Tuesday, May 28, 2013

Tempahan Fondant Cupcakes utk Hantaran


Ada yang berani order fondant cupcakes dengan saya..
Terima kasih kak Zue yg memberi kepercayaan itu.
Walaupun nak nyer lain..hasilnya lain..huhu
Ini ialah rvcc.




Saya sukee buat bunga.
Asyikk sangat. Rasa nak buat lagi dan lagi.
Sebab bunga tu comel je pada saya. Especially bunga kecik2.
p/s.. Hakak Tunnn.. tulisan upgrade dri typewriter ke band Hujan ke idak? KyotoProtocol? ha? xtau tu hamende?
Gasakk.. yg penting. comelkan kak Tunnnn  -..-


eh..

p/s lagi.. Salam buat smua sebab nanti entah bila pulak dapat update belog ni.
Juga ampun maaf dipinta.







Monday, May 27, 2013

Puding Peach nyumm..nyum..



Ada sound ipek pulak nyumm nyumm kan.pekejadahnya 
Yuhuuu... Anak2 selamat bercuti..
Op koz la bila budak2 cuti sekolah rutin harian bagi mak2 berkerja atau tak mesti ada sikit perbezaan.
Apa tak de beza?pulokk..ingat kan ada beza..
Bagi yg tak de beza tu buat2 jela rasa berbeza..kerna dirimu amat berharga..


 Hais tak yah la nak bebel2 sangat lah.
Tau korang dah terliur ngan puding nyum nyum hakak ni kan kan..
Pulak2 tengok time2 puasa sunat rejab.. ngeee
Ok..jom cek resepi. Cume resepi ni sebagai panduan. dan kita boleh la ejas2 sikit ikut kehendak tekak n selera sendiri. Terima kasih tuan blog Anjung Norry.
Nak sambung sentap ngan hakak komen kat tulisan kek typewriter ai..ok apa typewriter. Glemer jugak band tu.. Muahahaaa.. Daaa..selamat bercuti2 Malaysia...

p/s..terima kasih buat penyeponser loyang yang cantik bangaaat yg amat sesuai untuk bikin puding ini. Mekasih ya buk.. tetibe kecek indon. 




PUDING PEACH
sumber: Anjung Norry

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk(10 gram)
600 ml air putih
250gram gula
1 tin susu cair (400ml)
1 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
pewarna merah
1 tin kecil peach dalam syrup

Cara-cara

1.Masakkan agar-agar bersama 600 ml air
2. Bila menggelagak, masukkan gula hingga larut
3. Selepas itu masukkan susu, perlahankan api
4. Untuk lapisan kedua, singkan lebih kurang 1/5 daripada agar yang dimasak tadi(letakkan dalam periuk berlainan) diwarnakan dengan pewarna merah
5. Pukul telur, masukkan tepung kastard dan sedikit sahaja air, dalam 10 ml, masukkan ke dalam larutan 4/5 agar-agar yang tinggal tadi , kacau hingga sebati. Susun buah peach dalam bekas, tuangkan adunan pertama.Tunggu hingga beku
6.Apabila lapisan pertama sudah beku, tuangkan adunan kedua 1/5 agar-agar yang telah diwarnakan merah.
7. boleh dihidangkan apabila sudah beku ...:)

 *izah masukkan air peach tu jugak.




Koleksi Kek Tempahan dan main Deco dengan buttercream rose


Ini kek RVC untuk hantaran. Ye memang banyaaakk kecatatan dan kekurangan.
Tema purple.. i like.


Yang ni pulak kek span.. yang dilapis cream cheese. Sedap..
Deco ni saja main2 skill sebab baru2 jumpa semangat nak memicit roses.

RVC birthday



Kek ni.. adalah kek mula2 tangan gigil pegang nozel petal rose.
belasah jek. Skill memang blom diasah. Teknik langsung xfamiliar.
Lepas tengok2 sekali lalu kat utube terus picit buttercream nak buat rose.
Rupanya banyaakk teknik2 yg nak kene menuntut. :-)




Blueberry cotton japanese cake.