Friday, September 30, 2011

Gulai Masam Tempoyak Daging


Assalamualaikum..

Adehh letih 'keng' melayan mak mak dara kt FB nun.. Terbengkalai lak nak update lauk yang satu ini. Gulai masam tempoyak daging.. Kalau orang Pahang mcm saya ni, sebut je gulai masam tempoyak terusss je menjejes air liur.. Tapi kalau gulai ni duk dekat ngan gulai lomak, malap la sikit keinginan nak makan. Kesian ko kan gulai masam. Heheee...  Dah lama dah buat ni. Hari ni baru nak update. Ada yg sedia maklom,  pure gulai masam ni tak letak bawang bagai. cukup ngan kunyit idup n tempoyak n daun kesum. Tapi saya letak je sebiji bwg beso potong 4. Bagi up la kunun rase gulai tu. Tingat nak post gulai ni lepas nampak si JUWITA pos gulai masam ikan style PERAK. yang lebih kurang sama je caranya kot.


GULAI MASAM TEMPOYAK DAGING
by : izah 

Semangkuk daging
5-6 btang kacang bendi
10 cili padi
1/2 inci kunyit idup
3 sb tempoyak - ikut kepekatan n kemasaman tempoyak
1 ulas bwg besar
secekak daun kesum *optional
tomato *optional 
bunga kantan *optional 


 Masukkan daging yg dihiris nipis ke dalam periuk. Biar air daging keluar dan jika daging kurang empuk masukkan air biar empukkan sikit daging.
Cili padi ditumbuk lumat bersama kunyit hidup.  Kemudian digaul bersama tempoyak dlm lesung.
Masukkan campuran tadi ke dalam periuk berisi daging.
Tambah air lagi hingga tinggi sikit dari paras daging. 
Masukkan pula bawang. Bila mendidih masukkan kacang bendi n tomato.
Sesambil tunggu bendi empuk masukkan pula daun kesum.
Biar hingga semuanya masak sebati, perasakan dengan garam. 
Angkat hidangkan.


Gulai masam ni, kalau bermalam makin sedap rasanya. Cube lerrr..





Kuih Bakar Pandan


Assalamualaikum..

Waduh, ingatkan nak ngentry awal pagi lagi. Tapi mcm2 karenah bebudak niha nak dilayan. Hari ni dah jumaat ye, jgn lupa perbanyakkan selawat atas nabi junjungan kita, nabi Muhammad s.a.w.  Kuih ni buat petang semalam. Tersama lak menu minum petang ngan kak Anna Qawina. Sebenornya, dah pernah buat kuih ni, tapi terrlembik sampai tak leh potong. Semalam terbuka ati nak try skali lagi. Yang kali ni dah cun jadinyer ha. Kuih ni jugak la dipromote oleh Hasue. Best best... Resepi kak Zana ni dah seantareo Malaya dah tahu. Memang elok sangat kejadiannya. Tq kak Zana dan kakak kakak yang promote ye. Kak Anna... muekkekee..

Boleh juga rujuk di blog kak Hasue untuk TIPS membuat KUIH BAKAR




KUIH BAKAR PANDAN
resepi: kak Zana  atau zana08@myR


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
boleh tambahkan esen vanila jika suka...

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..







Thursday, September 29, 2011

Blueberry Slice Cheese Cake


Assalamualaikum..

Entry pagi tadi lupa nak bagitau, bagi yg belum tau, teman kita kak Anymz dari blog My Kitchen admitted kat hospital KPJ Seremban. Semoga kak Anim cepat sembuh dan semuanya dipermudahkan. Dan juga alfatihah buat pak sedara saya yang meninggal semalam di Shah Alam dan dikebumikan di Raub Pahang. 

Kek ni resepinya dah berlegar ke banyak blog dah pun. Tapi bila saya buat masa gader2 baru ni, ada la teman teman yang request resepi nyer. Bukan aje yg merasa masa gader2, tapi sedara mara dan adikberadik saya pun  duk tanya macamana nak buat sebab kek ni saya buat untuk juadah raya baru ni. Tak silap kek ni pun dah 6-7 kali saya buat sepanjang bulan syawal ni. Masa raya baru ni, sepupu saya siap panggil mengadap nak tau apa ke bahan untuk kek sedap ni. Terima kasih buat Ros Onigiri sebab berkongsi rahsia kesedapan simple kek ni. Buat yg tak de crim cheese dan susah nak dapat crim cheese, tapi nak sangat makan dan merasa kek lemak2 cheese, kek ini sangat la di rekemen kan. Sangat sedap. 




Kek ni boleh dipelbagaikan. Boleh dibuat perasa asli, atau perasa pandan, strawbery atau letakkan filing blueberry dan sebagainya. Manisnya pulak sedang2 aje. Sebab tu kek ni sedap bila digandingkan dengan filling. Saya gandingkan dengan blebrry filing, ikut  pakar kek kita di blog sue hasue. Dia ni rata2 dah tau kepandaiannya dlm membuat kek. TQ Ros dan Sue berkongsi idea yang bernas. Biasanya kalau saya ada stok telur gred A, saya akan guna resepi sue. Kalau tidak, saya akan guna resepi Ros ni aje. Rasanya lebih kurang sama je gebu, moist dan lemak yang sangaaaaatt sedap. Telur memainkan peranan penting untuk menggebukan kek, sebab tak de bahan penaik yg lain ok.

Sebenarnya kek ni tak banyak sangat lubang2 tu, dia nampak agak cantik halus sikit. Tapi kengkadang tu ada jelah yang tersilap sikit tu. Tapi jangan risau, kek ni mudah je nak buat dan insyaAllah menjadi.


SLICE CHEESE CAKE


4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue



6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.



Atau resepi dari Hasue

LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan2:
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega/marjerin
Blueberry filling secukupnya

Cara2:
Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling *yang telah dikisar halus (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.


Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)



NOTA IZAH: Oven saya sangat sesuai dengan suhu yang diberi dalam resepi Ros @jintanmanis. 


Mee Goreng Mamak


Assalamualaikum..

Tayang mee goreng mamak pagi-pagi ni. Katakan tidak pada diet.. uppsss.. Mee gini dua pinggan pun boleh layan. Apakedehal kan.. hehe.. Resepi dari Chef Hanieliza yang diambil dari blog kak Hana. Kat rumah SGN67 *Hasue kata cam nombo plat Singapore*  pun ada. Tapi unik nyer letak kangkung. Tak pernah pulak makan mee letak kangkung. Nanti leh try lak. Since tak de kangkung , saya try la resepi mee mamak kak Hanieliza yang simple ni dulu.

Lamaaa tak buka blog kak Hana. Bila buka, rasa miss sangat masa entry dia duk berderet2 dulu. Mana ni kak Hana... tak nak aktif dah ke? Dengar la rayuan kami semua ini. Update ler skali skalu skala skalo blog tu. Nak nengok gak hasil ujung minggu ke kan. Ker kak Hana nak tunjuk hasil yg 9bulan je? Haha.. Dah jom layan resepi simple tapi ke best an ini.. Tq to both kakak!!



MEE GORENG MAMAK
sumber: Kak Hana 

Bahan-bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging ) hiris nipis
100 gm fish cake )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil] *tuko kobis
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
1 cawan putih telur @ 3 biji telur
3 biji cili hijau@merah[hiris nipis]
hana tambah tomato


Cara-cara
Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan fish cake. Biar sebentar.
Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
Masukkan taugeh dan sawi.
Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
Masakkan mee agak kering.
Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.


Wednesday, September 28, 2011

Pancake Mayonis


Assalamualaikum..

Bini sapa la yang makin malas ni ye. Snap gambo ikut dan je.. Nampak Mas buat pankek mayo, teringin nak merasa lagi. Dah pernah gak buat sebelum ni. Ni buat lagi... 


Leh gak tengok kat MAS DUNIAKU 




PANCAKE MAYONIS
Resepi : Kak Hana
Sumber : MasDuniaku
 
Bahan :
  • 1 1/2 cwn tepung naik sendiri (SRF)
  • 1 sudu teh (tsp) baking powder
  • 3 sudu besar gula caster (tbsp)
  • secubit garam
  • 60g butter - dicairkan
  • 1 cawan susu segar
  • 2 biji telur saiz XL (59g)
  • 1-2 sudu besar mayonis - Mas letak 2 sudu
 
Cara membuatnya :
  1. Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. Add susu segar and telur ke melted butter and mix them well.
  2. Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung naik sendiri + baking powder.
  3. Add gula caster and garam and mix it. Then buat lubang di tengah2 and add the melted butter,susu n telur, juga mayonis. mix menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth.
  4. Tinggal kan adunan sekejap lebih kurang 20 minutes.
  5. Gunakan non stick pan and api sederhana, masak pancake seperti biasa.




Tuesday, September 27, 2011

Mee Kuning Goreng Kari


Assalamualaikum..

Sesungguhnya kemalasan ini menjadi2. Tengok aje la, 2, 3 menu dah asik snap kat atas koridor balkoni tu je. Hahaha.. Punyer malas nak ngambik alas tempat snap. At least kain ke alas kan. Malas jugak. Tapi kan.. mee ni kan..sedaaaaaappp sangat. Memang kena dengan taste saya. Resepi sapa la agak2nyer kan?


Resepi akak yg pandai masak tu ler. Biasa kalau nak gugel masakan mee, tak yah gi myR pun dah jumpe resepi yg menawan dihati kalau gugel kat SGN67. Tak biasa dengor ke gugel kat SGN67? Mcm bunyi jenama senapang pun ado tu kan. Hehe.. kak Nor.. tq bebanyak kak Nor. Resepi ni simple tapi mak aihh sedap la.. Saya buat ni skip tang cili padi tu, masukkan sikiiit je cili kering. Terpedas sikit dari kebiasaan anak2. Tapi agaknya sebab kesedapan, diorang makan sambil siipp siipp pedas. Jangan sakit perut sudah. Tapi kalau kat lidah org tua, idak le pedas pun. 


Udang tu, saya tak masukkan sekali dlm mee. Sebab budak kecik tak leh makan udang. Saya goreng asing dan menjadi santapan saya n Bais. 2 vs 2 la nampaknya kat rumah ni untuk udang. TQ kak Nor, mintak izin berwalikan hakim..eh silap... mintak izin merafak sembah... itu pun silap.. mintak izin nak tepek kat blog tepi jalan saya ni pulak. Macam best je bila kak NUR SG duk sebut blog tepi jalan. Opss kak Nur jangan maree aa.. kita serupaa..

Membebel tak habis2.. mari tengok resepi simple ni u olss.. Wooppss lupa nak mention, kak Nor jgn mare ye, sebab asal resepi ni guna mee sanggul kepala tu, tapi saya guna mee kuning. Boleh kan kan kan? Sedap tau.. Mee kuning tu saya celur jap dlm air panas bagi ilang rasa kapur. 

Satu lagi, untuk kicap tu, saya campurkan kicap pemberian Mas, namanya kicap campur. Alamak best la Mas... Bila letak je kicap tuh, terus naik rasa nyer. Senang kroje. Toce toce..



MEE SANGGUL GORENG KARI

Bahan :
3 kpg mee sanggul melayu  *izah guna mee kuning celur
udang (atau boleh guna isi ayam)
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi ~ dihiris (lebihkan jika suka pedas)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis/sawi
1 bj tomato
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi ~ dihiris
limau kasturi/limau nipis

Cara :
Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan.
Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
Kacau dan goreng hingga mee masak.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.
Selamat mencuba..


Apam Mentega Gula Hangus


Assalamualaikum..

Breakfast apa pagi ni? Cer try buat apam ni.. sedap weh.. halus gebuuuu je. Memang pueh hati sungguh ler kalau buat apam gini. I likeee banyak banyak.. Eh ada ker yang tertunggu2 entry kek tapi keluor entry apam lak ek. Yang kek tu tunggu2 dulu ler yer.. Sebab nak edit gambo tu yang malas. Kalau apam ni dah lama dah edit gambor nyer.

Resepi saya nampak kat kongsi resepi dan jejak resepi sehingga sampai ke blog TEMPAT FIZA SIMPAN RESEPI. Terima kasih kak Fiza atau Fiza sahaja, maaf tak berapa sempat sangat nk berkenalan, nak tanya umur. Kot la tuan blog menjengah ke sini, leh la buat correction. Apa pun tq sangat kerana sudi berkongsi resepi yg diambil dari Puteri Tega di FB. Tq..



APAM MENTEGA GULA HANGUS
sumber: Fiza 


Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:
(A) 1 cawan gula pasir
      1/2 cawan air
      125 gm mentega

(B) 1/2 cawan gula pasir
      2 biji telur
      *1 1/2 cawan tepung gandum
      *1/2 sdt soda bikarbonat
         (*diayak bersama)
        200 ml susu cair
        1/2 sdt esen vanilla

Cara-cara:
- Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan api semula dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

- Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.

- Kemudian, masukkan susu sambil diselang-selikan dengan tepung. Gaul sehingga sebati.

- Panaskan pengukus dan acuan kuih. (Saya gunakan acuan apam puteri ayu dan acuan apam biasa). Tuangkan adunan ke dalam acuan. Kalau nak tuang penuhkan acuan pun tidak mengapa, kerana bila ia masak, ia tak kan melimpah. Cuma gebu jer....

- Kukus kuih selama 10-15 minit. Sejukkan seketika, dan keluarkan...



Monday, September 26, 2011

Gader bersama teman Blogger lagi


Assalamualaikum..


Ini lah rakan2 blogger yang sudi n berpeluang berkunjung ke rumah saya sabtu hujung minggu baru ni. Terima kasih banyak buat Kak Anim dari Rembau, Anna dari Damansara Damai, Mimiey dari Wangsa Maju dan Mas dari TUDM Subang, dan kegembiraan gader2 ni sukar diungkapkan. Walaupun tak lama mana berjumpa n berborak, tapi itu lah momen momen yang indah. Sebelum tu buat kak Dayang Jack, mohon maaf banyak2. Saya memang tak perasan yang akak Dayang tu, dekat je ngan rumah saya. Sebab dalam otak je, nampak kak Dayang nampak Sarawak. Sampai terlupa yg akak Dayang dekat KL. Maaf ye kak. Jangan majuk2 ye kak. Terasa jugak frust tak mengundang..huuhu. Dan kak Shiela pun tak dpt dtg di saat2 akhir kan.

Terima kasih buat akak anim yg amat lah sporting. Banyak bekalan dari Rembau di bawanya. Bila tengok buah tangan dari kak Anim tu, haa mula la keluar cerita tok moyang tok nenek bagaikan Kak Anim. Haaa... tu la hasil tangan org dah berpengalaman ni. Sangat sukar diterjemahkan dalam bahasa seharian, Cewahhh...  Tapi menu2 semuanya tak snap. Jurukamere verat vontot nak bangun gi ke meja makan gamaknya. Kikiki... Saya pun bila majlis usai, dah tak mandang dah nak snap bagai. Ngunyah je sedap time tu. Dan yang part sesat kat lif tu mmg tak boleh blah. Instinct cik abg kak Anim hanya boleh diguna pakai kat jalanraya je ke kak Anim, kat lif instinct dah hilang. Hahaha.. Kalau teringat ni nak gelak pun ado, nak kesian pun ado. Hehe.. 

Tak lupa buat teman sepermainan, sebasikalan, semerempit halal kat kampung dulu iaitu Norlida. TQ so much Nor sebab banyak tolong dikala kelam kabut tu. Hahaha... tq tq.. kenyang ke Nor makan ritu? Hehehe...

Anna pulak, aduhaii.. kek karemelnya yang sangat cantik dan sangat sedap. Betul2 cantik. Sampai memikat hati orang nak mengodernyer. Masyuukkk... hihihi.. Tq anna.. yg segan2 manja tu. Kekenyangan ngan kek ko tu.

Si anak dara mimiey pun ado jugak turut memeriahkan majlis. Ada jugak buah tangan buat budak2 ber2 tuha. Excited sungguh diorg. Sampai buat breakfast pun makan donut tu jugak. hihi. Dan ini 1st time la kami jumpa si Mimiey ni. Comel org nyer. Dah ada calon blom tu? hehe

Last sekali si Mas. Macam tak aci je tau...Dah la sampai lewat, pastu cepat2 je nak balik. Sabau jela.. haha.. tapi bawak jugak buah tangan. Mak aihhh sangat la elok menambbah lemak disamping gulai lemak tu kan. hehe.. Tq Mas. Suke nyer aku ngan cheese tart tu. Sapa2 nak order cheese tart si Mas ni, boleh la order sekarang. Order sedang dibuka. Hehehe... Nanti aku nk try buat lak. Comel sesangat dijadikan buah tangan kan.

Dan untuk kenangan..biarlah gambar bicara sendiri.











Terima kasih semua yang sudi bertandang. Terima kasih dan sudi2 lh datang lagi.  Maaf jika ada layanan n hidangan yg kurang sempurna dari tuan rumah ye. TQ..


Friday, September 23, 2011

Badak tak Jadi Berendam, Onde onde Keledek dapat nama



Assalamualaikum..

Betul tajuk tu, tak tipu. Benar2 terjadi ni. Alkisahnya nak buat badak berendam versi keledek, kukus pun dah panas semua nyer kan, saya masih terkedek2 mencari santan kotak. Tak jumpa! Tarik napas.. hembus, tarik lagi napas.. hembuss... Baru ler teringat udah habis santan tu digunakan untuk buat nasi lemak kukus pada suatu hari yang lalu. Dah air pun panas, humban je la bulat2 tu  dlm air mendidih jadi onde2 a.k.a buah melaka . Tapi onde2 tak pakai baju ler. Kelapa tak ada. 

Tapi kan , lambat tahu onde2 keledek ni rupanya seeedaaappp sangat. Saya suke texture onde2 ni sebab lembut n liat dia stabil gitu. Idak le lekat kat tekak bila nak telan tu. Kan kalau guna tepung pulut semata cam liat sikit kan.. Tapi yg ini lembutt je. Kalau ada daun pisang, onde2 belum kukus tadi tu, leh celup kat minyak n bungkus dengan daun pisang. Kukuskan.. sah lagi besstt. Rasa lembut mcm makan kuih koci pulut hitam. Sirius sedaappp. Akan dibuat lagi dihari hari mendatang. 





Resepi ni saya tengok kat blog kak Yatie yg diambil dari blog akak pemes amos kak Ita. Ramai je dah try kan. Tapi versi saya ni tak timbang sukat bebetul pun. Saya masukkan je keledek n tpung pulut. Pastu uli ngan sikit air. Sebab nk habiskan balance2 tepung n keledek.  Pastu cadangnya nk rendamkan dia ngan santan  jadi kuih badak berendam, disebabkan kelapa tak de. Rupa2nya dua2 yilek. Jadi ler rupa togel gitu. Tapi sedaaapp uu. Anak2 saya pun leh makan 2 ketul sorang.


Untuk resepinya boleh rujuk ke:




Tuesday, September 20, 2011

10 minit...

ASssalamualaikum


Tajuk mcm tak de kena mengena..
Puas pikir nak letak tajuk apa..
10 minit terus berlalu.. masih belum dapat tajuk..
Letak jela 10 minit..

Tak de apa2 nak update..
Dapur berasap mcm biasa, cume mood nak snap gambar menghilang.
Ada la jugak 1,2 menu yang di snap.
Menu untuk anak2, tapi snap masa diorng makan je.
Malas nak angkut meja, kain, pingan mangkuk, sudu garfu nak buat sesi potograpy.
Macam la gempak sangat sesi potograpinyer kan.
Setakat garfu 2 bijik, dengan pinggan cap ayam tu kan.
Tapi masih jugak dilanda kelazy an yang tak bertepi.

Cuaca pun membantu dlm mood begini.
Dengan kesejukan dan suram muram2 gitu kan.
Belingkor dlm gebor lagi sedap.
Walaupun... kg makin bertambah, tapi sangat malas untuk berpeluh kuarkan lemak
Emakkk..tulun.. amik lemak saya mak.
Tetibe teringat emak kat kampung..

nampak..nampak..
nampak sangat entry ni tak de haluan..
hehehe..
ok lah geng..saja saja melalut malam2 ni..
lappy ni semalam seharian je duk off
Hari ni pun baru petang tadi di on kan
memang belum BW, hanya intai di FB je
nanti lah..
kalau mood dtg balik
berderet nak post entry masak2 kan 
Buat masa ni mcm nak bersantai dengan anak2
bergolek2 dengan family
sesambil menunggu hujung minggu yg dijangka meriah
adiossss 



Ada gaya cover novel tak?
Sukeeee



Sunday, September 18, 2011

SEPI dan SUNYI..





UP

UPDATE: Tajuk tu menunjukkan gambaran pada gambar ni aje yee mak dara mak dara. Hehe.. tak de kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Sesuatu tak pada gambor ni. Kredit tu incik suami yang snap moment ni. Pada kak Naz, ye memang watermark izah la tu, yan telah direka oleh rakan bloger kita juga. Dan cam nak balas je gurindam mokcik kat bawah ni. Hahaha... belum ada idea.. ideaa mana ideaaa


Saturday, September 17, 2011

Tart Bunga idea dari KAK ITA

Assalamualaikum...


 Tak sama ngan tart bunga kak Ita tu kan? Membuat tart ni bagaikan orang kata, tak de kerja cari kerja. Eh mcm nak tuko je ayat tu, rasanya mcm tak de kerja cari nahas. Hehehe... Bukan mudah rupanya nak berseni tangan kalau tangan tu memang tak ada seni. Macam kak Ita tu, pada jari jemari nyer tu je kita dah tahu seorang yang sangat seni. Mudah je kak Ita buat tart tu kan, dan cantikkk sangat hasil nyer. Bila tengok jari kak Ita teringat jari kak Nor. Lebih kurang sama patern kan. Jari orang berseni gamaknya. Hehe..

Memula saya buat patern bunga lekuk2 tu, tapi susahnya nak terap dan bila nak ambil nak taruk inti, selalu kelopak2 nya tu koyak. Jadinya saya buat patern paling mudah, round je tang kelopak tu, dan lekuk2 kat daun tu. Tu pun susah jugak tu pada saya. Resepi sama yang kak Ita guna, iaitu resepi dari KAK ANYMZ yang dah pun saya cube buat tart gulung sebelumnya DI SINI. Tapi ada saya modify sikit sebab campur belen2 minyak sapi n butter tu jadi 200gm je. Jadi ejas tang tepung dan saya tambah 1 sb gula aising. Sajee nak bagi manis skit. 




Kalau ada orang buat ayat.. 'wahh.. kalau tak berseni mcm ni dah rupa tart nyer.. kalau berseni gamaknya cemana la rupa tart tu pulak ek?" Nak tau kalau tangan ni berseni cemana rupanya? Haa... mcm ni.. sila tengok.. *perasan*



v


v


v


v


v



v


Curi gambo tart kak ITA ni. Hehe..

Untuk cara membuat dengan gambar boleh terus ke MASAM MANIS AZLITA

TQ so much kak Ita n kak Anim. 





Friday, September 16, 2011

Beraya dengan teman blogger ANNA QAWINA & KAK NAZ


Assalamualaikum..

Hari ni mcm sepoi sepoi je orang ngupdate blog. Masing2 sibuk dengan hal family dan rumah terbuka lagi kan. Saya anak beranak lepak lepak badak je kat rumah. Pepagi tadi dikejutkan ngan berita di FB yang seorg teman tu dah turun berat sebanyak 4 kg dlm seminggu. Biar lah saya nama kan teman itu sebagai Nor *bukan nama sebenar, hhahaha.. Penangan xbox kaann. Semangat aku berkobar2 tadi sesambil ngunyah nasi lemak kukus. Sesambil berpikir cemana jalan yg mudah nak turunkan berat badan sehingga tanpa sedar 2 pinggan nasi lemak jua ku bedal. Haiishh.. Mana ada jalan mudah kan.

Ok cerita pasal pertemuan berdebar2 seperti tajuk di atas. Bukan mudah nak berjumpa ngan teman blogger yang ini, ANNA QAWINA. Lautan kereta terpaksa ditempuh. Amboii ayat. Sebenornya kebetulan masa ke Damansara tu, ada accident. Accident maybe dah lama, tapi biasa la rakyat Malaysiakan perihatin. Ramai yg slowkan kereta nak menyaksikan accident tu la kan. Sesampai kat rumah Anna tu, cam segan jugak sebab ramai rupanya tetamu si Anna masa tu. tapi celah2 tu perasan seorang wanita berkaca mata. Mcm familiar je. Rupanya kak Naz Bahulu Inti D Bayu. Tapi masa tu cam segan2 je nak nyembang. Hehe.. Kak Naz ni ramah tamah je orang nyer. Sweet chinese looking kan. 



Ini la kak Naz. Kak Naz tak pe ke gambo ni ditepek?hihi.. 

Ini baby si Anna yg comel. Baik je baby ni, asik tido je walaupun duk menyembang dekat ngan dia.


Anak2 Ana yg lain tak dan nak snap. Anak2 nya comel2 belaka. TQ Anna, susah2 menjamu kami semua walaupun masih dalam berpantang. Suami Anna la yang busy kan. Jadi orang dapur keletung keletang.. rajin betui suami nya.. Dan suka la sangat dapat tapau puding berkuah tu. Sesungguhnya, puding tu aku bedal sorang je. Hahaha... lama dah tak makan. Dan TQ untuk semua hidangan dan layanan dari Anna sefamily. Tq Anna. Gambar yang diabadikan sebagai kenangan terindah.. wah!




Terpaksa dikelabukan. Karang kena marah. Hehehhee.. 






Thursday, September 15, 2011

Puding Roti Sos Kastard


Assalamualaikum..

Opss kuah tak tuang lagi tu. Tak nampak menyelerakan. Tunggu nak tuang kuah yee..



Adehhh sedap nyerr... Cara saya, saya suke makan puding roti tu masih suam2 panas bersama kuah kastard yang sejuk sejuk. Alahaiii memang sedapp la sangat. Kalau Bais n Muaz suke sejuk2 belaka. Katanya makan aiskrim. 2 potong sorang habis untuk bebudak tu. Teringat akak saya duk mintak  buat kan puding ni, tapi tak sempat jugak nak buat. Nah amik la resepi ni kakak Hamidah ye. Sure menjadi dan elok dipotong dan semestinya sangat yummeh. Resepi amik kat rumah kak Hana dan asal dari maya.zakry dan  F&N@ myR.




PUDING ROTI SOS KASTARD
sumber: Hanamemories

Bahan-bahan

8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan

* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar Kismis *saya ganti kurma

Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
2 s/b gula

Cara-cara

Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.

Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.



Ketupat Palas n Rendang


Assalamualaikum..

Cam ner nak mula sessi pot pet ngan tajuk ketupat palas ni ye. Hmm.. alkisahnya.. banyak jugak alkisahnya dengan ketupat palas ni. Tapi ketupat dlm gambar tu last week punya menu. Dan dibuat untuk menajamkan skill mengetupat. Bukan menajam, tapi baru nak belajar je pun. Dah berkawin dengan org utara ni la baru saya reti makan ketupat n berjinak2 nak belajar membuatnya. Ada separuh ilmu belajar ngan MIL, separuh lagi melalui internet, lagi belajar ngan Mas, last sekali menuntut ngan kak Ummizaihadi. Masa hari raya saya ada jugak buat, tapi agak fail hasilnya. Bila buat kat KL ni, agak berjaya rasanya, mcm tak percaya diri sendri dah boleh buat ketupat ni untuk dihidang pada suami. *walaupun suami makan 2 ketul je, tidak bermakna ketupat ku itu tidak sedap. Huhu.. Satu lagi jangan ditanya cemana rupa ketupat jantan n ketupat betina. Entah lee... belasah jela mana pun.

Banyak laman blog yang ajor cemana nak buat ketupat ni. Nak lipat ketupat ni pulak cari aje kat YOUTUBE. Banyak je cara nya. Pilih mana satu yang paling mudah. Tapi yang saya agak gagal tu tang pulut tu nak masak takat mana. Lepas dah study balik ajaran si MAS DUNIAKU dan KAK UMMI, baru la agak confident untuk membuatnya kali ke3. Dan hasilnya sangat saya suke. Bebudak pun makan 2-3 ketul jugak la sorang. Makan ngan rendang simple. Tak de kerisik bagai. Cume lemakkan lebih kat santan tu je. Letak daun kunyit n daun limau purut yee..

Jom tengok resepi yang saya jadikan garis rujukan dan sukatan dari blog NASI LEMAK LOVER ni. TQ Sonia!!
*opss tak de lak saya snap gambar hasil pulut ketupat tu bila dibuka. Tapi hasilnya mcm dlm gambar kat blog nasi lemak lover tu jugak la. Kat situ pun ada cara2 melipat daun palas tu jugak.


KETUPAT DAUN PALAS
*dan hasil tunjuk ajar mas n k ummi


400g glutinous rice
1 and ¼ cup of coconut milk *santn pekat
1tsp salt
*izah tambah sehelai daun pandan

Daun palas

Method

1. Cook rice, coconut milk and salt in a rice cooker or steam the rice till half cooked.
2. Fill in half cooked rice into ketupat pouch and wrap accordingly.
3. Boiled ketupat in hot water over low heat for 1-2 hours.
4. Drain and let it cool down for several hours before serve.


Cara lain:

Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.
*izah rendam sekejap beras pulut tu.
Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.

Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.
*kak ummi kata, santan tu lebihkan sikit je dari aras beras pulut.
Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.

Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.

Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.

Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering. * masukkan daun2 palas lebihan ke dasar periuk untuk mengelak ketupat palas hangit.

Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.

Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.

*sumber: mesra resepi




Wednesday, September 14, 2011

Donut Gunting a.k.a donut mini


Assalamualaikum..

PC ni buat hal lagi. Suka duk padam2 macam pc Hasue. Berjangkit ke sue penyakit PC ko ke aku? Hehehe.. Susah betui nak BW. Ekcely BW tak susah mana, cume  nak tinggal komen la yg susah. BW mcm biasa walaupun slow sikit la pc ni load, tapi nk komen kdg2 langsung tak leh. Bagi komen tru enpon asik lintang pukang je words yang keluor. Sabo jela kan.

Donut ni saja je saya sebut donut gunting, sebab before goreng saya gunting dulu donut tu. Tengok donut tu dah mengembang besar gedabak, kot kalau goreng takut tak masak bahagian dalam. Nampak nor malas nak membentuk donut tu jadi mini. Pelepap je jadi besor besor. Pastu time nak menggoreng baru insaf jap tengok donut tu gedabak. Solution dia saya gunting kan aje donut tu.

Resepi dari blog kak Ummi yang dilihat di blog My Kitchen Snippets. Gebu gebas donut nyer. Sebab guna tepung roti ni kan memang hasil yg tak mengecewakan. TQ kak!!

DONUT MINI
resepi: kak Nis@mak Daro


Bahan:- (15 biji donut mini)

200 gm tepung roti
20 gm gula
1/2 tsp garam
1 tsp yis kering
140 ml susu segar
20 gm butter
minyak masak untuk menggoreng
powder sugar/gula aising - untuk tabur

Cara Membuat:-

Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Buat lubang di tengah dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.
Masukkan pula butter, gaul dengan tangan hingga sebati.
Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)
Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donut kecil (mini). *Ummi guna bahagian mulut gelas yang kecil jek..hehe
Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga naik 1 1/2 kali ganda lagi.
Panaskan minyak, goreng di atas api sederhana hingga keperangan kedua-dua bahagian.
Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Biarkan donut betul2 sejuk sebelum di salut gula aising. 


Aising Donut:-

4 sudu besar gula aising - ayak
1/2 sudu besar air
Gaul gula bersama air hingga sebati. Sapukan pada permukaan donut dan taburkan kekacang atau hundred thousands.


Tuesday, September 13, 2011

Sambal Tumis Petai


Assalamualaikum..

Ni pulak sambal tumis petai. Kadang saya buat berkuah sikit, kadang buat kering sikit. Ikut suka hati la nak buat cemana kan. Kalau ada menu lain yg berkuah, so suke buat kering sikit. Satu hal lagi, en suami saya kalau petai ni, dia suka masak sekali dengan kulit petai tu. Berbeza ngan saya, saya tak berapa suke sebab terasa pahit kulitnya tu. Tapi bila dah slalu masak gini, dah rasa sedap aje.. Katanya pahit itu ubat. Kalau ikut mak saya, petai muda memang selalu masak dipotong ngan kulit2 sekali. Dan kulit tu elok je melekat dengan isi petai tu. Tapi kalau petai dah tua ni jarang masak gitu. Kalau cakap kat en suami, suami saya jawab, mak dia masak sekali ngan kulit walaupun tua sebab dulu2 hidup susah katanya. Dengan kulit2 sekali makan.  ;-) Simple sambal tumis dari saya. Sudikan..

SAMBAL TUMIS PETAI
by: izah

1 mangkuk petai
* petai dihiris bersama kulit. Kikis dulu kulit luarnya kemudian hiris. Ikut citarasa, kalau tak mau kulit boleh siang petai mcm biasa.

1 genggam ikan bilis
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15-20 cili kering
1 sb asam jawa paste
sikit belacan
2 1/2 sb gula
garam secukup rasa
air

Ikan bilis ditumbuk sikit dan goreng kejap bukan sampai garing. *untuk hilang hanyir je. Tak nak goreng pun tak pe.
Celur sekejap cili kering untuk lembutkannya. Blender sekali cili kering bersama bawang besar, putih dan belacan. Tumis bahan kisar dengan minyak yang agak banyak sesuai untuk menumis bahan tersebut. Gunakan api kecik untuk menumis. Sebelum pecah minyak boleh masukkan ikan bilis, asam jawa paste, gula dan garam. Tumis lagi sampai betul2 garing n bau yang wangi. Kemudian masukkan petai kacau sebati bersama sambal dan masukkan air melebihi sikit paras petai. Masak lagi hingga petai masak dan pecah minyak. Boleh buang minyak sebelum dihidangkan.

*kuantiti air bergantung pada citarasa.