Monday, February 28, 2011

Sotong Kunyit Bersayur


Assalamualaikum..

Sebelum crite pasal menu, nak muskil pasal gambo menu ni tak keluar kat tingkap bloglist. Kenapa ye, mcm tak best jekan..rasa cam nampak mata je tapi tak nampak hidung..tak best tak best.. Ramai gak blog yang jadi cam ni, dah tak keluar gambar. Pasal apaaa laa..

Menu sotong bersayur ni, lauk yang simple tapi lengkap. Best... mekasih cik mat gebu, walaupun rasa2nya blogger glemer CMG tu tak nyinggah ke sini, tapi tetap berterima kasih buatnya yang sentiasa memberi idea dengan bermacam-macam menu di DTS.

Ok..selamat mencuba bagi yang dah tergoda. Nak melayan anak2 yang tak berapa sihat. Tadi dah amik ubat ke klinik. Jap lagi mabok ubat ler tu.. Daaaa



SOTONG GORENG BERSAYUR


BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor sotong saiz sederhana, cuci bersih potong bulat atau ikut suka
6 tangkai kacang panjang, kerat2 lebih kurang 2 inci setiap satu
5 biji cili padi merah, diketuk
2 camca besar kicap ikan
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Sedikit garam dan gula
Hirisan daun sup sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Sotong ditoskan kering2, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili padi dan sos tiram, kacau rata.
Tambah sotong dan juga kacang panjang tadi. Masukkan sos ikan, kacau rata dan masak hingga kacang lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika perlu letak sedikit gula dan garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan..

Donut Labu


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Semalam tak de entry, kerna saya dikunjungi teman lama, Norlida. Thank Nor sudi jenguk kami. Nanti jangan serik datang lagi. Bagitau awal2 ye nak mai umah. Hehe.. Semalam jugak anak-anak saya tak berapa sihat. Si abang dah dijangkiti demam dari si adik. So melayan karenah anak anak demam lah saya hari ni. 

Donut labu ni dah lama saya buat untuk menghabiskan labu. Donut ni masa membancuh tu, saya guna bm, jadinya confiden aje dengan sukatan air tu. Rupenya sangat lembik kejadiannya. Huhu..kena tambah tepung lebih dari 6 sudu besar jugaklah. Mungkin sebab labu yang saya rebus tu dah lembik jadi penggunaan air perlu dikurangkan. Saya buat separuh dari resepi akak madiha ni. Tu pun dapat banyaaakk. Lepas buat je, saya nampak kak Yatie pun dah cuba dan menambah telur dalam adunan donut. Mungkin kejadiannya lain sikit kot. Yang donut saya ni gebu dan liat liat sikit.

Apa pun mekasih kak madihaa untuk resepi donut ni. Memang ada kelainan sebab ada rasa lemak labu dalam donut ni dan warna donut yang cantik kan?


Donut Labu by MaDiHaA @ mamawandiha
sumber: kak madihaa
versi lain: kak yatie

Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus
1 ½ cawan air suam
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
2 sudu besar gula
2 teaspoon mauripan
620 gm tepong gandum
secubit garam

Bahan2 lain
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor secukupnya untuk menyalut

Cara2 Menyediakan
 
[menggunakan bread maker (BM)]
1. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus.  Tuangkan ke dalam BM.  Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM.  Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan  gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan.  Tekan setting untuk doh (no. 8) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).


[menguli dengan tangan / cara manual]

1. Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati.  Biarkan sehingga bancuhan berbuih. 
2. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus.  Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai.  Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi.  Kacau rata dengan tangan.  Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. anggaran dlm 10 gm je gitu)  Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.  


Membentuk doh

1. Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin.  Jika doh terlalu melekat ditangan.. boleh salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
2. Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka.  Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak.  Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu.  Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan.  Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut.  Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana.  Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila).  Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi.  Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.  
4. Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali.  Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan.  Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.


Saja saya tak coat ngan gula untuk menampilkan warne sebenar labu yang cantik.



Saturday, February 26, 2011

Karipap Pelik..


Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semuanya. Ada yang lepak-lepak kat rumah ngan family memasing ek.. Best best.. sesambil tengok hindustan he ni ..i likeee.. Ande ka ande nasa.ooo..andeki andenesi..entah ler apa tu kan.tapi memang best citer rani mukrejee ni sebab dia la saya suke crite neh. Eh ni citer karipap ke industan ni..hehe..



Haha..pelik tak rupa karipap ni. Warnenya tu menggerunkan.. Sebenornya ni play dough homemade buat untuk bebudak dua orang neh main main. Sesambil layan diorag main, maknya buatkan karipap bulat. Eh tetiba vangga tak tau dalam diri ada bakat kelim karipap. Hahaha.. Cam kagom tak menentu lak, bila Bais cakap cantiknya ummii..pastu suruh buat lagi dan lagi.. ni la melayan anak2 la ni.

Ni resepi kalau nak buat sendrik. Lembuutt je playdough homemade ni. Buat sendrik sebab budak kecik tu suka masuk dlm mulut. Tapi yang ni masin, tak jadi la dia gigit gigitkan. Lagi pun bahan2 nya pun boleh dimakan. Tahan lama gak neh. Dah dekat 2 minggu kot. Tu yang warne dah bercampur dah tu. Kalau tak ada 4 warna.  Mekasih kak TTM untuk resepi main budak budak ni.


PLAY DOUGH HOMEMADE
sumber: TTM

2 cawan tepung gandum
4 sudu besar cream of tartar
2 sudu besar minyak masak
1 cawan garam
2 cawan air

Campur semua. Kacau sebati. Masak atas api kecil (kacau selalu) hingga pekat dan boleh diuli. Angkat dan uli dan bahagikan untuk letak warne kesukaan masing masing. Untuk tahan lama, bila tidak digunakan balut dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk.


Friday, February 25, 2011

Comelnya.. Cuma Aku


Lagu dan tuan sama comel...hehe

Chocolate Chip Banana Muffin


Assalamualaikum..

Puan-puan, ini adalah produk terakhir saya yang menggunakan pisang ye. Hehehe.. Resepi ni di beri 5 stars di allrecipes dan saya pun nak bagi 5 bintang jugak!!! Bagi gempak skittt... Tapi memang sedap sesangat. Gebu dan moist yang seiring. Penggunaan yogurt memang menambat hati saya bila buat muffin. Sebab gebu dia memang best! Muffin ni pun menggunakan yogurt. 


Walaupun muffin ni tak la cun sangat kan, tapi rasa dia walla....best...pepulak makan panas panas. Tapi kalau dah sejuk pun sedap gak sebab makin moist. Saya lecek pisang tu tak hancur sangat baru sedap bila gigit ada pisangnya kan. Pisang 'verangan' (kak anim..kikiki) saya tu tinggal 3 biji, sangat ranum cun cun secawan memang la sesuai untuk resepi mapin ni. Ingat, kalau pisang masak ranum atau sangat ranum kurangkan gula sebab pisang tu sangat manis.



CHOCOLATE CHIP BANANA MUFFIN
sumber: allrecipes

Bahan-bahannya:

1 3/4 cawan tepung serbaguna* gandum
3/4 cawan gula *kurang ke 1/2 cawan
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon garam
1 biji telur* saya guna M
1/2 cawan minyak * saya kurangkan 1 sudu
1/2 cawan plain yogurt * atau 1 cup yogurt tu bersamaan 1/2 cawan 
1 teaspoon vanilla extract
1 cawan pisang lecek
3/4 cawan semisweet chocolate chips

Caranya: (Cara saya)

1. Dalam mangkuk yang besar ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam. Kemudian masukkan gula dan chocolate chip. Gaul rata
2. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, telur, yogurt, pisang dan essence Vanilla. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan adunan pisang ke dalam mangkuk tepung tadi. Gaul sekadar bersatu sahaja.
4. Sendukkan ke dalam paper muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

Nota: Saya gaul adunan ni sekejap aje sekadar bahan bahan tu semua rata. Adunan muffin yang terlebih kacau akan menyebabkan muffin keras, bantat dan tak gebu. Yang penting pastikan tepung yang diayak dikacau sebati  bersama baking powder, garam, gula dan soda sebelum dimasukkan bahan basah.

saya suka yang garing di atasnya mcm ni.

Hani, dah beli pisangkan, mesti buat mapin ni. Best!!

Thursday, February 24, 2011

Kek Pisang Marble Coklat


Assalamualaikum..

Ye ye tahu..pisang lagi.. muekekee.. Ada yang marah2 tak dapat pisang ye? Nah amik..kulit pisang..hehee. Dah pernah buat kek ni versi kosong tanpa coklat. Bila marble cam ni lawa n sedap sesangat. Dan rasa nya dulu saya ikut cara kak Hana putar dulu telur, dan kali ni buat cara masukkan semua terus. Cam tuan nyer resepi nyer cara. Oooo rupanya betul la kata Anna Qawina tu, cara lain menghasilkan result yang berbeza. Sedap mcm nak ke cipon pun ada kek ni. Itu lah yang diet aku kantoi semalam neh. Gara-gara kek ni ler. Huhuhu..



Ni gaya marble tak sempat namanya. Tiba time nak mermable je, elok pulak dak kecik nak memanjat pinggang ajak nyusu. Hmm apaka daya. Tuang je la. 



KEK PISANG MARBLE COKLAT
sumber:kak hana dan Noorsha

Bahan-bahan
150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
180g gula halus - hana kurangkan 150g je
3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah
1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes


Cara-cara
Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

*semua kak Hana tambah, semua saya ikut.


Kari Kacang Panjang


Assalamualaikum..

Nak share menu mempelbagaikan masakan kacang. Kari kacang panjang. Sedap jugak dan ada la kelainan sikitkan dalam masakan kacang neh. Biasa goreng kicap ngan hati je yang sedap kan. Mekasih Diana Sky Blue tuk resepi ni. Macam macam menu ada kat blog Diana ni. Nampak best2 blaka. Jom tengok resepi sempoi neh.






KARI KACANG PANJANG
source: Diana

Bhn²
500 gm kacang panjang _ d hiris menyerong
Segenggam udang kering _ d rendam dan d tumbuk
1/2 inci halia _ d tumbuk
3 ulas bawang putih _ d tumbuk
4 ulas bawang merah _ d tumbuk
1 biji cili merah _ d hiris kasar
4 tbsp serbuk kari daging Baba's
1 tsp serbuk kunyit
Sedikit belacan ( jika suka.. i tak bubuh tadi ) _ d tumbuk
Sedikit air
Sedikit air panas
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1 tsp perencah pati ayam Tumix


Cara²
Satukan serbuk kari dan serbuk kunyit. Bancuh dengan sedikit air panas. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak.. tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, udang kering dan belacan sehingga naik baunya dan sedikit garing.
Kemudian masukkan campuran serbuk kari dan serbuk kunyit. Gaul sekejap.. masukkan pula sedikit gula. Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan kacang panjang dan masak sehingga kacang panjang layu.
Tambahkan sedikit air, cili merah, perencah pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul.
Setelah ianya masak angkat.
Hidang.


Wednesday, February 23, 2011

Banana Yeast Bread


Assalamualaikum..

Shhh..jangan cakap apa apa ye...hahaha.. Pisang lagi ye..makcik pisang ye..ye la tu... Layan roti pisang ni. Lembut neh..dah habis dah pun. Bebudak suka la pulak roti neh. Wangi ngan bau pisang dan roti ni lemak manis gitu. Nampak tak atas roti tu nampak serat serat pisang tu walaupun pisang tu dah dipuree kan.


Tu kerat sikit bagi nampak keratan rentas roti neh.. ok jom cek resepi. Thank you for sharing this lovely banana yeast bread recipe.


Banana Yeast Bread


200 gr bread flour
1 tsp instant dry yeast
20 gr caster sugar
150-160 gr banana puree (from 2 medium bananas)
40 ml milk
20 gr unsalted butter
1/4 tsp salt

*saya tambah setengah biji telur

1. Combine bread flour, yeast, and caster sugar in a bowl. Make a hole in the center. Add banana puree and milk. Mix well.
2. Add butter and salt. Mix until dough is smooth and glossy - it will be very sticky. Cover and rest for 1 hour.
3. Punch dough down and set aside for 10 minutes. Grease and flour a baking pan.
4. Spoon dough into the prepared pan and use a spatula to smooth the surface. Cover or spray with water (to prevent skinning) and let rise for 1 hour.
5. Preheat oven to 180C. Bake for 20-25 minutes. Cover with foil to prevent excessive browning.


*doh roti ni agak lembik sikit, jadi saya tambah 2 sudu besar tepung lagi.


Daging Merah Bersos Plum


Assalamualaikum..

Semalam tak berapa BW sangat gara2 memantau anak kecik si Muaz yang sakit telinga. Dah ke klinik, doktor kata mungkin termasuk air dlm telinga. Ada jugak sikit bengkak kat bawah telinga nyer tu. Kalau tersentuh memang meraung la dia kesakitan. So hubungan dia ngan abg nya tu dingin la sikit. Sebab tak leh main golek2 gusti2 macm biasa. Heeehee..

Citer pasal lauk ni pulak, saja selingan ngan lauk pulak. Karang letak menu pisang lagi, cam sah sah ada lori pisang terbalik depan rumah lak. Takpun mcm tokey kebun pisang. Dah sampai kena panggil makcik banana dah. Sabooo jela..haha. Lauk ni best, pepulak ada elemen sos plum tu. Sedap. Kak Dayang mekasih ye. Resepi dari kak Dayang dan tergoda goda bila kak Nor dah buat. Kak Nor dan k. Dayang..i love u laju laju..ngee



DAGING MERAH BERSOS PLUM
resipi: Dayang Jack

bahan-bahan: (3-4 orang makan)
250-300 g daging (direbus dan dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan cili giling
1 sudu makan sos plum
2-3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 biji cili merah (dihiris)
2-3 biji cili padi (diketuk)
sedikit kicap manis jika suka
garam dan gula secukup rasa
1-2 helai daun limau purut jika suka

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
Masukkan sos tiram, sos plum, sos cili, kicap, cili padi, cili merah, dan daun limau purut. Masukkan sedikit air dan kacau hingga mendidih.
Masukkan daging, bawang besar, garam dan gula (jika perlu). Kacau sebati hingga kuahnya pekat. 
Setelah masak, hidangkan dgn nasi panas. 
*** masukkan sedikit pewarna merah semasa merebus daging supaya kelihatan lebih menarik.


** 1/2 dr bawang besar K.Nor tumiskan sekali bersama dgn bawang merah dan bawang putih. Anak2 ni kurang sket makan bawang yg nampak jelas dlm lauk, kalau dah sebati sket dlm kuah tu tak per jer.* sama saya buat cam ni gak. Hubby pun tak suka tengok bawang tu banyak bertenggek atas daging. Heh..




Tuesday, February 22, 2011

Banana Banana Bread


Assalamualaikum..

Untuk minum petang ni, saya buat banana bread yang rasa kek. Atau pun org barat kata quick bread yang tak menggunakan yis. Sebab tengok yang dah try kebanyakkannya memberi 5 stars, nak la merasa kesedapannya. Hmmmm memang sangat best..nak join bagi 4 setengah star ke 5 stars. Sedaaapp..makan time suam suam lagi best ngan kerak yang garing tu. Kat dalamnyee moisttt sesangat. 


Sebenarnya bila tengok kuantiti pisang yang digunakan dalam resepi ni dah boleh tau bread ni akan sangat kepisangan dan moist. Kan..banyakkan 2 cawan lebih tu. Tapi saya buat setengah adunan je. Pastu ada hati nak letak dlm acuan loaf yang beso tu. Maka menjadi la bread yang pendek... Huh tak kesah la kan, sebab ianya ssaaaangatt sedap.


BANANA BANANA BREAD

source: allrecipes


Bahannya:

  • 2 cwn tepung serbaguna * saya guna gandum
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cwn butter
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 telur
  • 2 1/3 cawan pisang lecek masak ranum *saya guna pisang verangan

Caranya:

  1. Panaskan oven ke 175 C. * saya guna suhu 170 C.
  2. Dalam mangkuk yag besar, satukan tepung, soda dan garam. Dalam mangkuk yang lain pukul butter dengan gula hingga berkrim dan ringan. Kemudian masukkan telur dan pisang lecek dan aduk hingga sebati. Masukkan adunan pisang tadi ke dalam mangkuk tepung. Aduk hingga sebati dan sekadar rata. Tuang ke dalam loyang yang disapu butter atau alas dengan kertas minyak.
  3. Bakar dalam  oven hingga 60 ke 65 minit. *saya bakar 55 minit je.






Banana Pancake


Assalamualaikum...

Menu breakfast yang cukup elok dan padat di dalam perut. Layan pancake pisang pulak. Pancake yang lembut dan gebu. Sesuai diambil dengan segelas susu. Perut kenyang dan padu, pastu boleh sambung beradu. Hehehe..bukan saya la..anak anak ler.. Mekasih ye buk Hana untuk resepi pancake yummy neh. Heeee.. orang tu dah busy bonar berkemas nak balik mesia tu... Tapi solute tul, sempat lagi masak2 dan update blog kesayangan ramainyer tu.




RESEPI BANANA PANCAKE


Bahan-bahan
  • 150g tepung gandum @ SRF
  • 80ml susu segar
  • 11/2 sk baking powder - klu gune tpg SRF 1sk memadai
  • 1-2 sudu makan gula - hana tak letak sbb pisang da manis
  • 1 biji telur size M
  • 1 biji pisang (100g) - lenyek halus
  • 1 sudu makan butter cair
  • secubit garam

Cara-cara
  • Pukul telur hingga sebati (guna whisk je) Kemudian masukkan susu segar. Kacau sebati.
  • Ayak tepung, garam dan juga baking powder. Masukkan ke dalam adunan telur. Gaul sebati.
  • Last sekali masukkan butter cair dan juga pisang lenyek. Mix hingga smooth.
  • Biarkan sebentar dalam 10-15min. Panaskan kuali non stick. Lengser butter sedikit (skali lengser memadai).
  • Tuang sesenduk adunan pancake dan masak hingga timbul lubang dan terbalikkan. biarkan sekejap masak dan angkat.
  • Hidangkan dengan honey, butter atau apa sahaja jem pilihan.