CSS

Friday, December 30, 2011

Terima Kasih Majalah Jelita..


Assalamualaikum..

Entry ini dibuat untuk ucapan ribuan terima kasih buat majalah JELITA  January 2012, diruangan Sajian, yang sudi memberi peluang blogger masak2 seperti saya untuk berkongsi hasil masakan di ruangan tersebut. Terima kasih terutama buat Puan Norashikin, penyelaras ruangan tersebut. Dalam bulan 11 baru ni, saya dapat panggilan dari puan Shikin, yang mana p.shikin merujuk kepada blog saya dan mendapat contact number saya dari kenalan adik saya yang pada masa tu juga berkerja di karangkraft. Memohon untuk menyumbangkan gambar2 kek keju dan telah dilistkan 5 jenis kek yang terdapat dalam blog izahmuffinlover. Alhamdulillah, rupa2nya gambar2 tersebut telah menghiasi ruangan Sajian Jelita keluaran January 2012. 

Entry ni juga dibuat khusus untuk mengkredit empunya resepi2 yang telah disiarkan di dalam ruangan Sajian Majalah  JELITA keluaran January, yang mana saya hanya lah sekadar  menyumbangkan gambar2 nya sahaja. Diberitahu bahawa ruangan Sajian memberi sedikit peluang kepada para blogger masak2 untuk berkongsi dan mempamerkan hasil masakan mereka. 


Dimaklumkan juga kesemuanya bukan resepi2 dari izahdaut, tetapi perkongsian bersama blogger2 yang masyhur. Saya kreditkan sekali lagi resepi2 tersebut kepada tuan resepinya.

gambar ehsan dari fb p.shikin

Resepi KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL ni adalah resepi dari CHEF HANIELIZA. Alhamdulillah, kak liza pun tumpang gembira dan berbesar hati dan memberi kebenaran resepinya dimasukkan. Memang chef terbaik!! Terima kasih kak Liza. 

link: IZAHDAUT


gambar ehsan dari p.shikin

Resepi KEK KEJU PANDAN resepi dari ROS @ Jintanmanis.com yang dipost di myrespi. Dimaklumkan di situ oleh Ros resepi ni berasal dari satu website masakan Jepun (tiada link). Terima kasih Ros dan hanya Allah berhak membalas ilmu2 yang dikongsi oleh Ros. Dan diharap Ros dan Jintanmanis.com terus suksess dan melangkah lebih jauh. Untuk idea 'pandan' tu adalah idea dari kak Hana.

link: IZAHDAUT
link: kak Hana



resepi BROWNIES BALDU MERAH adalah dari Kak Maz@ Ilham dapur yang sedang sibuk berkemas2 untuk kembali ke Malaysia. Semoga perkongsian akak di sini akan terus mendapat manfaat kepada semua. Terima kasih kak Maz. Dan kesedapan brownies ni saya dapat dari kak Anim. Terima kasih buat kak Anim yang mewar2 kan kesedapan brownies ni.

link: IZAHDAUT
link: KAK ANYMZ



Resepi KEK KEJU RINGKAS pula adalah resepi dari HASUE @ I LOVE MY LIFE. Terima kasih Sue, i love u!! Semoga ilmu2 kek yang di curahkan Sue di blognya dapat memberi banyak manfaat kepada peminat2 kek. Banyak resepi2 kek yang sedap di blog Sue. 

link: IZAHDAUT
link: HASUE

Resepi KEK KEJU SEGAR @BLUEBERRY SLICE CHEESE CAKE adalah asalnya juga resepi yang dikongsi oleh Ros. Akan tetapi idea meletakkan blueberry filling adalah dari Hasue di blog I LOVE MY LIFE. Terima kasih kalian.

Link: IZAHDAUT
link: ROS@JINTANMANIS
link: HASUE



Semoga entry ini tidak disalahsangka oleh sesetngah pihak, dan jika ada saya dahulukan dengan ampun dan maaf. Dan entry ini juga satu penghargaan besar buat blog izahdaut@izahmuffinlover.  Terima kasih buat suami tercinta yang memberi ilham, menjadi sumber inspirasi dan memberi teguran serta nasihat untuk terus berblogging. Terima kasih juga buat kakak kakak blogger yang banyak memberi nasihat dan semangat dan kawan2 'sengal' yang juga turut berkongsi rasa dan kesusahan. Juga terutama buat mereka blogger2 masak2 semua yang sentiasa membekalkan resepi2 fresh dari ladang dan menyuntik virus2 yang selalu menular sesama geng masak2. 

Penutup dan pembukaan tahun baru yang manis dan pahit buat saya kali ini. Peace no war!!







Thursday, December 29, 2011

Banana Double Chocolate Muffin


Assalamualaikum..

Ada yang tanya entry semalam tu "renjis2 dipilis", mcm kembar adikbradik pengantin tu. Sebenarnya diorg tak kembar. Maybe beza 4 tahun kot. Dan diorg bukan anak sedara adikbradik saya tapi anak sedara sepupu. Tapi memang kami ni rapat, mcm adikbradik je rasanya. 

Berbalik entry muffin ni, bila ternampak gambar kat resepi asal nya tu, memang sangat tertarik melihatnya. Kebetulan semua bahan pun ada. Boleh la dibuat minum petang. Simple je nak membuatnya dan hasilnya tak mengecewakan. Makan panas2 sedap. Terima kasih Charishma Ramchandani from food.com.




BANANA DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN

Menghasilkan 8-11 biji muffin

Bahan:
1 1/2 cwn tepung
1 cwn gula * izah kurangkan setengah
1/4 cwn serbuk koko
1 sk baking soda
1/2 sk garam
1/4 sk baking powder

1 1/3 cwn pisang lecek
1/3 cwn minyak sayur
1 biji telur
1 cwn coklat chips

Caranya:
Di dalam mangkuk yang besar, satukan semua 6 bahan-bahan pertama. Di dalam mangkuk kecil yang lain, satukan pisang lecek, minyak dan telur. Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam bahan kering tadi. Sebatikan tapi jangan overmix. Masukkan coklat chip. Gaul rata. Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh. Bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit. Sedia untuk di hidang.



Wednesday, December 28, 2011

Renjis-renjis dipilis....


Assalamualaikum..

Buat kenangan...

Sekitar gambar perkahwinan anak sedara. Majlis di buat sekali gus 2 orang adikbradik pengantin perempuan. Shirah n Melly dan pasangan masing-masing. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke akhirnya.

Melly

Shira























Kuih Kaswi k.Yatie


Assalamualaikum

Hmm.. tak tahu nak tulis apa. Type.. padam.. type.. padam. Minggu baru ni saya balik kampung. Alhamdulillah, sangat bersyukur dapat berkumpul n berjumpa dengan mak kesayangan n adikbradik yg lain. Balik kampung sempena pekawinan anak sdara. 

Entry hari ni, saya kongsikan pula kuih kaswi yang memang menjadi kegemran saya. Kuih kaswi sangat sinonim dengan kak Yatie. Berkongsi kegemaran kuih yang sama dengan kak Yatie, membuatkan saya akan mencari2 resepi kaswi di blognya. Selama berblog ni banyak juga resepi2 kaswi yang berbeza yang saya dah cuba. Kebanyakkannya menjadi kegemaran saya. Mungkin sebab saya ni memang penggemar kaswi, jadi tak cerewet nak sesuaikan dengan taste. Dan kuih kaswi kak Yatie ni pun sedap. Cuma warne kuih saya ni tak secantik dan semewah warne kuih kaswi kak Yatie.

Mungkin gula merah yang diguna tak sama jenis, jadi warne juga akan berbeza. Ada juga tips2 lain untuk menggelapkan warne kaswi ni. Antaranya titikkan sedikit pewarna ke dalam adunan. Atau letakkan sedikit coklat paste, atau pun titikkan sedikit kicap. Di sini saya sharekan resepi kak Yatie. Terima kasih kak, saya mintak izin nak kongsikan di sini pula.


KUIH KASWI

Bahan-bahan : 
1 cawan gula pasir* 
1 cawan gula merah* 
1 1/2 cwn air* 
3 helai daun pandan*
(*di masak..) 

1 1/2 cwn tepung gandum 
1/2 cwn tepung ubi 
1/2 cwn tepung beras
 sedikit garam 
3 sudu besar air kapur 
3 cwn air 

Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak 
Kelapa parut + garam 

Cara-cara : 
Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu. 
Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula. Masukkan air kapur dan kacau sebati. 
Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..) 
Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak. 
*Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama





Wednesday, December 21, 2011

Ayam Masak Halia


Assalamualaikum..

Weewiitt.. Sorry geng tak sempat lagi nak BW. Tapi nak update dulu resepi ayam masak halia ni. Kak Nor tanya gear berapa mengupdate yeee... haha.. rasanya gear  otomatik je. Pastu nanti senyap sekejap. Sebab esok2 banyak la sikit bz nya. Dan hujung minggu ni pun, kena balik kampung menghadiri kenduri anak sedara. 2 orang anak sedara buat satu majlis. Dua duanya perempuan. Woo memang dijangka meriah la. 

Berbalik pada menu ayam ni kan, jangan di banding dengan ayam kak yatie. Banyakkk sangat bezanya. Saya ni ejas mengikut citarasa anak2. Si kecik saya suke mcm sup sup sikit. Tapi kuah tu still saya letak tepung jagung. Pekat2 gitu. Sedap weh. Anak2 pun suka. TQ kak Yatie dan tuan resepinya Chef Hanieliza.




AYAM MASAK HALIA
sumber: kak Yatie
Resepi: Chef Liza


Bahan- Bahan 
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih] 
3 s/b sos tiram ] 
1/2 cawan air ] bancuh 1 s/k tepung jagung ] 
1 s/k serbuk lada hitam 
1 pokok daun bawang [potong pendek] 
1 biji buah tomato [belah 4] 
1/2 btng carrot- ptng kecil 
minyak garam dan sedikit gula 

Bahan Hiris 
5 cm halia 
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah 

Cara-Caranya Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata. Hidangkan.



Kuih Gulung (Ketayap)-Wanorizan


Assalamualaikum..

Kuih ketayap aka kuih gulung ni pada saya paling menepati citarasa masing2 kat rumah ni. Sangat lembut. Walaupun sejuk tapi elok sangat lembutnya. Dah 3 kali saya buat ikut resepi ni. Anak2 la suka sangat. Masa saya duk menggulung kat dapur tu pun, diorang asik ulang alik nak mintak kuih ni. Abang saya pulak, skali hadap habis 3 gulung, makan sambil memuji kelembutan kuih ni. Terima kasih pada tuan resepi yang berkongsi resepi dalam buku resepi 100 kuih muih Malaysia. Kompilasi Wanorizan. Tapi saya dapat dari internet di sini.



KUIH GULUNG (KETAYAP) 
sumber : buku 100 kuih muih malaysia

 Bahan-bahan : 
Untuk inti:  
1) ½ biji kelapa parut  
2) ¼ cawan gula kabung  
3) ½ cawan gula pasir 
4) 1 helai daun pandan  
5) ¼ cawan air 

Untuk  kulit :  
1) 1 cawan tepung gandum  
2) 1 cawan jus pandan  
3) ½ cawan susu segar 
4) 1 biji telur 
5) ½ sudu teh garam 

Cara : Untuk inti:  1) Gaulkan semua bahan­bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana. 2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan. 

Untuk  kulit :  1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapisk. 2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin. 3) Tuangkan sesenduk adunan dan lenggang­lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan  nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. 4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah­tengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemas­kemas. Buat hingga habis. Sedia untuk dihidangkan.

NOTA IZAH: 1/2 cawan susu segar tu, izah pernah juga tukarkan kepada air sahaja. Pun masih sama texture kelembutannya. Jus pandan tu saya tukarkan air dan masukkan sedikit pandan paste

Tuesday, December 20, 2011

Paprik Sotong


Assalamualaikum..

Resepi lauk simple. Masak paprik. Boleh dipelbagaikan dengan binatang kesukaan masing2. Dan boleh ditukar mengikut sayuran yang disukai. Kali ni saya menggunakan sotong. Dan guna sayur kacang n tomato. Tu aje yang ada dalam stok. Dan rencahnya tu mcm buat basic paprik la kan. Simple tapi semua dah ada dalam satu lauk. Sebab bahan2 nyer boleh mengikut selera masing2, jadinya saya letakkan satu resepi paprik dari myR.



MASAK PAPRIK
sumber: makYong@myR 

Bahan-bahan ( 4 )

½ ekor ayam - dipotong kecil2 -izah ganti sotong
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk

bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda-izah letak kcg pnjg n tomato
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara

Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Nota izah: Gorengkan dulu sotong sekadar keluarkan airnya. Angkat. Selepas tumiskan rencah dan sayur, last sekali baru masukkan sotong. Gaul2 kan sekejap sahaja. Kalau lama sangat nanti sotong liat.


Muffin Pandan (k.Yatie)


Assalamualaikum..

Muffin pandan yang sangat sedap, gebu, lembut dan more to cake texture. Anak2 sukee sangat. Dah lama simpan resepi dari kak Yatie ni. Rasanya ni resepi kak Yatie la kan, sebab kak yatie tak merujuk mana2 link kat situ. Memang recommended pada yang tak berapa suke muffin texture yang agak padat, boleh la cube muffin yang gebu mcm ni. Terima kasih kak Yatie. Muffin ni saya kategorikan sebagai muffin yang top dalam simpanan resepi saya.



MUFFIN PANDAN
sumber: kak Yatie


Bahan-Bahan
180 g mentega (unsalted butter)
140 g gula halus
2 biji telur
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 gm tepung gandum*
2 sk baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste

Cara membuatnya


Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..







Monday, December 19, 2011

Cinnamon Pull Apart Bread


Assalamualaikum..

Alhamdulillahhh.. akhirnya. Dapat juga menggigit roti yang sodap ni. Nak sendawa banyak2 sikit kat kak Lieza-ezadlieza. Haha... Ada bau cinamon? Tak de? sebab saya letak sikiiittt je. Letak manja2 je. Sebab takut ada 2 budak botak tu tak nak makan. Kita ni memang niat buat roti ni untuk anak2 yang makan. Jadinya kena la ikut selera diorang. Pulak2 kalau roti ni, memang diorang ni cerewet sikit. Ada yang saya buat, diorang tak usik pun. Ada jugak kadang2 makan mcm tak cukup. Tapi alhamdulillah..roti ni diorang makan. Si Bais panggil roti manis. Ye memang manis. Rasanya lepas ni kena kurang banyak tang gula tu.



 Roti ni saya buat half je. Jadinya tak de pulak loyang yang muat2 tuk bakar roti ni. So saya terpaksa bakar dlm loyang bulat. Lihat la kejadian roti saya yang tak kemas tu. Warne pun tak perang sebab cinamon letak sikiiitt je. Tapi roti ni memang lembut walaupun hanya gunakan tepung gandum.

Terima kasih buat  yang dah cuba resepi ni dan mewar2kan kesedapannya. Buat kak Nor yang membawa virus, yang telah diracun oleh kak Shidah. Dan kemudiannya telah menular ke Tun Telani, kak Lieza dan kak Zana. Siapa lagi yang dah cube ye? Ni antara yang saya nampak di FB. Kalau ada lagi sila la bagitau. 



CINNAMON PULL APART BREAD
source : Shidah &  K.Nor

For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung gandum
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling

1 cup gula kasar ~ next time k.nor kena kurangkan sket gula
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah


Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.

Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.

Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.

* Kaedah K.Nor bila guna BM: 
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa.


Pandan Slice Cheese Cake


Assalamualaikum..

Kek ni pun dah lama di baking. Permintaan anak-anak nak makan kek. Kek ni mmg menjadi kegemaran di rumah ni dan simple je nak buat. Bahan2 dia tak banyak. Boleh ditukar2 perasa dan mengikut kreativiti masing. Resepi ni juga saya buat blueberry Cheese Cake. Idea blueberry tu ambik dari Hasue. Kalau idea pandan ni saya ambik dari kak Hana. Resepi asal adalah dari Ros Jintanmanis.com. Kalau ikut asalnya plain je. Rasa lemak2 cheese. Memang sedap n manis dia mmg secukup rasa.  Saya copy lagi sekali resepinya di sini. Terima kasih buat Ros dan penyumbang2 idea yang hebat.



PANDAN SLICE CHEESE CAKE

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.




Birthday-Graphics


dan diucapkan Belated buat Ros yang ke 29. Semoga dilimpahi keberkatan dalam kehidupan dan kebahagian bersama yang tersayang. Semoga terus maju buat Ros.

Saturday, December 17, 2011

Kek Span



Assalamualaikum..

Memandangkan hujung minggu saya tak de apa2 plan menarik, boleh la saya menupdate blog. Juga nak menghabiskan gambar2 menu  yang saya cuba. Ni pun dah lama buat. Masa uwek2 dulu, anak saya memang ada mintak buatkan kek. Bila si Bais buat permintaan, memang pening kepala rasanya nak mengimejinkan diri berada di dapur. Sungguh tak minat masa tu kena duduk kat dapur, Sampai ada member tu buat cadangan beli dapur letrik, letak kat depan tv. Katanya masak depan tv tak terasa duduk kat dapur. Fuhh yela sangat kan. Hehe..

 Kek span saya ni sangat SEKSI kan. Memang saja tak buat baju untuk dia.  Makan togel je. Anak2 memang suke makan gitu. Kalau anak2 suke makan togell gini, tidak lah ummi nyer tersua2 untuk buat buttercream bagai. Potong n ngap. Kek gini sesuai untuk di deco for birthday cake atau apa2 majlis. Simple je. Resepi saya cube dari hanis MYr. Terima kasih Hanis.



KEK SPAN
resepi: Hanis@myR


Bahan-bahan ( saiz 18 cm )

3 biji telur
1 cawan tepung gandum (100g)
1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sudu kecil susu segar
15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya
esen vanila

Cara-cara

panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan
dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.
masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
masukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan.
masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati.
masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.


Friday, December 16, 2011

Donut Pintal (kak Yani)


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.

Terima kasih yang sudi meninggalkan komen, kata2 semangat, doa dan share pengalaman  dalam entry saya sebelum ni. Terharu sangat2. Dan doa saya juge sama buat anda semua. InsyaAllah. Jom la kita keluarkan menu2 lama saya niha. Kebanyakkan menu2 yang akan keluar nanti ni, menu yang maybe sebulan dulu dibuat. Sekarang ni baru nak di kongsi di blog ni. 

Donut ni resepi yang di kongsi oleh kak Yani. Resepi ni saya dah banyak kali juge buat, especially masa memula berblog dulu. Biasanya buat bentuk donut tu. Tapi skali ni nak try jenis pintal mcm kak Yani share step by step bergambar kat myR. Rasanya juga ramai dah cube resepi ni kan. Memang elok kejadian donut ni. Gebu, lembut n enak. Untuk lihat step by step membuat donut pintal boleh terus ke link myR di bawah ye. Terima kasih kak Yani!!

DONUT (kak Yani)

Bahan-bahan ( 8 biji )

200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
sugar powder

Cara-cara

Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
Uli sehingga tak melekat ditangan
Buatkan bentuk bulat
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
Uli biar jadi bentuk panjang
Kemudian pulaskan seperti dalam gambar
Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.


Wednesday, December 7, 2011

Alhamdulillah.. wa Innalillah..




Assalamualaikum..

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar 

Wahh kerinduan nak mengetuk keyboard dan mengupdate blog kesayangan. Alhamdulillah, saya semakin sihat, segar, tenang dan bersemangat. Berkat doa orang2 tersayang dan doa kawan dan teman di sini juga kan. Belum nak keluar menu2 biasa dari saya, cume cerita2 yang saya hadapi dalam seminggu kebelakangan ni. 

Ada juga kawan2 yang tahu, saya direzekikan Allah dengan disahkan mengandung. Alhamdulillah.. syukur sebab saya dapat merasa kelelahan seorang ibu yang bertukar2 hormon di awal kandungan . Selera makan yang berubah, semua bau bauan disekeliling yang amat tidak menyenangkan, loya loya dan keadaan yang memualkan. Periuk kuali pun kena gantung jugak, cume masak yang simple2 je untuk anak2 makan. Yang sangat sabar melayan kerenah saya tentu la en suami yang saboorr je lah tu kan. Terima kasih sekasih kasihnya buat en abang cayang tu. 

Gini ler lebih kurang OT kan 

Walaubagaimana pun, ketidak selesaan tu, hanya sebentar. Hampir sebulan merasa perubahan2 hormon dlm badan ni, selepas check up kedua, doc mengesahkan kandungan ada masalah. Besar kemungkinan baby tak menjadi. Tiada heart beat. Walaupun kandungan mungkin tidak akan berkembang, tapi mual loya2 tetap ada. So seminggu kemudian, selepas mendapat 2nd opinion doc pun mengesahkan memang tiada heartbeat. Allah maha memberi dia juga berhak mengambil balik. Innalillahi wa inna ilahirojiun. Semalam saya melalui minor surjery for d&c. Alhamdulillah.. hari ni saya semakin sihat dan segar.

Kena berpantang awal dari masanya. Dan terima kasih buat kawan2 yang memberi support dan mendoakan, Terima kasih juga buat Hajar yang berkongsi kisah pregnantnya yang agak tragis juga. Dia seorang ibu yang hebat dan tabah. Semangatnya juga menular sikit sebanyak pada saya. Saya doakan semua ibu2 tetap tabah dan bersemangat menghadapi perkara2 yang diluar jangka. Semua kita diuji dan Allah maha Besar dan maha Mengetahui hikmah disebalik ujian yg diberi Nya.

 InsyaAllah lepas ni boleh on balik ler blog ni. Terima kasih jua buat pengunjung2 baru blog dan follower2 baru. Tak sempat lagi nak jejak balik. InsyaAllah bila dah tenang dan senang nak merempit balik la. Dan terima kasih juga buat pembaca dan pencari2 resepi yang sudi belek2 masuk blog saya ni. See you!!