Wednesday, February 29, 2012

Gulai Masam Tempoyak Keladi


Assalamualaikum..

Punya lama gambar ni bertapa dalam kamere. Pastu baru je trasfer ke lappy. Pastu tunggu mood edit n update blog datang, maka keluar lah dia menjadi post di IML. Haaa itu lah proses kejadian blog masak2 yang unik dan lain dari blog ngomel2 yang lain kan. Keladi ni pemberian mak masa balik kampung duluuuu, laama dah. Mak ada berkebun petang, dan inilah antara hasilnya. Saya suke tang batangnya berbanding isi keladi. Sukee sangat. Kalau makan gulai ni, cara paling best, kuahnya mesti banyak macam sup soto dari nasi. Perhh tetibe air liur merembes dalam mulut. Huhuhu.. Kak Animm ingat dak? Hehehe ini ler kejadiannya. 

Resepi saya ikut cara mak. Atau cara orang Pahang masak gulai masam. Tanpa bawang bagai. Bagi siapa nak try gulai masam Pahang leh la buat. Simple tapi terbaikk.. Musti le terbaik, masakan negeri sendrik khaaan. Hehhe..



GULAI MASAM TEMPOYAK KELADI
by: izah

bahannya

3 batang keladi bersama ubinya
sejemput ikan bilis
10 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
3 sb tempoyak @ ikut suka
garam n gula jika perlu

caranya:
Keladi dibuang kulit, potong sederhna kecil dan basuh dengan air garam bagi hilang lendir.
Batang keladi dibuang kulit dengan cara menyiat kulitnya. Rendam kejap ngan air garam. 
Tips diberi oleh kakak, kalau dlm batang keladi tu ada anak keladi batang kecil putih, buangkan. Sebab itu lah yang datang miang time makan. 
Dah basuh kedua2nya, masukkan dalam periuk. Ketepikan.

Tumbuk kunyit dan cili. Masukkan ke dalam periuk tadi.
Masukkan air tinggi dari aras keladi. Banyakkan sikit sebab keladi menyerap air.
Masukkan ikan bilis, tempoyak n asam keping.
Masak hingga keladi n btgnya empuk.
Rasakan garam n gula.
Hidang.






Kuih Talam Cincau


Assalamualaikum..

Nak share resepi kuih talam cincau yang mabeles ni. Sebenarnya banyak menu2 ni semuanya dah lama dlm simpanan. So ni semua gambar2 lama la ye. Bukan la hari2 makan macam ni. Kalau ada demand, baru la masak. Atau pun ada bahan2 yang nak hampir expired ke kan. Bukan la menunjuk gambar masak2 ni nak menunjuk kemewahan makanan. Bukan.. sebab bukannya hari2 masak gini. Kadang kalau anak mintak nak makan kuih ke, atau nak memulang pinggan mangkuk jiran ke. Kalau ada demand dari anak pun, saya akan buat dlm kuantiti yang sikit je. Untuk minum petang dan dibawa ke sarapan esok. Takut juga di ajar anak ni makan mewah2. Nanti tak reti pulak makna susah.



Kuih talam cincau ni, memang sedap. Setiap layernya memberi rasa yang berbeza tapi sangat sedap bila dikunyah bersama di dalam mulut. Rasanya dah 3 kali saya buat talam ni, tapi tak sempat nk sharekan resepinya kat dalam blog ni. Layer colkat tengah2 tu sedap n lemak. Layer putih tu lemak2 aje tanpa gula dan layer hijau wangi dengan pandan. Kepada yang gemarkan kuih kukus gini, masukkan dlm list, sebab tak rugi mencuba kuih ni. Feberet saya. 



Diingatkan ini bukan resepi saya, bukan saya nak promote resepi sendiri dan memuji2 resepi dan masakan sendiri. Tapi setelah diuji sampai 3 kali, memang terbukti ianya sedap. Dan setiap kali saya buat kuih ni saya akan perbaiki teknik kacau adunan atas periuk kemudian dikukus. Dulu2 mesti tak pandai. Tapi sekarang insyaAllah.. sikit2 dah nampak menjadinya. Cume bab potong kuih gini, masih fail bnyak. Kikiki.. Resepi diambil dari mjalh RASA Ogos 2007. Terimakasih buat chef Fauziah Jusoh.


KUIH TALAM CINCAU
sumber: MAJALAH RASA ogos 2007
resepi: Chef Fauziah Jusoh

BAHAN 

A
550 ml santan pekat
200 gm cincau * dihiris memanjang
175 gm tepung beras
sedikit garam

B
500 ml santan
150 gm gula
3 biji telur * izah letak 2 biji
90 gm tepung gandum
1 sk serbuk coklat * izah lebihkan
secubit garam

C
500 ml santan
90 gm tepung gandum
2 sk tepung jagung
1/2 sk pes pandan *izah letak 1 sk
1 sk esen pandan  * izah tak letak
120 gm gula *izah kurangkan
secubit garam


caranya:
Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
Kacau adunan A dalam periuk di atas api sederhana. sehingga sedikit pekat
Masukkan ke dalam loyang dan kukus slama 10 minit.

Kemudian satukan bahan B di dalam bekas, sebatikan dan kacau atas api sederhana hingga sedikit pekat. Lapiskan bahan B atas adunan A yg telah dikukus. Kukus pula selama 10 minit.

Sambil itu, satukan bahan C, kacau atas api sederhana sehingga sedikit pekat dan tuang atas lapisan B yang telah dikukus.

Kemudian kukus kuih dalam 20-30 minit. Sejukkan dan boleh dipotong.




Tips elakkan kuih berair dipermukaan =dari ratu talam kita, kak Yatie:

1. Pastikan air kukusan betul2 menggelegak. Baru diletakkan kuih. ini mengelakkan bahagian atas kuih kukus berair dan lembik.

2. Salut penutup kukus dengan towel untuk mengelakkan air menitik atas kuih.

3. Atau jika tidak disalut tuala, lapkan tudung kukusan 4-5 minit sekali.

4. Atau tutup loyang dengan aluminium foil untuk elak air menitik.

5. Jika terdpt juga sedikit air dipermukaan kuih, ambil tisu dan tekapkn dgn perlhn dipermukaan kuih. 








Tuesday, February 28, 2012

Muffin Coklat Mentega


Assalamualaikum..

Ni ler muffin yang saya post gambarnya di FB. 
Simple muffin yang sya amik resepinya dari buku masakan.
Nama buku ialah Aneka Kek Pilihan oleh Zarina a.Aziz.
Hmmm yang paling saya tak tahan ialah bau muffin ni.
Bau coklat berselang dengan butter.
Dari segi texturenya biasa2 aje. 
Macam muffin yang agak padat tapi lembut dan sedap dimakan panas2.
Tapi rasa muffin ni mmg yummy sebab ada campuran coklat masakan.



MUFFIN COKLAT MENTEGA

resepi dari buku: Aneka Kek Pilihan oleh Zarina
by : izah

bahan:
2 cwn tepung gandum
3 sk baking powder
1/4 cwn gula
2 biji telur
2 sk esen vanilla
1 cwn susu segar
50 gm mentega *cairkan
1/2 cwn coklat masakan dicairkan

Cara memasak:
Ayakkan tepung dan serbuk penaik ke dlam mangkuk.
Buat 'perigi' ditengah bahan2 kering tadi . Kemudian masukkan gula.
Pukul sebati telur bersama vanila esen dan susu segar dan mentega cair.
Masukkan ke dalam bahan kering tadi dan gaul sebati.
Jangan overmix. Masukkan coklat cair ke dalam adunan dan gaul perlahan2.
Jika terdpat tepung berketul2 tidak rata biarkan. Jika kita terlebih2 sebatikan adunan, nanti adunan akan keras.
Bakar pada suhu 190 C selama 15-20 minit atau hingga muffin masa.
Siap dan hidang.






Kuih Jongkong


Assalamualaikum..

Lama rasanya tak mengarang kat blog ni. Yuhuuu... pekabar semua. Harap semuanya sihat ceria dan berbahagia selalu. Terima kasih yang sudi jenguk blog yang dah mula nak berpenunggu ni. Maklum hantu blog Hasue dah kena cari sarang lain, mana tau kot2 nak nyewa blog saya lak kan. Kikiki... Hasue dah kencang update blog tu nampaknya kan kan.

Semalam saya warm up dengan gambor muffin kat FB, tup tup keluar hari ni kuih JONGKONG pulak. Ada yang panggil BONGKONG, ada jugak saya terbaca di sebut JONGKANG. Tak kisah mana satu namanya, apa la ada pada namakan. Ikiki.. Sebab rasa dia saangaaaaat best. Aroma daun pisang, kena dengn kuah santan lemak2 n lembik lembut isinya tu. Kan kak Q n ADIK Ika kan. Sedap sungguh. Anak2 saya pun suke.   Pernah saya tengok 1 rancangan TV mengenai kuih ni. Katanya kuih Jongkong ni kuih tradisional negeri Perak. Tapi ada saya terbaca pulak katanya berasal dari Penang. Wallahua'lam. Yang penting ini la pertama kali saya makan kuih ni dan pertama kali kenal kuih ni masa kak Q tyang kat blog.



Kalau buat search atas nama kuih ni, banyak jugak resepinya. Ada yang dibuat guna tepung gandum sahaja, ada guna tepung beras campur tepung sagu dll lagi la. Saya try resepi dari blog kk Q ni dulu dan Ika pun dh buat. Cantik kemas je balutan kuih diorang. Saya ni buat ala2 lipat tapai je. Yang penting tak melimpah keluar kuahnya dan gunakan daun pisang yang lebar dan keras sikit. Daun pisang ni import dari kampung, yang tebal dan lebor. Mak kata daun pisang cematu, atau pisang abu yang berkulit keras tu. Terima kasih banyak2 
kak Q dan Ika dan empunya resepi.



KUIH JONGKONG
Resepi Asal: Puteridapur@myr
Resepi Asal: Kakfida@myr
Sumber Olahan: Kak Quinnie 
Sumber lain: Ika Bangkok

Bahan2

Utk adunan kuih
250gm tepung beras
50gm tepung ubi
1 sudu kecil air kapur..- air je tak yah ambik isi dia tapi pekat la air tu ek
1 liter santan
500ml air pandan - saya guna dlm 4 helai daun padan saiz kecik
1 sudu kecil garam
30gm gula
sedikit pewarna hijau

utk inti
gula melaka secukupnya - dihiris2 halus
pati santan secukupnya di campur dgn sedikit garam - agak2 la garamnya ye..

* daun pisang secukupnya utk membalut- dilayur...daun pisang kena lebar dan cantik
*pencungkil gigi/ lidi tajam


Cara2

1. mula2 masak bahan adunan dulu....campurkan semua bahan2 adunan...kacau2 rata sehingga tepung tadi tidak berketul...selepas tu baru masak atas api yg kecil..kacau2 hingga pekat dan likat serta licin...atau berkilat...memang letih skit la nak mengacau ni sebab lama...hehhehe...pakai senduk kayu....dah likat tutup api dan biarkan sejuk skit.

2. kemudian layur daun pisang dan potong daun ikut saiz 20x24cm..saya agak2 je sebenarnya...tapi kalau nak senang ukur le...lepas tu potong jugak daun saiz kecil utk lapisan kedua... kemudian hiris2 halus gula melaka...tepikan.

3. bila semua bahan dah siap...boleh mulakan proses membungkus...mula2..letak daun atas tempat yg rata....cedok dlm 2 senduk kecil adunan badan dia....kemudian....tutup tepi sebelah kiri...boleh tengok kat cara2 puteri dapur....pegang kuat sebelah kiri yg dah bertutup tu...condongkan skit...dan masukkan satu sudu besar gula melaka hiris...lepas tu satu senduk kecil santan pekat....tutup pulak sebelah kanannya..kemudian letakkan atas daun yg kecil pulak dan matikan dgn pencungkil gigi/ lidi tajam. gunting bahagian atas yg lebih tu..biar dia cantik skit atau sama rata je.

4. susun kuih atas loyang pengukus....sementara proses membungkus tadi...boleh didihkan dulu air kukusan....bila dah didih airnya...kukus kuih selama 30m...api besar...kuih ni kalau buat byk...tak boleh tindankan loyang tu pada 2 tingkat...masak setingkat je...sebab takut daun dia kemek akibat loyang yg ke2..nanti kuah dia terkeluar dari daun pisang. bila dah masak kuih ni..alihkan kuih tu dari air kukusan...alihkan loyang pengukus dari periuk kukusan tu atau angkat dan letak kat bekas lain..ni utk pastikan kuih tu lembut dan tak pejal isi dlm dia bila kena wap air panas tu...

(nota: kuih ni kalau betul cara masaknya...akan ada air gula kat dalam dia....tapi kalau air gula tu tertumpah ke apa ke...jgn risau..kuih ni masih boleh dimakan lagi...tapi kena la buat air gula merah standby...hahahhaha..saya masa 1 time buat tu..akibat tindankan kuih ni kepada 2 loyang...loyang yg kena tindan tu kuahnya tirih....habis tinggal isi je..jadiknya kena la masak air gula yg lain...dia kena ada air gula jugak baru sedap...pati santan utk kuah/inti tu...elok pekat...sebab kalau terlalu cair...susah nak balut dan santan mengalir keluar...tapi kalau beli pati santan dah siap tu...tambah skit je air...jgn la pekat sgt lak..agak2 la ye.. selamat mencuba.)


Thursday, February 23, 2012

Kuih Kaswi Citarasawan


Assalamualaikum..

Huwee huwee.. saja wat gelak ngengada. Maklom jaman sekarang memacam words baru yang digunakan anak2 muda. Apa ke benda tu? Apa celop? apa ceelloop.. haisshh.. celop celop.. celop karang.. ngeh ngeh. 

Yuhuuu.. ada yang muntah kedarah ke dengan gambo kuetiaw saya tu? Ko Mas, dah muntah belum? Hahaha.. sabor jela makcik. Dek kerana mak yung teringin nak makan kaswikan, jadi saya mempersembahkan rupa kaswi saya yang tak seberapa ni, tapi pada saya sangaaaat kena ngan selera. Adik IKA pun  ada mintak resepi, saja lambat2 kan entry, mungkin bulan depan baru bagi. Tapi sebab mak yung sorang tu nak jugak, kena la rajinkan mengonline depan lappy. Hehe.. guwau ek. Jangan maraaaa.. Ni la adik IKA ku, kuih yang ala ala kaswi kak Q. Cume maybe kalau goyang kaswi kak Q tu rate 10, goyang kaswi kak 1 ni rate dia maybe 8. Still goyang dan sangat cantik warne dia. Rasanya banyak2 kaswi, resepi yang ni sangat saya berkenan kat warne dan kejadiannya dan kesedapannya. 

Kak Che CT pun dah cube dan anak2 kak Ct pun suke katanya. Sampai tak cukup 1 adunan. Kena buat 2 adunan ye kak. Memang masa tengok resepi ni kat blog kak 1, terus tergoda yang amat. Tengok lak testimoni kak Ct lagi la teruja. Terima kasih banyak kak Wan. Haiss bila la nak jumpa kak Wan ni. Masih teringat janji2 hari tu. Bila masa bz, teringat nak jumpa. Tapi time lapang, terlupa lak. Bila la kita dijodohkan ye kak. Hehe.. Dan kepada peminat kaswi, jangan lupa try resepi ni. Mabeless..

KUIH KASWI
resepi: kak Wan
yang dah cuba: kak Che Ct


Bahan A
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
(jadikan 2 cawan air gula)

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur

Bahan C
Kelapa parut dicampur sedikit garam

Loyang 9" atau acuan lompang

Cara-cara :
1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.



Thursday, February 16, 2012

Kue Teow Goreng dan bebel bebel aje..


Assalamualaikum..

Sebelum blog ni suram, baik teman up sket ngan gambor kue teow ni. Walaupun rgupenya macam tak ngancam je, teman sukeee pada rasenya yang enak. Ate, teman yang masok, musti le teman suke akan rgasenya. Kikiki.. 

Ni teman nok bebel sikit. Siapa nak baca silakan lah.. Siapa nak tengok gambo kue teow je, teman suka aje. Tukor tune.

Tadi saya ada terbaca seorang teman jauh tapi mesra update status FB, tentang topik membebel kat suami. Eh eh menarik la pulak. Boleh buat hobi katanya ye bebel ni.  Kikiki..makna kata hobi, idok ler semua mokcik mokcik ni ada hobi yang sama. Nostalgia kalau sebut  perkataan 'bebel' ni. Kalau orang kampung saya kata 'merebek'. Contoh ayat " weh deme, cepat la bangun sahur, mok doh merebek te." Atau ayat orang Keyel,  "wahai kamu semua, lekas kita bangun sahur, emak sudah mula membebel tu". Ayat orang KL ke tu, ke ayat buku. Heee..

Hobi ni sinonim dengan emak saya. Banyak faktor yang menyebabkan berlaku hobi ni pada emak saya. Pada jangkaan saya la, sebab mak saya ni seorang yang pendiam, tak banyak cakap. Bukan jenis orang yang sangat ramah tamah. Orangnya biasa biasa aje. Kalau kita senyap, maka tiada topik yang nak dibualkan. Cume senyumannya saja dibibir yang sukar ditafsirkan. Jadi, dia bukan lah suke nak bebel2 tanpa sebab munasabah.  Hehe.. Tapi masa saya kecik2 dulu, mak kuaaat membebel. Sebab tu saya katakan banyak faktor yang mencipta hobi yang tak rela tu pada emak.

Mungkin faktor, ramai anak. Ye saya memang ramai adikberadik. Biasala, kalau kat rumah tu, berat montot belaka. Sah sah la berdesing telinge kena bebel kan. Faktor lain, keletihan seharian kerja dibendang. Kerja tengah panas, kulit hitam dibakar panas matahari. Balik2  rumah, tengok anak tebongkang tengok tv, tanpa membasuh pinggan mangkuk atau mngemas meja makan, atau melipat kain, sah sah kene setepek bebelan dari emak. Ditambah pulak faktor ramai anak perempuan, sah sah la kena dibebelkan. Biasanya hal hal kerja rumah ni la yang selalu anak anak ni kena bebel.

Faktor lain, yela.. itu jela cara nak ngajor anak. Ni kira dulu2, kalau bebel ni minimum jela. Walaupun mcm keluar je lava dari telinge bila mak start membebel, tapi itu ok lagi. Belum bab kena rotan lagi. Kena jolok ngan galah sebab lari dari kena rotan. Tu pulak kisah kakak saya, lari lintang pukang takut kena rotan, dia panjat pokok jambu. Atas pokok jambu ada sekor ular, kat bawah pulak mak pegang penjolok galah. Mana satu pilihan anda? Wakaka... kenangan..

Ada jugak yang kena baling ngan kayu api berbara, ada yang sampai kena kejar tengah bendang dengan rotan. Ada yang pura2 solat. Terus2 pakai telekung n solat. Ingatkan boleh lepas dari kena rotan, hahaha.. rupanya berbelang jugak punggung kena rotan time rukuk. Teringat lagi penangan rotan dengan pokok puding. Dulu2 emak suka tanam pokok puding keliling rumah. Ada yang berdaun merah, ada yang berdaun kuning hijau dan banyak dahan kecik2. Kalau kena rotan dengan pokok puding tu... waduhhh perit!! Tak suka bila tengok pokok puding. Keliling rumah banyak pokok puding patah dek anak2 yang nakal. 

Tapi kata emak, anaknya yang kebawah2 ni tak sukar nak handle. Time kena rotan semua duduk menghimpit dinding atau celah pintu aje. Tak macam kakak kakak. Semuanya jenis lari lintang pukang. Tu yang sampai panjat pokok tu. Paling baik pun sorok dalam almari baju. Dan yang pasti kalau menyorok tu agak lama tempohnya, ada la supplier dalam diam2 kena hantar biskut kering. Maklom kelaparan dalam almari. Takkan nak makan lipas lak kan. Hahaha.. kenangan yang sweet bila diingatkan. Itulah antara kenangan yang dilalui oleh kami adikberadik.

Berbalik pada bebel ni, hmm for me, untuk bebel pada suami tu..  tak sampai lagi la tahap nak bebel. Mungkin sebab saya sendiri suri rumah, jadi kalaulah, selonggok kain pelikat berbentuk O dilantai, tak de la sampai tahap nak bebel. Dan rasanya tak sampai hati pun nak bebel. Cuma dengan anak2 ni, pun, rasanya tak sampai tahap bebel. Cume tegur sesuai dengan umur mereka. Lainlah kalau masing2 dah besar, lain pulak cara teguran nya kan. Rasanya tu bleh la dikategorikan membebel. Semuanya akan berubah mengikut peredaran masa. Betul tak... 

Aaa panjang saya membebel. Dah cukup ler. Letih dah menaip. Nak memasak tuk anak balik skul pulak. Time limited betul la sekarang ni.



Resepi nak? Saya ejas2 mengikut bahan yang ada dari resepi Mas Duniaku.






Tuesday, February 14, 2012

Ikan Goreng Berempah



Assalamualaikum..



Apa khabar semua? Tuan blog bz sikit ni, tak sempat nak balas komen, nak hayun2 jalan blog kawan2 dan nak ngupdate belog pun lemau lembik dagu jugak memikiorkan masalah itu. Huhuhu.. Bila Mas duk cuit kat FB, terasa jugak nak ngupdate biar pun lauk ni dah lama berlalu. Lama dah dia duk dalam folder. Layan kan aje la ye. Resepi ni asal dari kak Hana yang berbaby baru dan sedang berpantang tu. Mesti ku bayangkan bilik baby tu warne pink je kan kak Hana. Hehe.. Tapi resepi ni saya nampak kat belog Noorsha.Tup tup baru ni Noorsha pun buat pulak guna ikan susu. Ok resepi boleh terjah kat blog Noorsha ye..Daaa





Saturday, February 11, 2012

Kuih Kaswi Lagii...


Assalamualaikum..

Ni semua gara gara Kamalia Jepun la ni. Saya kepantangan bila nampak kuih kaswi. Memang dediam karang, siap dah kena kukus kaswi tu. Tinggal nak santap aje. Diulang lagi resepi yang sama. Mudah dan cepat nak sedia. Kuih simple dihujung minggu. Tapi gambar ni memang dah ada dalam folder. Sekarang ni saya mengupdate blog jika terdapat gambar2 yang belum dipostkan lagi. Sebab gambar belum dapat cara tuk transfer. Nak transfer dari memory kad terus, slot kat lappy ni dah rosak kot. Ok sambung ngap kawi yang resepinya dari kak Hanieliza. Dah ramai yang tahu kesedapannya. Saya rekemenkan guna tepung ubi. Baru dapat kesedapan yang maksimum.Tq kak Liza.





Resepinya DI SINI. 






Friday, February 10, 2012

Begedil Daging Burger dan Info Plagiarism


Assalamualaikumm..

Salam dihari Jumaat penuh barakah. Alhamdulillah bernafas dengan segar dihari ini. Teringat pesanan Rasulullah SAW sentiasa setiap minit untuk menyebut istighfar. Kalau selalu amalkan insyaAllah jiwa pun tenang walau dikala kesempitan dan keperitan di derita.  Derita saya hadapi hari ni, kabel nyambung kamera ngan lappy untuk trasfer gambo dah hilang belum dapat dikesan. Tak reti nak transfer gambo masak2 cemana. Saya kalau hal gini  mmg lam mim bab sikit. Masih menderita untuk mencari dalam rumah yang kecik ini. Ntah mana la kabel tu ilang. Kalau terus ilang, sunyi la belog saya tak berupdate. 

Nak share sesuatu ilmu yang berguna. Mesti baca kat SINI yang dikongsi oleh kak Nor dan SINI dari Zack. Terutama buat blogger2 baru, dan khususnya lagi nak masukkan entry masak2. Cuba la baca, insyaAllah kita sama2 dapat ilmunya dan dapat guideline dalam berblog. Saya copy sikit yang telah diterjemahkan oleh Zack:


Entry khas mengenai tatatertib dan etika ketika berblogging serta berkaitan resepi:


Kebanyakan pengarang buku masakan dan penulis makanan mengikut beberapa peraturan ini:

1. Jika anda mengubah suai resipi orang lain, ia HARUS dipanggil "Disesuaikan daripada..." atau "Diadaptasi daripada...".

2. Jika anda menukar sebahagian resipi, anda MUNGKIN boleh memanggil ia resipi anda sendiri. Tetapi jika ia agak sama dengan resipi asal, anda harus mengatakan ia "Telah diiilhamkan oleh..." atau "Inspired by...", yang bermaksud bahawa anda menggunakan resipi lain sebagai inspirasi, tetapi telah diubah secara ketara.

3. Jika anda menukar tiga bahan dari resipi asal, SELALUNYA anda boleh menyatakan ia resipi anda.


Nombor 3 adalah perkara yang sukar, tetapi jika resipi tersebut begitu unik, anda mungkin mahu memberikan kredit sebagai inspirasi. Sebagai contoh, jika anda mencintai idea resipi Russian Black and White Cake, tetapi anda datang dengan keunikan anda sendiri (cth: Hot Cheese Chocolate Cake) yang sebahagian besar bahan-bahannya adalah berbeza (walaupun saya tidak tahulah kenapa), anda tentu boleh mengatakan ia "Diilhamkan daripada Russian Black and White Cake."

Akhir kata, bak kata penulis makanan Laurie Colwin, jika tidak kerana mereka yang berkongsi resipi, manusia sudah lama pupus. Oleh itu, teruskan tradisi lama berkongsi resipi. Ia yang membuat blog makanan istimewa. Tetapi adalah lebih baik, beretika dan mengikut undang-undang jika anda sertakan sumber resepi anda.



Terima kasih zack.

Dan resepi begedil ni pun saya amik dari blog zack. Dah lama cari resepi ni. Masa belum kawin lagi, duk usha adik sepupu sebab dia pandai buat begedil tuk makan pengantin. Katanya dari daging burger je. Dulu2 tanya, tapi tanya gitu je resepinya, lepas tu tak buat pun. Bila ternampak kat blog Zack, terus copy resepi dan baru sekarang nak buat sebab ada daging beger yang dah terbiar kejung gitu. Sedap anak2 suke ratah. Terima kasih Zack. *tak dapat nak memberi tumpuan la mengarang kali ni, ada orang duk berjoget. Haha.. kak Nor balas dendam ke?


RESEPI BEGEDIL DAGING BERGER
resepi: Zack 

16-18 biji kecil atau bergantung pada saiz

Bahan:
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup/daun bawang dicincang- optional
1/sb - 1sb tepung jagung

1 biji telur, dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Basuh dan buang kulit kentang.

2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.

3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih panas).

4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger (defrost dahulu) dan daun sup/daun bawang (jika guna) dan gaul sebati. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2sb tepung jagung.

4. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.

5. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali (untuk mengelakkan begedil hancur).

6. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.

7. Angkat dan toskan atas paper towel.



Thursday, February 9, 2012

Cucur Susu Lemak Manis


Assalamualaikum..

Seminggu jugak belog ni tak berupdate. Masuk2 asik nampak cucur tembam kat bawah tu ye. Macam mewakili ketembaman tuan blog ni pulak. Terasa nak berehat dari berblog mcm si Mek Bangkok tu ha. Badan dah menten baru aktif blog balik ek. Tak acii tak aci.. Huhu..  InsyaAllah.. akan difikirkan jugak caranya tu. 

Meh la jamu mata dengan cucur susu lemak manis ni. Ternampak kat rumah Mas, terus aje buat untuk hidangan petang anak2. Betul kata Mas, cucur ni padat tapi gebu lembut mcm kek. Beza dengan cucur bom tu, lebih ringan mcm ke donut. Ternampak jugak kawan2 blog yang lain ada jugak dah menerai cucur ni. Rasa2 ternampak mcm kak Q pun dah buat kan.  Resepi dari kak Fida yang memang tak dinafikan resepi2 kak Fida memang menawan hati sesiapa yang mencubanya, dan terima kasih kak dan Mas.


 psss.. tisu ijau kamben tu datang dari jauh. Dari German. Tq dear!! 

CUCUR SUSU LEMAK MANIS
resepi: kak Fida
sumber: Mas
  

Bahan :

1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
1/2 sk baking powder - diayak
1/2 sk bicarbonate soda - diayak
6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis
1/2 cawan susu segar @ cair
garam secukup rasa


Cara membuatnya :

Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Mas lebihkan sikit susu segar tu sebab adunan nampak pekat.
Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan, untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2.... :)
Angkat cucur dan hidangkan.




Friday, February 3, 2012

Cucur Udang Tembam


Assalamualaikum..


Memang tembam, montok dan sedap. Cucur udang ni saya buat untuk hidangan diri sendiri for berbuka puasa. Sahla ketika ketiadaan suami. Kesian pulak nanti kalau saya hidangkan dengan udang2 yang menjadi kepantangannya. Pantang nampak pun iye, pantang makan pun iye. Terima kasih Cik Mat Gebu untuk resepi yang sedap ini dan kuahnya juga memang ngam dimakan dengan cucuq tu. TQ.. 

gambo kelabu hasap snap malam hari. tak weti nak setting. mencik..


CUCUR UDANG TEMBAM
resepi : CMG 


BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel


BAHAN SOS LADA :
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam


CARA MEMBUATNYA :
Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...






Thursday, February 2, 2012

Nasi Kari Ayam


Assalamualaikum

Ramaiii yang dah tahu kesedapan nasi ni. Saya je terlambat nak mencuba. Kunun alasan beras basmathi tak de. Tapi bila saya buat dengan beras siam aje, fuhhh memang kagom dengan kesedapannya. Sangaaaaat sedap. Anak2 makan bertambah2. Saya buat ni memang untuk anak2 makan lunch. Jadi saya dah ejaskan kepedasan kekarian dan kerempahan dalam nasi ni. Tapi still... alhamdulillahh.. kesedapan disetiap butir nasi! Terima kasih kak Pah dan teman2 blogger yang sudi berkongsi kesedapan nasi ni. Musti diulangi lagi. Anak2 suke sangat, sebab ayam nyer sangat lembut bila dimasak cenggini kan.  Skali lagi kak Pah TQ. Dan kak Nor, sebab saya duk teringat yg kak Nor kata nasi ni sedap!



NASI KARI AYAM




Bahan:
3 cawan beras basmathi *izah guna beras siam
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar *izah tak letak
daun kari ~ yg ni k.nor tambah
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak)
garam


Cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.



*izah ikut cara kak Nor