak masak 
    150g susu segar kotak * saya guna buttermilk
    70g keju cheddar} diparut
    50g keju cheddar},diparut -utk hiasan
    150g gula kastor 
    13g serbuk penaik 
    1 sudu teh garam 
    2 biji telur gred B-dipukul 

    Jika tidak menggunakan buttermilk siap dibeli boleh dibuat sendiri dengan 1 cawan susu segar berkrim ditambah dengan 1 sudu besar cuka / lemon jus. Biarkan dalam 5 minit supaya menjadi seperti yogurt. Makin berkrim n lemak susu segar tu makin cepat n cantik kejadian buttermilk.


    Cara: 

    1.Satukan minyak,susu segar,gula kastor,garam dan telur dalam mangkuk adunan.Kacau hingga sebati. 
    2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi.Masuk- kan 70g keju cheddar. 
    3.Tuangkan adunan cecair ke dalam tepung tadi.Gaul dengan senduk hingga sebati tetapi masih nampak berketul dan berat.Terlebih gaul (overmixing) akan menyebabkan mufin mengeras. 
    4.Panaskan ketuhar pada suhu 200'C selama 15 minit.Tuangkan adunan ke dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh.Tabur keju cheddar untuk hiasan. Bakar selama 20 minit hingga mufin masak.










    Monday, September 23, 2013

    Buttermilk Marble Cake



    Assalamualaikum..

    Sukarnya mencari masa menghadap pc. Tapi kerana keinginan yg kuat utk mengaktifkan balik blog ni, terasa seperti keperluan meluangkan sedikit waktu sebelum menutup mata untuk merehatkan diri. Nah kau..ayat ni keluar kalau korang update malam2 je. Cer terai.. haha..

    Banyak kisah suka duka dihujung minggu ku. Kan macam la duka sangatkan. Duka tu bila anak manjat lutut, time ko sangat lapor nak ngadap gulai tempoyak, si kenit pulak nak nyusu. Tu contohhh.. contoh. Ngerti? Suka yang banyaknya bila dapat berjumpa dgn kak Anymzzz.. Mas... n kawan baru tapi lama kak Asma yang comel. Suke je dengar kak Asma nyembang. Comel2 gitu. Ye kami buat gathering kecik2 kat Rembau. Belom.. belom ada kelab lagi.Eh mcm ada yang tanya kan. Mana tau kan, tiap tahun sik jumpa je. Kot la ada persatuan hapa2 ke kan. Kang korang sentap pulak asal aku xdijemput jadi ahli. Rilek2..

    Kang nak suruh mak Cipa rilek kang, rasa cam kembang je kemolok dia kang menahan perasaan. Owh jgn ko marah Ana.. aku termention plak nama ko kat sini. InsyaAllah..ada timenya..ada jodohnya kita buat pejumpaan besar2an plak next time  kan. .







    Malam2 ngupdate rasa nak memanjangkan aje karangan ni. Nasib cepat sedor diri. Nak ngundur dri la dulu.
    Korang hadap la kek marble yang.wallaaaa..lembut mak aihh.. Terkenan la plak dgn rasa n manis2 buah kek ni. Tu pasal bais suke sangat makan kek ni yang dia gandingkan dengan krim lebih2 tuk kek red velvet. Ynag atas ni mmg pinggan dia. Yang strawbery tu pun dia nyer idea. Maknya pakat nak cepat je snap. Banyak lagi tuntutan hidup nak kene ngadap.

    Tapi teman ada masalah besor. Kek ni da lama buat. Sampai dah lupa resepi mana satu. Tapi yang benarnya, kek ni saya amik dari laman web luar.

    Mungkin ini resepinya. LINK HERE.  Sbb saya menggunakan buttermilk utk kek ini. Hasil kek yg menggunakan butermilk mmg la tidak dinafikan kesedapan n kegebuannya. So tunggu apa lagi. terai la ek.
    Chow!!











    Friday, September 20, 2013

    Donut Sosej


    Semalam ke Kuantan.. Asal pakwe tu outstation je try nasib kot2 boleh ngekor.
    Kikikiki.. ala rilek la. skali skala je pun. Apedehal kan...
    Kuantan je pun. Bukan ikut ke Turkey ke..ke London ke..Ke Jepun ke.
    *buntang mata* Gile ko.. lgi la nak ngikut. ahhaaha..
    Eh eh..ni pehal gelak sengsorang neh.
    Jom kembali ke jalan yang benar.
    Selawat banyak2 dulu na.

    Gambar tu gambar lama okeh.tapi cam nak buat lagi.
    Cuma masa n mood tu tak mau sampai.
    Sangat puas ati dengan hasil donut sosej ni. 
    Anak2 yang mana bersifat memilih sosej dari donut pun bertukar sifat bila kesemua anggota badan donut ni, dengan rakus mereka kunyah.
    Walaupun donut ni togel tanpa salutan bread crumb, tapi mereka tetap menawan.*pada mata hakak laaa.. dah penat2 mendonut harus lah perasan menawan.ngeee
    Terima kasi chef tersohor berkongsi resepinya.


    DONUT SOSEJ
    ( 16 biji  )
    by: buku Wendy Kor & Clement Lim
    sumber: ciknor

    Bahan A 
    200gm tepung roti
    50gm tepung kek- izah guna tepung gandum
    5gm yis 

    Bahan B 
    30gm gula kastor
    5gm garam
    10gm tepung susu

    Bahan C 
    25gm telur- izah guna 1/2 biji telur
    120gm air dingin

    Bahan D
    40gm mentega

    Hiasan
    8 batang sosej - kerat 2 jadi 16 sosej, boleh juga beli sosej yang mini tu so tak perlu potong
    1 biji telur
    200gm serbuk roti

    Cara-cara :
    • Campurkan Bahan A, masukkan Bahan B dan Bahan C. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
    • Tambah Bahan D terus pukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.
    • Tutup doh dengan tuala lembab atau plastik, rehatkannya selama 30-40 minit,biarkan ia mengembang dua kali ganda dari saiz asal.
    • Kemudian tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin. Bahagi dan bulat-bulatkan doh kepada 30gm setiap satu. Rehatkan 10 minit, kemudian canai doh memanjang dan salutkan sosej kemaskan balutan.
    • Kemudian celupkan ke dalam telur dan golek-golekkan dalam serbuk roti. Rehatkan atas dulang yang ditabur tepung selama 30 minit.
    • Panaskan minyak secukupnya dan goreng dengan api sederhana sehingga donut tersebut keperangan. Angkat dan toskan.

    * JANGAN PANIK kalau doh agak lembik...tabur tepung semasa nak membalut sosej ke dalamnya. Bedakkan jugak tangan dengan tepung supaya tidak melekat.
    * Gunakan TEPUNG ROTI juga taw untuk tabur dan bedak tangan.



    *Hambik koo..beso tulisan tuh. Kalau tak paham jugak tak tahu ler teman.



    Tuesday, September 17, 2013

    CREAM PUFF


    Assalamualaikum

    Apa khabar semua.. Terupdate jua akhirnya blog sepi ni. Alhamdulillah laptop dah pulih dan keadaan juga mengizinkan utk saya berada di depan keyboard. Banyaaakk hari2 penting seMelaysia telah berlalu, blog ni masih sepi berlalu begitu saja. 

    Wah.. Terasa sukar utk menyatakan perasaan saya, yang mmg dah lama memeram. Banyak rasa nak diluah, nak dikongsi, tapi apakan daya... bait2 ayat sukar utk dimadahkan bila lama sudah tak menaip ni. Apa -apa pun, insyaAllah smoga blog ini dapat disapu habuknya..dapat dibuang sawangnya dan dapat diusir penghuni2 halus di dalamnya. Ngeee..


    Buat permulaan setela berbulan tidak menghupdate, saya kongsikan Resepi puff yang mabeles ni. Yang sangat digemari oleh anak teruna saya si Bais Umair. Memang creamy dan puffnya yang sedap. Terima kasih buat Zaliana berkongsi resepi. 


    CREAM PUFF


    Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
    125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
    100 gm butter
    250 ml air- boleh ganti susu segar utk hasil yg lebih lembut
    1/2 sudu teh gula
    3 biji telur

    Cara-cara untuk puff ;
    Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
    Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.
    Sejukkan. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
    Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
    Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.
    Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
    Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti Cream kastard.



    INTI CUSTARD

    550 ml susu segar
    90 g gula pasir
    60 g tepung custard
    1 sb mentega/majerin


    Untuk inti custard....masak 3 bahan pertama hingga pekat dan masukkan mentega/majerin dan kacau hingga sebati.Sejukkan custard dan isikan ke dalam piping bag dan picitkan secukup inti ke dalam puff.

    Semalam saya terbaca status Sally di FB, yang Mas ada shareka tips untuk menghasilkan puff yang cantik. So saya sare kan di sini dan bole juga melihat resepi yang dikongsikan ole Mas di blognya di sini.



    Tips mneghasilkan Puff yang cantik n gebu halus:


    Sapu alas loyang dengan marjerin @ butter supaya senang tanggalkan cream puff setelah masak nanti.....
    Masak cream puff hingga nampak coklat2 @ garing , baru cream puff tu tak turun bila sejuk....
    Sila buat filling kastard awal dan sejukkkan dulu dalam fridge supaya senang paipkan nnti ke dalam cream puff tu...filling tu tak de meleleh2 sangat ...
    Telur juga penting yerk....pengalaman Mas, telur gread A menghasilkan cream puff yang cantik...
    Letakkan dulang pada rak tengah supaya cream puff masak sama rata... 
    Sila spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
    Untuk hiasan, Mas tabur snow powder atas cream puff tu....rasanya kurang manis berbanding gula halus dan teksturnya kekal tak cair seperti gula aising....boleh didapati dikedai2 bakery....



    Selamat mencubaaa..