Tuesday, July 31, 2012

Begedil Daging Burger Hasue



Assalamualaikum..

Mula2 nak mintk ampun maaf ngan Hasue.
Rasaanya sehari dua ni ada himpunan rasa bersalah dipenjuru hati ini ngan Hasue.
Hahaha.. u know waat i mean..kikikiki
Yang ni pun salah satu rasa sedikit bersalah. Tapi yang banyak nya rasa sedap la.
Tekak saya memang nak rasa begedil yang simple je.
Dan resepi Hasue ni memamng kena ngan selera saya, tapi en hubby nak yang rasa rempah2 sikit.
Nex time saya buat rasa rempah2 iye cayammm..:-P
Ok derhaka banyak terjadi di begedil itu iaitu begedil ni menggunkan telur time nak goreng nyer.
Ni sebaab mengikutkan selera en suami yang suke garing2 diluarnya.
So cara sya , saya celupkn dengan telur dan lumurkan dengan tepung gandum bercampur tepung beras.
Sue...sorry banyak derhaka resepi begedil ko ni.
Ada lebih lagi dlm es box nanti ai goreng cara u pulak ekkkk :-)




BERGEDIL DAGING BURGER TANPA TELUR

2 Biji kentang-lebih kurang 400g
2 keping daging burger ayam ramly-cincang/potong kecil2
1-2 tangkai cili merah-hiris dan cincang halus
3 tangkai daun sup-hiris termasuk batangnya sekali
6 tangkai daun bawang-hiris
1/2 labu bawang besar-hiris dan cincang halus
1 sudu besar tepung ubi/tepung jagung
Minyak zaitun/minyak jagung atau minyak canola secukupnya.
Garam secukup rasa dan serbuk stok ayam(jika suka)


Cara membuatnya:
Mula2 rebus kentang sehingga lembut. Aku rebus guna pressure cooker lebih kurang 5 minit jer dah lembut selepas berdesir(aku belah 2 jer kentang tu). *izah goreng kentang sampai empuk. Dan mashed kan kentang tersebut.

Selepas kentang dah lembut(cucuk dengan garfu untuk menguji) boleh la dilecek menggunakan masher..masher ni memang berguna kat dapur..nak buat jemput pisang pun guna ni jugak.. ala,yang biasa orang guna untuk tekan2 daging burger tu. Kalau takde,boleh la guna garfu yer.. lecek sampai lumat semasa masih panas. *izah mashed guna belakang gelas jek :-)

Setelah itu, panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar yang dicincang halus sampai naik bau,masukkan daging burger yang dicincang atau potong kecil sehingga masak. Perasakan dengan garam..boleh tambah sedikit serbuk pati ayam jika suka.

Sementara itu potong/hiris semua bahan lain.

Gaul guna tangan atau senduk. Tambahkan tepung ubi atau tepung jagung dan sedikit garam untuk rasa keseluruhan. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit agar mudah dibentuk.
Keluarkan dari peti ais,scoop menggunakan sudu bulat atau pencedok aiskrim supaya mendapat bergedil yang sama besar. Bulat2kan dulu kemudian baru tekan untuk mendapat bentuk yang sedikit leper. *izah tak masukkan ke dalam peti es pun, sebb bila kentang digoreng hasil begedil lebih firm dari kentang yg direbus.

Panaskan satu sudu besar minyak zaitun di dalam nonstick pan. Masukkan beberapa ketul bergedil (jangan letak terlampau banyak,nanti susah nak terbalikkan). Biarkan betul2 keperangan barulah terbalikkan(guna sudip leper,jangan guna penyepit) dan biarkan sehingga masak.
Angkat menggunakan sudip tadi dan toskan di atas kertas tisu(guna 2-3 lapis).

*izah goreng menggunakan cara deep fry. Celupkan begedil yang telah dibentuk ke dalm telur yang dikocok sedikit. Setelah dicelup ke dalam telur, salutkan menggunakan begedil dengan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan tepung beras. Goreng hingga garing. 




Agar-agar Kemenyan


Assalamualaikum..

Alhamdulillah segar betul pagi ni selepas hujan lebat 2-3 minit ye kak Liza. :-)
Matahari pun dah cerah, sempat kot kering baju hari ni.
Cemana ngan puasa anda anda semua? Dah masuk fasa tengah puasaa dh kan.
Pasti kaum hawa siok mengskodeng resepi sekut2 yang best tahun ni.
Tak kurang pulak dah stanby duit tuk sekut tunjuk.
Standard la tu, sekut tunjuk kene ada gak..kan.. ngeee

Semalam berbuka puasa n kudapan malam kami, kami layan agar2 ni.
Sedap sungguh skali skala makan agar2 lemaak manis harum pandan n gula merah tu.
Saya kenali kewujudan agar2 ni dengan nama agar2 kemenyan.
Biasanya kalau resepi org lama, menggunakan agar2 tali.
Tapi skodeng punya skodeng saya jumpa satu resepi di blog kak Jum yg menggunakan agr2 serbuk
Walau nama berbeza, dpanggil agar2 santan gula merah atau lumut tapi kaedahnya sama.
Sukeeeeeeeeee... Dan memang sedap ngam elok kejadian agar2 ni.
Terima kasih kak jun sudi share resepi ni.
Jom layan resepi nya.



AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH/AGAR2 KEMENYAN
resepi: kak Wattie
dikongsi oleh: kak Jun

10gm agar2 *izah guna agar2 serbuk
1/2 cwn gula merah
1/4 cwn gula putih
1150ml air
120ml air + 1 paket santan serbuk *izah guna santan perah
1 biji telur (pukul ngan santan tadi)*izh guna gred C
secubit garam
1 helai daun pandan


masak air dgn gula n daun pandan, tapis. masukkan agar2 n masak lagi hingga semua larut. kecilkan api, tuang campuran santan, garam n kacau hingga mendidih. masukkan kedalam acuan n sejukkan.





Monday, July 30, 2012

Karipap Frozen tanpa digoreng


Assalamualaikum..

Saya suke karipap yang difrozen tanpa digoreng terlebih dahulu.
Tapi cara nak frozen tu ada tertibnya.
Dan sesuai untuk kegunaan dirumah sahaja, untuk jualan susah sikit.
Belajor masa nyembang2 kat rumah Mas n menyembang dengan Anna Qawina.
Tak silap tips ni dikongsi oleh kak Nor atau Tun Telani.
Resepi karipap untuk doh dari Tun Telani dan untuk inti dari kak Nor.
Elok la tu kan kombinasi tu :-)

Ok, cara nak frozen tanpa goreng ni, lepas je dikelim kemas karipap tu, susun satu2 karipap atas bekas tak melekat. * di alas plastik pun boleh. Atau bekas apa2 la kan. Pastu masukkan ke tempat sejuk beku. Bior dlm sejam ke sejam lebih baru disusun tanpa lapik mcm dalam gambor di atas ke dalam taapuware. Bila karipp tu dah keras ianya mmg tak melekat dah. Bila nak goreng defros dulu dlm 1/2 jam dengan susun satu2 karipap dlm bekas. Sebab kalau defros gitu je takut bila karipap lembut ianya akan melekat antara satu sama lain lak. Sekian :-)



DOH KARIPAP
resepi: Tun Telaani


Bahan :
4 cawan tepung
2 tbs margerin
1/2 cawan oil
3/4 cawan air
1/2 tsp garam

Cara membuatnya :
Panaskan margerin + minyak dalam periuk. Tutup api.
Tengah panas2 tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu ( jangan guna tangan, melecur nnti ).
Dah sejuk siket, campur garam dan air.
Uli-uli.. siap! Buleh wat karipap ikot suka inti apa..




INTI KARI AYAM DGN KELEDEK

Bahan:
400gm daging ayam kisar ~ brand Ramli (boleh juga guna daging kisar)
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar cili mesin
1sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah gulai ~ boleh skip kalau tak ada
1 biji (saiz besar) ubi keledek ~ boleh gantikan dgn 2 bj ubi kentang
1 cawan air
garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam, tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula rempah kari dan rempah gulai yg dibancuh dgn sedikit air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan ayam/daging kisar dan keledek yg dipotong dadu.
Goreng sebentar hingga ayam/daging berubah warna.
Kemudian masukkan air dan garam secukupnya, masak hingga keledek empuk dan inti menjadi kering (mengikut selera masing2).
Angkat dan biarkan sejuk, kemudian bolehlah dijadikan inti karipap, pau dan sebagainya..



Thursday, July 26, 2012

Burger Malaysia dilapis telur


Assalamualaikum..


Menu sampingan ni yang wajib time bulan puasa. Idak le hukum wajib, tapi mesti terliur time pose2 nak makan beger mesia ni. Biasanya kalau buat menu ni, memang tak berbuka dengan nasi. Cukup dia menjadi menu utama dan yang lain2 ditop up dengan dessert dan buah2an je. Resepi beger mesia dari kak Yani ni rasanya mmg antara resepi yang suka diulang2 buat dan menjadi kegemaran ramai orang yang dah tahu kelembutan begernya dan lembut walau dah sejuk.

Terima kasih lagi dan lagi kak yani dan semua yang mempopularkan resepi ni.


BURGER MALAYSIA
resepi: kak yani  

Bahan-bahan ( 8 biji )

*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun
*izah tambah hirisan telur rebus 


Cara-cara

Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

*kalau nak burger ni comel2 sikit, bahagikan doh kepada 10-11 biji. 






Wednesday, July 25, 2012

Mee Goreng Basah



Uiii hari ni banyak benor list to do, tapi tak siap2 jugak lagi.
Masukkan entry mee kuning goreng basah.Menu berbuka kami semalam.
Cukup dgn mee goreng ngan satu menu kuih dan bertemankan ayor tembikai laici.
Air2 ni semuanya tak dan nak snap la kan :-)
Layannnn 



MEE GORENG BASAH
BY ME 

1 paket mee kuning (500gm)
2 senduk nasi lada kering kisar/segenggam jika belum dikisar*
1 biji bawang besar*
3-4 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
*kisar semua bahan bertanda
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
5-6 sudu besar sos cili
kicap secukup rasa dan warna
1 sudu besar serbuk kari
sedikit ayam
sedikit fish ball/ fish cake
sebiji tomato
satu ikat sawi
segenggam taugeh
sebiji telur
air secukupnya lebih kurang 3-4 cawan( air panas lagi bagus)
garam dan gula ikut citarasa



Caranya: Tumis bahan kisar dan serbuk kari hingga naik bau atau pecah minyak, masukkan ayam. Tunggu ayam masak kemudian masukkan fish ball dan masukkan kesemua sos dan kicap kacau rata. Masukkan perasa garam dan gula. Kemudian masukkan air dan tunggu mendidih. Time ni bleh la rasa nak masin ke nak manis ke bleh la tambah apa yang patut. Pas tu masuk mee kuning yang telah dibasuh tu, gaul-gaul biar sebati dalam 4-5 minit pastu masuk sayur tomat dan sawi. Last sekali besarkan api tahap maksimum masuk telur, gaulkan cepat2 tutup api masuk taugeh. Siap..Kalau tak mau basah sangat bleh lama skit tunggu air kering. Sukatan air tu ikut citarasa sendrik.




Kuih Cara Manis


Assalamualaikum..

Sama pulak dengan menu Nieza di Finland nun. Kuih cara manis yang menjadi kegemaran saya. Resepi pun menggunakan resepi yang sama.  Memang feberet kuih menggunakan daun pandan. Wangii je. Tak kesah la Nieza hari2 pun kuih warne hijau. Hehehe.. 

Terima kasih buat empunya resepi.



Kuih Cara Manis Resepi Warisan
Sumber: CMG,  Kak Nannie

  
Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan




Cara Membuat:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba.









Tuesday, July 24, 2012

Lala Masak Pedas


Assalamualaikum

Sebelum ni dah try lala sos pedas resepi dari kak Nor. 
Masa beli lala ni memang teringat kesedapan lala sos pedas tu, tapi bila nak masak banyak pulak bahan tak cukup. Jadinya saya cube resepi yang simple sikit dari yang itu.
Pun sedap dengan kemanisan lala pada kuah tu.
Terima kasih empunya resepi Batdeaz@myR.



LALA MASAK PEDAS
resepi: Batdeaz@MyR

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

500gm lala
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 biji tomato (di potong 4)
2 batang serai
1 biji bawang besar (di potong 4)
2 sudu besar cili giling
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar sos cili & sos tomato
Garam dan gula
3 sudu besar minyak masak
* optional: Tambah cili api untuk yang suka lebih pedas


Cara-cara

Lala di rendam seketika untuk mengeluarkan pasir yang masih ada. Basuh dan bilas dengan air bersih dan toskan.
Tumbuk lumat bawang kecil dan bawang putih
Panaskan minyak atas api sederhana. Tumiskan bawang yang di tumbuk tadi.
Masukkan cili giling dan biarkan seketika agar cili masak.
Masukkan tomato dan bawang besar yang telah di potong 4.
Ketuk serai dan potong kecil. Masukkan ke dalam tumisan.
Masukkan sos cili, sos tomato dan pes asam jawa. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air.
Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing.
Masukkan lala dan tutup periuk seketika (dalam 3 hingga 5 minit)
Lepas 3 hingga 5 minit, buka tutup periuk dan gaul rata lala. Bagi yang suka berkuah, boleh tambah air kalau lauk nih kering sangat. Dan bagi yang suka extra pedas, boleh masukkan cili api yang telah di racik.
Siap! Sedap di makan dengan nasi putih.






Kuih Tepung Pelita


Assalamualaikum..

Bagi yang mencari2 resepi kuih tepung pelita yang mudah, sedap, lembut, licin dan sangatt enak, cubaa la resepi kak Yani ni. Memang tergoda dengan texture nya dan rasaanya. Saya dah lama sangat simpan resepi ni, cume belum ada kepercayaan pada diri nak try kuih yang lembut2 dan kuih tradisi yang satu ni. Tapi smlm kuatkan hati cube buat half adunan. 

Memang berbaloi dan tak rugi mencubenya. Puas hati sangat..alhamdulillah. Separuh taruk dlm peti es, rupanya makan yang sejuk2 lagiii nikmat :-). terima kasih kak Yani atas resepi ni. Kalau tengok kat report myr tu, ramaiiiii sangat yang dah cube kuih ni. So..tunggu lagi.. cepat godek2 dan taruk dlm bekas. Tak perlu kukus bagai.



KUIH TEPUNG PELITA


Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam


Cara-cara

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan

NOTA: Izah ikut sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dlam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisn hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula. 



Monday, July 23, 2012

Kangkung Goreng Belacan


Assalamualaikum..

Update blog petang2 sambil menunggu time berbuka. best jugak.
Ni kes nak update tengahari tadi tapinya disebabkan lappy buat hal pulak.
So, saya masukkan sayur paling sempoi tapi best.
Tapi klau badan tak tahan tak brapa boleh jugak makan kangkung kn. Takut sengal satu badan.
Kesian orang yang sengal badan tu, mujur tak mc hari ni. Hikhik..
Resepi ni simple je, tapi maybe jugak ada yang nak buat sebagai rujukan.
Biasa guna resepi style hasue ni mmg kene ngan selera n senang nak ingat. 
TQ Sue..i lebiu.


KANGKUNG GORENG BELACAN
Resepi: Hasue

Bahan-bahan ( Semangkuk besar )
1 ikat kangkung segar
1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis/udang kering*
1 sudu makan(atau lebih) belacan*
Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis


Cara-cara
Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat
Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan..
Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung.
Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..
Hidangkan segera dengan nasi panas..! (hepp!org dlm pantang takleh mkn kangkung,org tua2 ckp takut sejukkk)huhuu.. :P




Cucur Udang Rangup


Assalamualaikum..

Hari ke-3 kita berpuasa. Alhamdulillah.. Anak saya si Bais pun masih bersemangat, cume kesian pulak 2 hari berpuasa badan dah susut. Yang penting semangat dia masih ada. Kita terus pupuk kan aje. Itulah tugas kita sebagai ibu dan bapa, yang anak2 itu bukan hak kita cume pinjaman dan tanggungjawab yang Allah amanahkan untuk mendidik ke jalan Nya.

Cucur udang dipagi puasa. Hmmm cucur ni flexible sangat. Nak buat menu berbuka pun boleh, menu sahur pun boleh. Menu untuk anak2 kecik sarapan pun boleh. Dan banyak2 cucur udang, yang ini paliiing saya suka dan paling banyak kali diulang masak. Dah ingat dah sukatan nya. Kadang2 ikut suke je campak tepung dan air asalkan dapat seperti bancuhan asal. :-) 

Dalam gambar di atas adalah cucur udang simple yang tak de udang. Tu la banyak2 kali buat, rupanya gambo cucur paling simple aje yang ada. Yang ni saya buat untuk anak2 minum petang. Tak de sayur, tak de perasa lebih2. Cume Basic je dan udang saya ganti dengan jejari ketam. Memang sedap texture cucur ni, lembut kt dalam dan rangup garing dluar. Tak caya kene cuba la kan kak Madiha. Resepi ni adalah dari kak Madiha, dan terima kasih banyak2 kak. Dan resepi ni pun antara yang top kat blog kak madiha.




Cucur Udang Rangup

Bahan2
3 ½ cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng



Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.

3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
5. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya. (MaDiHaA hidang dengan sos cili lebihan nasi ayam yang dibuat sebelumnya)











Saturday, July 21, 2012

Kuih Tepung Bungkus


Assalamualaikum..

Hari ni permulaan puasa buat umat Islam di Mesia.
Selmat berpuasa semua. Dan hari ni juga buat pertama kalinya si Bais belajar berpuasa. Bertuah punya anak, baru sejam lepas bersahur dah mintak nak minum air. Di sini lah bermulanya permainan physiology dan pujukan. Dan kesabaran seorang ibu. Eh ibu je ke ek? Tungguu.. kalu tahap ibu dah taak brapa mampu nanti, baru pakai kesabaran bapak pulak. ^___^ Dan tak lupa terima kasih buat teman2 jauh di badan tapi dekat dihati sebab sudi kongsi tips2 yang pernah dilalui mengajar anak2 pertama kali berpuasa.  


Ingat tak kenyataan saya dulu, 3-4 bulan lampau memang terlampau mlas nak pegang kamere. Kadang ada menu dibuat, hanya  snap di awal proses tapi lupaa nak snap hasilnya. Antaranya ialah kuih tepung bungkus ni ler. Hehehe. Tapi bila tgok kat folder gambor, rasanya ada baiknya saya postkan aje gambo dn resepinya dan sya fikir biar ada sedikit elemen surprise disitu akan hasil akhirnya .. *seperais la sangat ..*

Saya suke kuih tepung bungkus yang disalut ngan tepung pulut dulu, kemudian baru dadih tepung beras diluar. Dan inilah resepi yang saya jumpa dari blog kak bdaria. Izinkan saya share disini pula. Dn asalnya dibungkus mcm lepat, tapi sbb bulatan kuih ni beso tak comel, jadi saya bungkus mcm kuih koci. Aci la yerr..




TEPUNG BUNGKUS
RESEPI: BDARIA
(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)

1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam

Cara memasak bahan A
Potong gula merah menjadi ketulan kecil
Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Tutup api dan sejukkan inti anda
Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.


Langkah 2
Bahan B

200gm tepung pulut
150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B
Masukkan tepung pulut dalam bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
Buat sampai habis dan ketepikan.


Langkah 3
Bahan C

2 pelepas daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.


Langkah 4
Bahan D

200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air

Cara-cara memasak bahan D
Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.



CARA-CARA MEMBUNGKUS
Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.




BLOUSE MUSLIMAH ALRIANA DI MYBESTBUY.SHOP





RM 59








Friday, July 20, 2012

Kuih Sagu yang cantik dipotong...


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. memasing dah datang mood untuk menyambut bulan Ramadhan esok. Harus la disambut dengan penuh azam untuk memperbanyakkan ibadah dibulan yg mulia ni. Jangan tersilap sambut dengan sambutan makan banyak2 pulakkan. Hehehe..

Nak share satu jenis kuih yang evergreen pada saya. Kuih ni menjadi kuih kegemaran saya sejak kecik2 lagi. Kalau mak buat kuih ni mesti la melonjak2 gumbira n dgn ringan tulangnya tolong mak kacau kuih ni. Sejak pandai buat kuih ni, sya tak pernah lagi pandai nak buat kuih ni sampai boleh dipotong. Biasanya saya akan sudukan ke dalam pinggan kelapa parut n golek2 kan aje. Tapi kali ni dengan tak sengaja saya terjumpa satu resepi yg menggunakan tepung jagung. Bila dah siap, mmg elok dipotong dan rasa masih maintain. Tetap sedap. Resepi dari Kak As yang slalu saya kagum hasil kuih muihnya yang indah2 dan kemas berseni. Tq kak..


Kuih Sagu
resepi: kak As

2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sdb tepung jagung bancuh bersama sedikit air
Kelapa parut + sedikit garam

Cara2:

1. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn minyak
6. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..




BAJU KURUNG PAHANG ENGLISH COTTON
BERGAYA SEDONDON IBU DAN ANAK