Monday, April 30, 2012

Ketagih "Dot Dot Dot"... ^___^

Assalamualaikum..

Selamat pagi semuaaaaaa..
Waduh beberapa hari tak mengupdate blog, trasa kerinduan.
^___^
Bukan la sibuk sangat dengan tempahan.
Tapi ada perkara dan hal lain yang perlu diutamakan.
Tapi yang nak menempah jangan segan segan.
Sebab dah macam satu ketagihan.
Kalau tak mendot dot, trasa ada kelainan dalam hidup seharian.
:-P
Macam la bunyiknya tiap tiap hari mendot dot kan.
Cume sebenarnya seronok membuat apam dot2 yang comel dan rupawan.
Tak kurang juga pada kegebuan  dan keenakkan.
Menjadi kegemaran anak anak dan rakan.
 Hasil beberapa hari ni untuk dijadikan kenangan.




Pilihan warna dari Ida.




 Order Watie


Muffin coklat juga tidak ketinggalan.





Juga disediakan apam dot2 dengan packing bertutup.
3 biji setiap pack.

Untuk tempahan boleh email ke baisku09@gmail.com
atau message di fb izahdaut








Thursday, April 26, 2012

Macaroni Goreng Basah


Assalamualaikum..

Berjuta terima kasih ku kirim kan buat yang bersatu dan bersependapat dalam entry saya semalam. Etika ketika mengopy paste  gambar2 dan resepi2  terutamanya  blog masak2 ni tidak boleh dipandang enteng.
Semalam ada soalan dari newbie blogger masak2 akan etika copy paste resepi ni.
Buat blogger yang baru berjinak2 dengan dunia blog terutama berkaitan copy resepi  yang sudah kita cuba dan mahu di paste di blog memasing, mudah saja aturannya.
Nyatakan sumber resepi itu, nyatakan punca resepi maksudnya tuan punya resepi dan setiap nama yang dinyatakan harus dilinkkan di atas nama tersebut.
Cara untuk link?
Masa kita buat "new post" kat atas tu banyak icon kecik2 tu kan, ada perkataan "link" cube klik kat situ. Tapi sebelum tu highlight dulu atas perkataan yang kita nak link kan, dan klik link. Dan masukkan seterusnya html blog yang mahu dilinkkan.
Ini bukan sahaja satu kredit untuk pemilik resepi mahupun sumber mana yang kita tahu wujudnya resepi tersebut, tapi ianya juga adalah satu rujukan mudah buat kita dikemudian hari.


Ada yg berpendapat tak perlu la nak sebut dan linkkan semua blog yang dah cube sesuatu resepi tu. Ada betulnya sebab kita hanya perlu link sumber mana kita nampak resepi tu. Tapi bagi blogger masakan yang dah terjebak dalam ukhuwah alam blogger ni, perkara dan hal link melink sesama blog ni akan mudah  dibuat. Sebab ni lebih kepada kesenangan ukhuwah yang telah terbina. Pulak2 pada sesuatu resepi yang seakan2 merebak seperti virus. ^___^. Percayalah bila kita mudah berkawan di dunia blogger ni, dengan niat yang baik, bukn niat mahu cantas mencantas mahupun sebagai batu loncatan, insyaAllah blog kita juga mudah diterima ramai orang dan banyaak ilmu baru yang kita dapat terokai. Walahua'lam.
^___^


Maaf kunjung balas belum sempat dibuat sepenuh.
Semalam seharian suntuk penuh projek harus disiapkan.
Hari ni insyaAllah boleh berlari2 anak meninggalkan komen spam ku diblog kengkawan. Kiki..




Jom makan macaroni goreng basah ni.
Feberet en suami pasti yang basah2.
Sedappp dan resepi kali ni saya adjust dari bahan tumis dari nasi goreng impit mabeless resepi kak Anymz. Boleh juga refer DI SINI  versi nasi impit goreng saya. Atau terus rujuk ke blog kak Anymz DI SINI. Boleh ejas2 ikut selera memasing ye.. Macaroni ni bezanya saya campurkan sekali capsicum traffic light dan sedikit lada hitam. Ok slamat menjamu mata.. Daaaaa







  

Wednesday, April 25, 2012

Blueberry Cream Muffin dan "so sad"...

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. "so sad" tak habis  habis ek.
Memula komen masuk spam, ingat dah ok..rupanya title cik Spam masih tak kebah lagi. 
Semalam "so sad" ler pulak.
Kes apa lagi la ek.. kes amik gambor without permission ler
Bior le teman rahsiekan page FB mana yang amik. Eh tersebut pulak Page kat FB ye.
Page ni katanya koleksi resepi keturunannya dan resepi si admin ni ler.
Tapi ada masalah sikit ler ngan resepi2 yang dikongsi tu sebab kebanyakan gambar dan resepinya adalah dari blogger2.
Tanpa izin, tanpa link dn gambar2 semua di blurkan watermark dan di crop. 

Teguran sudah dibuat dan sudah didelete oleh admin page.
Dan admin page itu telah mengeluarkan satu stement yang sangat dikesali oleh kami.

Sudah ler perkataan maaf tidak ada.
Komen kami didelete.
Kekhilafannya  jugak tak diakui.
malah, Kami yang menegur diibaratkan "tetamu" yang tidak memberi manfaat kepadanya.
Dan kenytaannya menunjukkan rendahnya moral dan tanggapannya pada harta peribadi. .. so sad.

Dan kak Nor secubitgaram mengumpamakan kenyataannya seperti:
 *jiran sebelah boleh masuk kebun tepi rumah kita, ambik 3 batang serai, 2 tangkai daun limau purut, 2 tngkai daun kari, setangkai jantung pisang.. dengan alasan ... ini harta pinjaman yang boleh dikongsi. Takkan lah kedekut nak kongsi ngan jiran sebelah" *lebih kurang la ye. Sebab saya dah tak boleh nak access komen2 yang telah dibuat dilink yang di share dari page ni sebb page ni sendrik tak boleh dibuka.

Dan peminat2 page tersebut tlah menyokong prbuatan nya tanpa usul periksa.
*ada juga yang liked page ni sedar dan mesage saya di fb tq kak Naz, Fiza, Tina dan terutamanya kak MIMI yang memberitahu hal ini* 
Itu tak menjadi hal buat kami sebab mereka adalah pak angguk tanpa tahu kes sebenar.
Tapi kami *blogger2 gambar yang diambil tanpa kebenaran sngat terkilan bila "serai, daun kunyit, daun limau purut" kebun kami diambil tanpa kebenaran. 
BUKAN TAK BAGI.. tapi mintak kebenaran la dulu. 
Nanti kalau tetamu rumah anda makan gulai lemak daun kunyit dengan tomyam berlimau purut berterim kasih dengan anda, terima kasihnya lebih bermakna sebab anda mintak kebenaran dulu. 
Saya no hal, melihat hasil gambar dan masakan saya di situ DENGAN IZIN.
Saya no hal kalau awal2 saya bagitau jiran sebelah, kalau nak serai amik jela.
Kalau nak daun kunyit amik jela bila2 masa.
Dan kalau nak sayur kacang panjang petik jela bila2.


Huh letih baca "rencana so sad" saya pagi ni?
Korang renung dan korang pikir ler.
Sebenarnya tak elok buat gitu.
Itu berkaitan dengan hak. Kalau betul niat nak share, share lah secara baik.
Tak salah link kan..even tanpa kebenaran.
Tak salah minta kebenaran, even tidak dilink kan. 
Aaaa paham ke tu? Jgn buat muke blur ye.. tak paham rendam kepala dalam cuka. hehe
Dan saya harap admin page tersebut diberi hidayah dan diberi kesedaran dengan hal2 berkenaan hak.
*pagi ni page tersebut disable. Maybe admin dah menerima kesalahannya.Tq 

dah letih membebel jom makan muffin best ni.


Muffin rupa kureng, rasa ganteng..hehe
Sedap tau.. tapi tah napa lak kali ni tak brapa nak comel muffin ni.
Tu la kan duk pikir "stetment panas" makcik admin.
Dari ikan nak masak special jadi ikan goreng kunyit bodo.
Dari nak lipat kain sebakul, dah jadi 2 bakul.
Dari nak mop lantai, dah menyapu pun lupa.
Ikiki...
Kka yatie.. tq kongsi resepi muffin sodap niha,
Saya share kat sini pulak ye kak.



BLUEBERRY CREAM MUFFIN
diambil dari: bigoven 
sumber: kak Yatie 


Ingredients
2 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1 cups granulated sugar
1/2 cup vegetable oil
2 large eggs
1/2 teaspoon vanilla extract
1 cup (8 oz) sour cream ( I used plain yogurt)
1 1/2 cups fresh blueberries (or frozen thawed and drained)


Preparation
Place oven rack in lower-middle position of oven and heat to 375 degrees F.
In a medium bowl sift together flour, baking soda, baking powder, and salt. Sprinkle 1 tablespoon of flour mixture over blueberries and toss to coat; set aside.
In a large bowl, whisk eggs and sugar together until mixture is pale yellow. While whisking, slowly pour in oil; add vanilla and sour cream, and mix well. Fold in remaining flour mixture until just incorporated. Do not over mix. (Batter should be mixed just until it comes together. It's OK for some small sprays of flour to be visible in the raw dough.)
Gently fold in 1 cup of the blueberries.
Spray a twelve-cup muffin tin with vegetable cooking spray or coat lightly with butter (or use paper liners). Distribute muffin dough equally among cups. Sprinkle remaining 1/2 cup of berries on top of muffins and press down lightly. Place in oven and increase temperature to 400 degrees F.
Bake until muffins are golden brown and a toothpick inserted into the center comes out clean, about 20 to 25 minutes, rotating pan halfway through. Remove from oven and turn out, upside down on tea towel to cool completely. Serve immediately or store in airtight container for 2 to 3 days.





Tuesday, April 24, 2012

Kek Batik Coklat Beragar-Agar


Assalamualaikum..

Mulanya memang tak de mood nak snap gambar.
Tapi sayang jugak dah masuk kali ke-2 saya buat kek batik yang sedap ni kalau tak dikongsikan resepinya.
Boleh dikongsikan bersama2 tips membuat kek ni agar tak berketenyeh.
Hehe.. selera kita tak semua sama.
Ada yang suke kek batik ni yang sekut merie nyer rangup dan coklatnya mcm cloud 9 melt gitu dan melekit2, ada pulak yang suke sekutnyer lembut dan blend dengan coklatnya, dan ada jugak yang suke tang coklatnya ditambah tepung agar lebih mesra ke arah kek. * errr paham ke tu? Hehe..

Sapa2 mcm selera saya iaitu saya lebih suka biskutnya lembut *bukan lembik dan bukan rangup tapi lembut. Coklatnya tak manis sangat, tapi lemak dan tak ke'milo'an sangat. Dan coklatnya sangat cantik untuk dipotong dan dihidang dan tidak melting atau cair.. Nahhh sila la cube resepi ini yang telah saya olah.


Terima kasih buat NOORSHA yang berkongsi tips yang didapat nyer dari Chef tempt Noorsha berkerja dulu. Dan terima kasih HASUE dan NOORSHA skali lagi sebab berkongsi resepi yang mereka gemari iaitu dari MYLLA @MYR. TAPI... saya, dengan izin ye, dah olah resepi ni dan cube cari selera saya ditengah2 resepi ni. Sebab kerisauan anak2 akan cika milo dan saya yang kureng dengan milo. :-)

HASUE dah tayang pagi tdi versi dia DI SINI. Mewah betul kek nyer tu. Khaann..Dan Sue, versi aku lain sikit. Kalau ko nak copy jek pun ko kena edit gak. Heheh...Terima kasih buat nama2 yang menyumbang kepada terhasilnya kek olahan saya ni. Kek ni kelmarin saya buat dan di bawa kerumah kakak, semuanya suke dan pelik jugak sebab elok dipegang, dipotong dan cantik licin semesti nya enak tak manis sangat dan still chocolaty. Katanya jugak makan tak muak. Alhamdulillah saya sare di sini pula.




KEK COKLAT BATIK BERAGAR-AGAR
olahan: izah
Idea :nOORHSA
Sumber : Hasue

Bahan-bahan

2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g)-hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit


Cara-cara

Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
*boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
*untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.


Edited:
Nota: Sukatan agar2 boleh dikurangkan untuk tekstur yang kurang pejal..







Homemade Popcorn



Assalamualaikum..

Kaku jari tak reti menari di keyborad bila lama tak mengentry. 
Pikiran melayang jauh ke sana dan sini.
Dinding mood bagai dilanda todak berduri.
Merayu mengharap hanya pada Allah yang Maha Agung Maha Mendengar  Maha Pemurah  Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Mendoakan yang terbaik buat semua insan2  yang disayang dan menyayangi.
Mendoakan  Wan *nenek di hospital bila dikabarkan sudah menghampiri stage yang dibimbangi.
Harap Allah memberi rezeki jodoh dapat berjumpa Wan lagi.
Dan kabaran tahniah buat teman sejati.
Semoga bergembira dengan buah hati baru yang comel lagi montel.
Hasina Jamil nun ni Taiping selamat berpantang!! :-)




Popcorn ni udah lama dibuat. Last week.
Seronok buat popcorn dengan anak2 menjerit2 bila dengar pop dalam periuk.
Dan berkecah dapur bila popcorn berterabur sapa pun eksen tak mau kutip.
Sebab walaupun 2 genggam bertih jagung, popcorn yang terhasil sangaaaaaat banyak.
Bila dibuat karemel, kena 3 kali ulang baru siap *refer pada resepi di bwh.
Jom la me'popcorn'. Senang dan seronok.
Terima kasih Ika kerana berkongsi resepi.



HOMEMADE POPCORN
Resepi Asal : ALUDRA MyR
sumber: Ika kurniaanMu

Bahan-bahan ( Ikut suka.. )
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya
garam secukup rasa

Tambah Coklat [Optional]
60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Cara-cara
Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak&butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)


Untuk Coklat [Optional]
Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.




KARAMEL POPCORN

Tambah Karamel [Optional]

1 sudu mentega/margerin
3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
Cara-cara :

Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.boleh letak pewarna kesukaan seperti merah, hijau n kuning




Saturday, April 21, 2012

Sepanjang Minggu... Nak?

Assalamualaikum

Tempahan sepanjang minggu ni. 
Sempat pulak nak snap dan saya kongsikan di blog IML.
Bagi siapa yang mahu order boleh email saya di baisku09@gmail.com 
atau message saya di FB. 



APAM POLKADOT.
sangat comel dan sangat berpuas hati dengan resepi baru.
Gebu dan lembuttt walaupun berhari2.
Delivery secara pos disediakan.



BLUBERRY CHEESETART
 Semua maklom tart cheese yang sangat enak.
Size sedikit besar dari size mini cheese tart.



MUFFIN COKLAT
feveret order.
Gebu, moist dan enak




PUDING ROTI
rupa kureng, tapi rasa sedap woo..
Resepi kak Hana terbaikk



 MARBLE CHEESE BROWNIES.
Moist, enak, berlemak.. sukar digambarkan bila menggigitnya.
hehe





 SEKIAN



Duhai Cik Anonnn... dengan Kek Kukusnyaaa


Assalamualaikum 

Yer... terpaksa saya jadi cik Anon mengomen diblog sedari sedari sekalian.
p/s: Kak Chahh peratah Milo, plz cek komen spam akak. sian aku ngomen hapah pun tak keluar kat entry2 kak Agueliera tuh. Udah ler cik Anon tak leh komen. Ini la time pentingnya komen box kita ada setting cik Anonymous. Sesetengah komen box jek la Cik Anon mcm saya boleh komen. Huhuhu.. Sediss..  

Kek kukus ni bejaman dah dibuatnyer. Cume segan nak buat pameran.
Ada kecacatan sedikit pada kek ni. Bahagian tengah tu kurang masak.
Bukan leh tak masak cume kureng jek. Kikiki..
Ada sebab jadik gitu. Haishh malas nak story.
Jom layan resepi yang boleh dimodify ikut kreativiti sendiri ni.
Kek ni asalnya kek prune kukus yang saya amik resepi di majalah Rasa.
Saya dah buat pun versi prune DI SINI. Sedap weh. 
Kali ni saya letak coklatchip dan kurangkan manis pada sukatan. Layannnn.. 
Dan selamat berhujung minggu buat semua.
Daaaa





KEK PRUNE KUKUS 
sumber: Majalah Rasa Oktober 2007 oleh Puan Nuni 
by: Izahdaut 

bahannya: 
100 gm mentega 
200 gram susu pekat manis 
2 biji telur 
150 gm tepung gandum 
1/2 sudu kecil baking powder 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat 
buah prune secukupnya *kali ni izah ganti ngan cok chip

Caranya: 
1. Pukul mentega bersama susu pekat manis sehingga kembang dan ringan. 
2. Dalam mangkuk yang lain pukul telur sehingga kembang dan ringan dan kemudian tuang ke dalam adunan mentega dan susu tadi. Kacau sebati. 
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda ke dalam adunan tadi. 
4. Ceduk adunan ke dalam mangkuk kertas. 
5. Tabur kepingan prune yang dipotong kecil. 
6. Kukus di atas dapur dengan api sederhana sehingga masak. 

Nota: saya guna api sederhana dikukus lebih kurang 15-20 minit. Pukul menggunakan mixer. Pukul telur sehingga betul betul kembang dan ringan. Ceri merah dan hijau hanya sekadar penyeri dan hiasan sahaja (optional). 

Ulasan pakar nutrisi: Resepi ini sesuai disajikan sekali sekala bagi pengamal diet, sebagai sebahagian dari perancangan diet sihat dan cara kehidupan aktif. Jumlah gula, lemak dan kalorinya sederhana.



Friday, April 20, 2012

Puding Kek Dan KOMEN KU YANG SPAM!!


Assalamualaikum..

Macam tragik jek tajuk berhuruf besar tu kan.
Jadinya mana2 merasakan saya ni "pengomen tegar" *pinjam ayat Hasue* di blog anda, tapi tetibe tak de pulak saya dtg komen dan gosip2 diruang komen, bukanlah bermakna saya melupakan blog anda, tetapi komen saya dah dispam. So sad... so sad..
Ni gara2 terrr dengn tak sengaja dapat tahu masa komen di belog Hasue pagi tadi.
Rupanya bukan di blog Sue je, kat blog kak Nor, Kak Yatie dn kak Q pun komen saya spam.
Bebaru tadi blog Tun Telani pun komen saya tak keluar.
Sungguh sedih saya nak check kat blog orang lain.. saspen gitu kan.


Sebab tunjuk kek pagi2, leleh leleh lagi sehingga tobat pun tak jadi *refer pada kak Sari Yusa. kikiki.... ini la kekdahnya. Puding kek yang sodap niha. Dah lama duk simpan resepi kak Dayang ni. Tak silap ternampak kak Q pernah buat puding kek. Bila saya google balik, keluar resepi kak Dayang. So bila ada lebih kek yang dah 2 hari tak diusik, saya pun laju jela buat puding ni. Sedap la weh.. kunyah puding ada rasa kek coklat. Buatnye pun simple yang penting anak2 suke. Terima kasih kak Dayang yang sooosoomel.. :-)


PUDING KEK


Bahan-bahan :
3 cawan air
1 sudu besar serbuk agar-agar (dyg guna Cap Bunga Ros)
3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
1/2 cawan gula pasir ( boleh lebihkan sedikit jika nak lebih manis - bergantung pd kemanisan kek)
3/4 cawan susu cair
1 sk esen vanilla
hirisan kek secukupnya (dipotong kiub @ ikut suka)


Cara-cara :
Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk. Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut, biarkan ia merendidih.
Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanilla. Kacau hingga pekat.
Sediakan loyang yang sudah dibasahkan dgn air. Tuangkan adunan tadi ke dalamnya. Masukkan/susunkan atau gaulkan perlahan-lahan kek yg sudah dipotong tadi.
Sejukkan sebelum hidang.



***adunan agar2 ini juga sesuai utk puding koktel tetapi sukatan gula perlu ditambah sedikit.







Eggless Chocolate Cake


Assalamualaikum..

Kek ni dah kali ke-3 saya buat. Ada penggunaan yogurt dan kesukaan saya.
Bila nak menghabiskan yogurt biasanya saya akan terlintas akan kek ni.
Suke rasanya yang lemak2 dan texture kek nya yang sama ngan kek bertelur.
 Dah ramaaii yang buat kek ni, tapi saya share lagi resepinya di sini.

Untuk yang nak tengok entry saya yang lalu boleh refer di link gambar di bawah.








Terima kasih tuan punya resepi dan olahan dari Along dan sumber dari kak Hana.



 RESEPI EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Copy from: Hanamemories
Source : suma and homekreation

Bahan-bahan
60ml air susu panas - hana guna air panas *sy guna susu segar
50g susu tepung
1 tbs Nescafe / Instant Coffee
1/2 cawan minyak masak
100g gula
1 tsp esen vanila
1 cawan yogurt 
125g tepung gandum*
80g serbuk koko* - hana cume buh 40g je..sedang elok kecoklatannya*izah letak 50gm
1 tsp baking powder*
1/2 tsp baking soda
secubit garam* (* campurkan dan ayak)

Cara-cara
Campurkan susu suam, susu tepung & nescafe.
Masukkan minyak masak, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut.
Masukkan yogurt dan kacau sebati.
Masukkan tepung dan gaul hingga semua sebati.
Bakar lebih kurang 35-40 min suhu 170-180 - hana kukus 40min*saya kukus sejam

NOTA: KEK INI BOLEH DIKUKUS ATAU DI BAKAR. TAPI UNTUK KELEMBAPAN MAXSIMUM DICADANGKAN UNTUK DIKUKUS. 






Thursday, April 19, 2012

Poached Pears


Assalamualaikum..

Hujan membasahi bumi pagi2 tadi.
Segar dan sejuk dan tetibe terasa nak makan cekodok masin kan kan..


 '
'
'
'
Ye.. nampak togel pear tu, dah siap potong kulit  bagai, baru perasan kena tinggalkan tangkai dia. Hhehehe... tak kesah la kan, yang penting rasanya tu. Masa kak Sha post kat blog dia, saya duk terpikir cemana laa rasa menda alah ni, yela dikatakan makanan ni dulunya dikalangan raja2 Europe. Pergghh hidangan diraja Europe dah sampai Ampang u ols.. :-P



Saya pernah tengok dlm satu rancangan masakan sorang chef tu masak pear gini. Trasa cam jauh sangat nak mencubanyer. Sekadar tengok skali lalu jek sebab bebahan digunakan tu pun takkan nyer ada dalam gobok waimma dalam peti es pun. Tapi bile tengok kak Sha nyer bahan simple dan jus Blackcurrant  boleh juga digunakan yg kebetulan ada, jadi saya pun tingin ler nak rasa. Cam saspen jek kan bila dah semua bahan masuk dalam pan, dia punya aroma gula, jus blackcurrant, kulit kayu manis dan hirisan kulit lime tu... fuhhh wangiiii.




Dan of koz lepas dimasak bukanlah boleh dimakan. Sejukkan dulu dalam peti es. Dan bila mana suapan pertama hinggap dilidah.. fuhhhh sedap oo. Rasa lembut bak puding. Sos blekkaren beraroma kulit kayu manis n lime tu mmg best! Tetibe rasa nak teguk gitu jek, tapi tambah ais la.. sebab of koz kuah tu maniss kan. Ingatkan budak2 ni tak layan sangat pear bila dibuat gini, sebab ada aroma kulit kayu manis tu kan , tapi laju jugak Bais menyuap sebab ada rasa2 cam aiskrim pun ado.

Maaf, saya tak pernah makan menu ni. Jadinya..kalau hasil dan penerangan saya ni berbeza... apo kan dayo. Tapi tetap bila menikmatinya buat mata hitam berpusing2 *copy ayat kak Sha.. Ikikiki.. Jom tengok resepi dan terima kasih kak Sha@masterchef.



POACHED PEARS
sumber: Shariah@MC

Bahan:

1 cwn lite brown sugar
1 cwn cordial
2 cwn air
1 btg kulit kayu manis *izah patah amik half je
3 hirisan kulit lime 

Caranya:

Campurkan kesemua bahan di atas. 
Renehkan di atas api sederhana sehingga mendidih.
Kemudian kecilkan api dan reneh sehingga 20 minit sehingga pear lembut
Berhati2  jangan terlebih masak sehingga pear lembik atau benyek.
Angkat dan ketepikan. Masukkan ke dalam peti es untuk sejukkan.

Nota kak Sha: Sauce jus tu harus direneh sehingga pekat. Tapi ikut selera masing2. 
*Saya ikut kak Sha dimana saucenyer tu saya masak tidak sehingga pekat. Tapi bila diletak di dalam peti es, jadi cam pekat2 sikit gak.

*boleh dimakan bersama sos coklat! Yummy..