Monday, October 31, 2011

Kare Pan


Assalamualaikum..

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Terus aje dengan menu sarapan saya yang dah dua pagi berturut2 saya buat. Sangat sedap dan mendapat sambutan di rumah ni. Resepi ni diilhamkan oleh kak Hana dan dimaklumkan oleh kak Hana kare pan ni adalah menu popular orang Jepun.  Katanya mcm karipap tapi bezanya doh pastrynya lembut mcm roti dan rangup digoreng disaluti breadcrumb. Terima kasih juga buat Anna Qawina bila Ana sebut pasal kare pan masa berym dengan dia. Terus je teringat breadcrums sebungkus beso yang tak habis2 tu. Pada saya kare pan ni memang sedap n tak puas makan. Habis seketul nak seketul lagi. Lebih sedap dari roti goreng salut breadcrumb tu rasanya.
  


Disebabkan si Bais tak makan inti pedas, jadi saya buat 2 versi. Satu diinti kan dengan inti manis dan satu lagi inti pedas keledek. Nanti saya sharekan inti manis yang  pada saya sangat ngam dan sedap. Tetibe tekak saya rasa inti manis lebih sedap dari inti pedas pulak. Gambar di atas adalah inti manis, dan tak boleh nak disebut kare pan dah la kan. Pada saya tak salah untuk menyesuaikan inti mengikut selera anak2 dan selera family. Boleh aje diintikan dengan inti karipap biasa, inti sardin, inti kaya atau inti yang sesuai. 

Maaf banyak2 jika kare pan versi saya ni sangat jauh beza resepinya dengan kare pan sebenar. Sebab pertama saya tak mengikut resepi yang diberi kak Hana, tapi saya rujuk resepi Burger Malaysia kak Yani yang tak jauh beza dengan resepi yang diberi kak Hana. Kedua saya dah gunakan inti keledek Ros dan inti versi manis dari resepi inti Mexico Bun. Terima kasih buat penyumbang resepi dan berkongsi ilham membuat kare pan yang sangat sedap dan tak pelik ianya makanan kegemaran di Jepun. 



UNTUK DOH: IZAH GUNA RESEPI BURGER MALAYSIA
resepi: kak yani@myR

(izah dapat 14 biji)


*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng

untuk saduran : telur n breadcrumb 


Cara-cara

Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 20-30g setiap satu. Canaikan memanjang seperti membuat cek mek molek. Masukkan inti. Tutup dengan rapat agar inti tidak keluar semasa menggoreng. Buat sehingga habis.
Kocok2kan telur. Celup roti tadi ke dalam telur. Seeloknya gune penapis supaya senang nak angkat dan toskan telur yg berlebihan. Golek2kan ke dalam breadcrumbs. Buat sehingga habis. Rehatkan seketika lebih kurang 10-15min.
*izah ikut cara kak Nor, sapukan telur menggunakan berus pada roti. Boleh menjimatkan telur. 1 biji telur boleh gunakan untuk 3 adunan. 
Panaskan minyak. Goreng pan tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas2.


UNTUK INTI PEDAS: IZAH GUNA RESEPI INTI KELEDEK
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)

1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)

2 sudu besar udang kering

2 sudu besar serbuk kari

1 sudu besa cili kisar

garam



Cara-caranya

1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.

2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

UNTUK INTI MANIS: IZAH GUNA RESEPI INTI MEXICAN BUN
*izah buat separuh


Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar

caranya: Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.


RESEPI ASAL KARE PAN DARI KAK HANA


Bahan-bahan
200g tepung gandum@tepung roti
16g butter
18g gula
4g yis kering
2g garam
90-110ml susu segar suam(resepi asal 150ml tp agak lembik)

Utk saduran - Telur dan breadcrumbs

Inti Kari
3-4 biji kentang - potong dadu
1/2 btg carrot - potong dadu
100g daging cincang - hana gune ayam
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan ikan bilis@udang kering - hana campur
2 sudu makan serbuk kari - bancuh jd pes
2 sudu makan tepung katakuriko - (resepi asal) - hana x ltk
hirisan daun sup
garam dan gula

Cara-cara

Utk membuat inti - blend bwg besar,bwg putih, ikan bilis dan udang kering. Panaskan minyak. Tumis bhn blend. Masukkan pes kari. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging. Kacau lagi. Masukkan pula kentang dan juga carrot serta air secukupnyer. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kentang empuk. Last skali taburkan hirisan daun sup. Resepi asal ltk tepung supaya agak mudah nak masukkan ke dalam roti. Sejukkan.
Untuk membuat roti - Masukkan semua bahan ke dalam BM. Pilih setting dough. ONkan tunggu hingga siap. Jika menggunakan tangan uli semua bahan (gaul bhn kering dahulu). Masukkan campuran air@susu segar suam dan yis yang telah diaktifkan terlebih dahulu sedikit demi sedikit hingga tidak melekat di tangan, lembut dan elastik. Perap doh hingga naik dua kali ganda.
Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 20-30g setiap satu. Canaikan memanjang seperti membuat cek mek molek. Masukkan inti. Tutup dengan rapat agar inti tidak keluar semasa menggoreng. Buat sehingga habis.
Kocok2kan telur. Celup roti tadi ke dalam telur. Seeloknya gune penapis supaya senang nak angkat dan toskan telur yg berlebihan. Golek2kan ke dalam breadcrumbs. Buat sehingga habis. Rehatkan seketika lebih kurang 10-15min.
Panaskan minyak. Goreng pan tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas2.




Friday, October 28, 2011

Mihun Goreng Tomyam


Assalamualaikum..

Selamat pagi.. Dah sarapan belum? Sah  la dah kekenyangan kan. Takpun kalau belum sarapan terus aje makan lunch. Kadang2 ada jugak jenis perut yang tak berapa lalu nak makan sarapan walaupun sarapan tu penting. Ye le..perut masing2 kan. Hehee.. Macam saya pulak, dah terbiasa dari zaman skolah dulu, seawal 6.30 pagi perut dah kena isi. Jadinya mmg sarapan ni agenda wajib la dalam hidup walau busy mana pun.  

Bihun adalah slah stu menu sarapan yang simple tapi sedap. Kena pulak cara masaknya, haa memang sedaplah. Resepi bihun ni adalah resepi kak Nor SGN67. Sebenarnya dah 2,3 kali dah juga saya masak style kak Nor ni. Cukup ngan idak je bahannya.Pastu sempat dan tidak je nak snap gambo. Kali ni saya buat untuk anak2, jadi nyer saya skip  perkara2 yang mendatangkan kepedasan dalam resepi ni. Alhamdulillah ..memang sedap tau. Bagi yang belum mencuba la. Resepi ni dah berlegar merata dah. Dah lama pun ada dipost di myR oleh kak Nor. TQ kk Nor yeeee.... Senyum..tak perlu kata apa apa..kan kak Nor kan..

*Bihun saya ni versi pucat sikit sebab telah dikurangkan bahan2 yang mendatangkan kepedasan. 



MIHUN GORENG TOMYAM

Bahan-bahan ( 7 org makan )
1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
300gm udang
200gm isi ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
5 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - diketuk sedikit
2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
1 biji telur
3 helai daun limau purut - dicarik2kan
sayur kobis - di potong pjg (halus)
carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
2 biji tomato - dihiris nipis2
1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
daun saderi

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus



Thursday, October 27, 2011

Terung bakar Bersantan..


Assalamualaikum..

Sebenarnya nak buat pengakuan.
Saya tak ingat la nama lauk ni. 
Pencuk terung ke?
Rasanya ada jugak orang panggil kerabu terung bersantan.
Pikir punya pikir namanya asyik duk tangguh je nak ngentry lauk ni.
Lastnya tajuk yang selamat ialah terung bakar bersantan lah. Hehee..
Sangat sedap tau. Aroma terung bakar digaul sekali dengan santan lemak, ada bau2 bawang tu. Memang best. Kalau nak pedas biasanya boleh letak hirisan cili. Atau nakkan rasa lada hitam leh campurkan serbuk lada hitam sikit. Yang versi ni saya hanya letak terung bakar, sikit bawang n santan pekat. Sebab saya dah buat sambal lain. Jadi saya nak nikmati terung ni lemak2 gitu. Fuh mmg best. Biasanya kalau kat kampung, banyak terung mak tanam, menu gini mesti mak buat punya. Memang sedap!! 

UPDATE:  Sumber dari kawan2 semua, kalau di pahang lauk ni memang dipanggil pencok terung. Yang juga dicampurkan dengan ikan masin talang bakar. Kata kak Madihaa, boleh juga diletakkan lada hitam. Lauk ni nama lain nyer lawar terung atau pecal terung. T kawan2 yang sudi komen!! Sangat menghargainya. :-)



TERUNG BAKAR BERSANTAN
 by: izah

2 biji terung purple size sedang
* bersihkan, jangan dipotong. Terus aje bakar terung bersama kulitnya. Bakar sehingga kulit bertukar hitam dan lembik texturenya. Angkat terung, potong menggunakan sudu, dan kukut isinya menggunakan sudu. Ambil isi sehingga tinggal kulit hitam sahaja.

1/2-3/4 cawan santan pekat sedang* kelapa diperah menggunakan air masak. Kalau beli santan mentah kena masakkan dulu la. Biasa untuk menu ni saya perah kelapa guna air masak, sebab menu ni tidak dimasak. 
2 ulas bawang kecil-hiris
garam secukup rasa
cili padi*optional


Campurkan santan bersama bawang dihirs dan cili padi. Perasakan dengan garam. Kemudian tuang ke dalam isi terung yang telah diasingkan dari kulit. Gaul2kan rata dan hidang.



Tuesday, October 25, 2011

Donut Keledek ...... lagi


Assalamualaikum..

Terima kasih saya dulukan buat mereka yang sudi bertandang n meninggalkan sweet komen.
Maaf ye komen entry lepas tak sempt lagi nk reply.
Nak terjah semula pun tak sempat lagi. 
Donut ni buat sesiapa yang terlepas pandang resepi yang best ni. Bagi siapa yg belum try, harus lah mencubanya. Resepi asal menggunakan kentang, tapi idea ni timbul lepas kak Nor SGN67 menukarkan kepada keledek.  
Saja keluar entry donut lepas kak Nor pun keluar entry donut wangi nyer itu.
Baru teringat.. hehee
Terima kasih kak Nor dan Ros.
Donut ni highly recommended, sangat gebu lembut dan menjadi feberet anak2.
Tukarkan pada keledek, lagi mantop kelembutannya.
 Donut keledek saya DI SINI dan donut kentang sya DI SINI. 





RESEPI ASAL: DONUT KENTANG
Bahan-bahanya

250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)

( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

*Izah refer pada resepi ni di atas. Izah gunakan 100gm keledek diblender dengan 80 ml air. Tapi tepung perlu ditambahkan.


RESEPI ADJUST BY KAK nOR
 sumber: Kak Nor SGN67 

500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung 
1 biji telur -  dipukul sedikit
200 ml air suam -  k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer 
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..



Daging kicap kacang panjang... simple2 ajeee


Assalamualaikum...

Selamat bersua lagi bagi yang sudi jenguk2 blog saya yang agak suram 2,3 hari ni. Alhamdulillah tuan blog sihat adanya. 
Dan terima kasih pada teman bloger yang bertanya saya.
Terharu bila berteman di alam blog tapi terasa kehilangan juga bila blog tak update kan.

Masak simple2 je. Terasa nak makan yang fresh tapi simple.
Kelmarin ujung minggu saya buat sup tulang resepi kak Anim.
Nikmatnyaaaa... Saya suke sangat rasa freshnyer tu dan aroma daun limau purut.
Tekak nak makan lauk2 yang simple tanpa rempah rempah.
Memang sesuai lah sup tulang resepi kak Anim tu.

Lauk ni pulak simple2 je.
Daging hiris2 nipis, masak ngan kacang panjang.
Semuanya pakai hiris2 dan campak2 je.


DAGING KICAP KACANG PANJANG

Daging batang pinang
Kacang buncis/panjang
2 biji tomato size kecil 

1 bawang besar hiris
2 ulas bawang putih ketuk 
1 inci halia hiris
2 sb cili kering
cili padi hiris 

sikit sos tiram
kicap manis
kicap campur Mas
garam &  gula

Caranya:
Masak daging hingga keluar airnya. Bila daging dah kering angkat dulu.
 Tumis cili kering,bawang2 n halia sampai wangi.
Masukkan sos n kicap.
Masukkan pula kacang panjang.
Kemudian daging.
Jika agak kering masukkan sikit air.
Perasakan gula n garam.
Masukkan cili padi hiris. 
Masak hingga kacang agak empuk tapi stil rangup.
Angkat n hidang.




Thursday, October 20, 2011

Kuih Bakar Kentang

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan apa kabar semua pagi ni.
Saya terasa bumi ni sangat tua. Terasa usianya sudah masuk hampir2 keakhirnya. Manusia pun dah hilang rasa kemanusiaan. Hilang rasa perasaan fitrah yg perlu ada pada manusia. Anak kecil yg patut disayangi dikelar2, dilanggar bertubi2. Ya Allah... Sedih. Sebu dada, bergelodak perut melihat n mendengar kisah2 begini. Apalah salah anak kecil itu...

PaGi ni pun nmpak suram je. Jom makan kuih bako ni. Kuih ni kali ke-3 saya buat. Sedap.


Kuih bakar ni berbeza keenakannya kalau gunakan butter  dengan minyak sapi. Lemak n bau nyer tu yang berbeza. Tapi dua dua pun sedap. Satu adunan dapat kecil sederhana je. So elok la makan sekali hadap. Suke kalau habis cepat tak yah nak simpan2. Kuih ni da ramai yang buat masa virus dia menular. Saya amik resepi ni dari rumah kk Asma masa tu. Asal resepi mcm kurang pasti je. Nanti kena nak cari susur galur nyer resepi ni. Pernah buat kak SINI. Yang dulu tu saya buat versi hijau. Ada juga yang campurkan ngan pandan. Tapi kot lemak kentang tu tak berapa terasa lak kalau campur pandan kot. Heheh tak tau la.. kot je..




KUIH BAKAR KENTANG
Source: Kak Jun
Copy: Kak Asma

Bahan-bahan ( 1 family... )
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair(ni akak tambah)

Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min


Tuesday, October 18, 2011

Pau - kak Nor


Assalamualaikum.

 *sorok belakang pintu* hehehe... Malu sebenarnya nak tunjuk rupa kejadian pau ni. Tapi sebab kejadian pau ni elok gebu dan memang lembut mcm orang jual kat kedai2. Resepi exclusif saya dapat dari kak Nor yang mana resepi ni adalah resepi dari arwah mak tiri kak Nor buat berjual pau. Kata kak Nor 10-13 kg tepung sehari diuli untuk menghasilkan pau untuk dibuat jual.  Uli tangan tau.. Sangat gagah untuk uli kan. Sebab saya pernah terbaca pau yg elok gebu ni juge adalah hasil dari ulian. 


Walaupun rupanya mcm tak lepas piawaian, tapi anak2 saya dah excited. Cukuplah sekadar anak2 yg excitedkan. *sedapkan hati*. Tangan tak berseni, tapi cube disenikan, saya tak berbakat, tapi cube ditonjolkan sipi2 bakat tu, dan saya tak kreatif, tapi suke idea2 yang kreatif. Ngeee...  Bagi penggemar pau, bole cube pau resepi ni. Kata kak Nor pau ni hanya menggunakan tepug gandum. Dan ilham membentuk pau rose shaped ni datang dari blog MamaFami. Yang diambil dari blog Wendy. Idea diambil dari situ tapi rupa tak sama. Hehehe... Semalam before tido ternampak juge kak ita glemer pun dah buat. Of coz la kalau kak Ita yang buat, ianya nampak menarik dan cantik.



Terima kasih  kak Nor sudi share resepi pau ni. Semalam kak Anim pun ada tunjuk pau jugak. Kak Anim leh try resepi kak Nor ni pulak kot kena ngan selera. Pada saya elok sangat kejadiannya. Tapi satu2 pau ni pun kita tak boleh salahkan resepi andai kata pau yg kita buat tak menjadi. Banyak faktor2 berbeza boleh terjadi. Teknik.. sukatan..bahan..demand selera dan persekitaran semuanya elemen penting untuk membezakan sesuatu pau tu. Pulak2 kalau kuih muih yang menggunakan yis. Infact bukan sahaja pau tapi apa2 menu pun yang dicuba, cuba jangan letakkan kesalahan pada resepi. Cube appreciate resepi dan olahlah mengikut selera. Ada setengah org, bila tengok tajuk dan gambar aje, dah tak suke akan sesuatu resepi. Kalau tak kena ngan selera pun, cube salahkan diri sendiri dulu baru salahkan resepi. Bukan emo, cume kesal akan sikap segelintir manusia. 

Resepi ni dah dpt kebenaran untuk diderhakakan. Hehee... Pertama: saya guna tepung pau. Kedua: Saya buat bentuk lain sikit dan warnekan dengan pink tapi pale pulak sebab tak cukup kaler. Ketiga: Saya buat cume suku kg shaja. Kat rumah ni kalau buat frozen tu boleh je, tapi tempat nak diletakkan frozen tu limited.  Tak muat peti es. Sob sob..

Kak Nor mintak izin saya share resepi kat sini pula ye. Walaupun kak Nor kata, kak Nor belum pernah post resepi ni diblog beliau dan hanya share di forum myR pada satu ketika dulu. dan al fatihah buat arwah ibu kak Nor.



PAU - KAK NOR
sumber: kak Nor
ilham membentuk pau : mamafami from wendy 


Bahan:

1kg tpg gandum
5 sudu besar gula castor
2 sudu teh baking powder
1 paket yis mauripan
1 sudu teh garam
1 biji telur
1 sudu besar spray/shortening/marjerin/butter
500ml air (ikut lembut)

Satukan yis dgn 100ml air dan 2 sudu besar gula. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga berbuih.
Dalam bekas/mangkuk yg lain, satukan tepung, baking powder dan garam.
Masukkan spray dan telur. Gaul.
Masukkan bancuhan yis tadi dan uli hingga menjadi doh.
Masukkan air sedikit2 dan uli doh hingga menjadi lembut dan tidak melekat pada bekas/mangkuk dan juga tangan.
Tutupkan bekas berisi doh pau tadi dgn kain tuala lembab hingga doh menjadi naik 2x ganda (lebih kurang 1 jam -
kalau cuaca panas lagi cepat naik)
Uli sekali lagi dan biarkan doh rehat sebentar barulah dibentuk2kan menjadi pau dgn meletakkan inti didalamnya
Letakkan atas kertas putih yg dipotong 4 segi sama.
Biarkan doh naik dan menjadi licin bahagian atasnya, barulah dikukus hingga masak (lebih kurang 8 - 10min
bergantung atas saiz pau yg dihasilkan)

Sukatan izah untuk rujukan:


250g tpg pau
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu teh baking powder
2 sk yis mauripan
1/4 sudu teh garam
2 sb  telur
1/3 sudu besar spray/shortening/marjerin/butter
air (ikut lembut)


Monday, October 17, 2011

Puding Jelly Oren


Assalamualaikum..

Simple je puding ni. Kalau ada oren, boleh buat puding jelly ni.
Oren yang saya beli tu tak masam sangat. Jadi saya add oren sunquick.
Sedap tapi tersilap sukat sikit jadi texture nyer tak de la lembik2.
Tapi tetap habis bebudak ni makan.
Suke sangat diorang. Pulak2 dapat makan tang putih tu. 
Siap kena warning yg segelas kaca ni untuk ayah.
Tunggu ayah balik kerja dulu. 
Dan dan ayah dia bagi salam , jelly tu dulu diorang unjuk kat ayah.
Sebab nak paw sekali yang ayah punya. Hehe.. 
Ramaiii dah try jelly nikan.
Tak silap terpandang kat blog kak Azlita, Nieza dan ada lagi tak brapa ingat.
Of coz la rumah ratu puding ada jelly ni.
Terima kasih Ita yang juge penggemar puding mcm kak Nor.
Tips dan resepi saya copy dari SGN67.
TQ Ita dan kak Nor. 




PUDING JELLY OREN
resipi : Juwita Fariz

Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan

lapisan puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

cara-cara untuk melapis.
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.
    Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)


 DISEBALIK TABIRR!!!!!


>____________<

Ngeee




  

Cucur Bom Manis


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.
Harap sihat2 belaka dan ceria.
Kalau belum breakfast boleh la dicuba buat bom manis yang simple ni.
Untuk minum petang pun layan ni.
Garing2 di luar.
Lembut di dalam.
Anak2 suka la cucur gini. Saya pun tak berenti mengunyahnya.
Anna yang bagitau, kuih ni senang n sedap.
Tu yang tak sabar nak cube.
TQ anna.. dan dah nampak juge kak shiela dan Tun Telani pun dah buat.



CUCUR BOM MANIS


sumber: annaqawina  

Bahan :

1 sdt yis
1 cawan tepung gandum
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng.
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
*Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng. 
Hidangkan.


*izah buat double adunan, tapi yis izah letak cume 1 1/2 sk dan air lebih kurang 250ml (50ml bancuh yis+200 bancuh tepung semua). 



Saturday, October 15, 2011

Apam Oh Apam

Assalamualaikum..

Sunyi jela kan hari sabtu ni.
Banyak aktiviti luar bersama teman2 dan family.
Apam oh apam apakah ini?
Apam polkadot pelbagai versi.
Yang dah pun kali ke-3 saya try buat dan asik tak jadi.
Sangat heran napa apam tu tak pernah menjadi.
Saya tak menderhaka pada resepi.
Dah melihat tips tips yang diberi.
Tetap juga tak menjadi.
Kali ke-3 seru datang ke dalam hati.
Nak mencube sekali lagi..
Tapi kecewa juga diakhiri..


Tengok ler apam versi ladybird dan stroberi.
Berkerepot dan mengecut sekali.
Walaupun sangat excited berharap apam ni comel menjadi.
Sebab anak2 suke makan apam ni.
Sedih sekali..


Sangat berkenan melihat apam ladybird versi kak madihaa.
Sangat comel dan seksi.
Bila batch kukusan pertama berkerepot mengecut.
Saya dah rasa kecundang yang teramat dan giveup.
Maka saya tuang je adunan dengan hati yang sugul.
Dalam hati tak mau corak2 kan pun.
Tapi anak2 yang excited suruh buat. 
Saya kukus gunakan api paling besar.
Supaya cepat masak dan tak yah lama mengadap kuih didapur.
Tapi alangkah terkejutnya..
Bila saya guna api beso..
Apam tu cantik mengembang.
Alhamdulillah..walaupun tak perfect mana..
tapi akhirnya dapat juga mencapai impian yang sipi2 itu
Boleh la dari mengecut dan berkerepot.
Dan cukup la ke-3 kali itu..





 RESEPI 



dan di merata-rata pun ada.




Friday, October 14, 2011

Steamed Sweet Potato Cake

Assalamualaikum..


Steamed Sweet Potato Cake ... Nama canggih kan, ku bayangkan rupe kek yang menggebu memula nampak tajuk, rupanya cam lebih kurang ondeh2 je. Tapiii ada beza rasanya ngan onde2. Sebab kuih ni intinya kacang merah. Haa.. ni kuih kaum Cina ke ek? Sebab rasanya saya belum terjumpa lagi kuih ni digerai2 orang melayu. Tapi apa salahnya untuk dipelbagaikan jenis kuih.  Boleh dicuba. Saya tergerak hati nak try kuih ni sebab kebetulan ada sebiji keledek tergolek2 lebih2 dimakan. Saya buat separuh je, tu pun dapat berbelas ketul dah. 
Resepi ni saya nampak di blog RAHEL MASAK APA? Rahel ni teman blogger yang agak baru juga saya kenal. Tapi memang rajin update blog dengan masakan yang menarik hati nak mencube nya. Terima kasih Rahel sebab sudi share resepi yang dicubanya melalui buku masakan. Ada keunikan dengan kuih ni. Sebab dohnyer dicampur sedikit dengan tepung beras. Hmmm kena cuba baru tau cemana rasanya.. Terima kasih Rahel, izinkan saya berkongsi resepinya di sini pulak ye. 

 STEAMED SWEET POTATO CAKE
sumber: Rahel 
Resepi:Dim Sum Goes Vegetarian/Chin Mun Chong
Bahan untuk kulit:
250g ubi manis
200g tepung beras pulut*
25g tepung beras*
100g gula kastor*
1/2 sdb shortening*
air secukupnya*
Inti:
inti kacang merah secukupnya
Hiasan:
kelapa parut secukupnya}
sedikit garam},gaul rata
Cara:
1.Kukus ubi manis sehingga masak.Lenyekkan.
2.Campurkan ubi yang telah dinyek tadi dengan semua bahan
   bertanda dan uli sehingga menjadi doh.
3.Bahagikan doh itu kepada 20g setiap satu.Beri inti dan bentuk
   bulat kemudian leperkan.
4.Kukus dengan api kuat selama 5 minit.Setelah itu,keluarkan &
   tabur dengan kelapa parut.Hidangkan.
*Tuang air sedikit2 ke dlm doh sambil diuli sehingga boleh di
  bentuk seperti onde2.
*sapu loyang/pinggan tahan panas dengan minyak,kemudian
  susun kek ubi manis yang hendak dikukus supaya tidak melekat.


Thursday, October 13, 2011

Rendang Ayam Gaharu


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Harap semua2 nya ceria dipagi yang nampak cerah ni. Dan doa-doa saya buat insan2 tersayang semoga urusan dipermudahkan Allah dan sihat tubuh badan fizikal dan mental untuk mencari rezeki hari ini. 

Rendang ayam ni dibuat setelah Ct payung post rendang ayam feberet suaminya. Memang duk terpikir nak habiskan ayam bersepah dalam esbox tu. Bukan bersepah apa, ayam yang lebih2 kepak, lebih2 tang tulang, paha sikit2 tu la. Sbab biasa untuk anak2 saya guna kan isi ayam, jadi lebih bahagian tu bila simpan, nak buat goreng karang, terpikir saya je beria2 makan. Orang lain kureng sikit ayam goreng. So bila tengok rendang gaharu resepi Cik Mat Gebu ni, sangat memikat hati. *jangan ditanya kenapa namanya gaharu..hehe* Memang saya ikut resepi sebiji sebijik tak de derhaka. Sebab memang saya gunakan dalam 17-18 potong bahagian ayam. Agak2 dlm sekor ayam la tu kan. Dan pada saya rendang ni memang sedap. Cukup rasa rendang nyer. Pedas sebab menggunakan cili padi. Cume kekanda saya komen kurang kuah. Aaa itu selera dia la, nak banyak kuah kan. Terima kasih CT dan CMG.




RENDANG AYAM GAHARU
resepi: CMG


BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam *izah lebihkan

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus



CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...