Friday, December 31, 2010

penghargaan seorang teman.



Assalamualaikum...

Colourful roses dari kak Nor tanda terima kasih menjadikan follower kak Nor mencecah angka 1000 semalam. Mekasih kak Nor. Dah tak merajuk dah. Hehe.. Dan tahniah buat SECUBIT GARAM kerna terus menjadi tempat rujukan para bloggers dan tetamu yang mencari dan tercari cari resepi yang hebat, simple, enak dan tips2 yang menarik di Secubit garam. Tak lupa..tang mahalnya secubit garam ialah..THE MAKING.. nya yang sangat jelas dan kemas. Teruskan menyumbang 'the making' dan resepi resepi yang hebat2 untuk tahun baru 2011. Semoga terus suksess!!

Oh ya..hari ni saya sedikit lemau untuk mengentry masak masak. Huhuhu... pesan kak Nor jangan meroyan ye. Pandaiii lahh..hehe. Ok selamat melangkah ke tahun yang baru 2011 untuk semua.


Thursday, December 30, 2010

Mini No-Fail Banana Muffin


Assalamualaikum..

Muffin ni panas panas lagi ni. Masa duk cari paper cup untuk buat apam di bawah, terjumpa banyak la pulak papercup dalam simpanan. Jadinya kebetulan memang nak buat muffin untuk habiskan pisang, terdapat lah idea untuk meminikan muffin pisang ni. Muffin ni pada saya sangat sangat 20x sangat sedap. Maknanya memang sedaplah tu ye...


Bila muffin ni di minikan, rasanya lagi bertambah sedap sebab, atas tu garing dan dalamnya lembut dan moist. Mekasih buat kak Rima dan terjumpa juga di blog Anie. Memang tak gagal untuk buat muffin ni.Senang bangat dan sangat kaya dengan rasa pisang. Tidak padat tetapi ringan dan lembut moist.

Copy from: Me Te Aroha


NO FAIL BANANA MUFFIN

Source : Rima

Ingredients :

  • 1 1/4 cup all purpose flour
  • 1 tsp baking soda*saya letak 3/4 tsp soda & 1/2 tsp baking powder
  • A pinch of salt
  • 1 cup sugar (I only used 3/4 cup)*next time nak kurangkan lagi
  • 1/2 cup canola/corn oil (I used melted butter)
  • 2 eggs
  • 1 cup mashed banana
  • 1 tsp vanilla

Method :
  • Mix flour, baking soda and salt.
  • Whisk sugar, oil and eggs until smooth.  Add banana and vanilla, beating well.*saya guna mixer
  • Add flour mixture and beat until well combined.
  • Bake at 180 deg C for 25 mins. (I baked them at 160 deg C for 25 mins)
*saya buat dlm bekas papercup paling kecil,bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.

Yields : 10 pcs for big cupcake casings or 18 pcs for smaller casings.  (I got 11 pieces)




Sedang menikmati...

Apam Gula Melaka


Assalamualaikum..

Apam lagiiiii... Keras bekerja pengukus saya minggu neh. Lastnya dapat la tersenyum melihat apam yang juga kelihatan menguntum ketawanya. Bila tengok kat umah Mas dan Hani, comel comel kejadian apam gula merah ni, teringin jugak nak cuba. Ramai dah mencuba apam ni, baru ni la pula singgah kat rumah saya. Mekasih buat kak Rossitamz untuk resepinya.

Kalau ikutkan, agak padat sikit apam ni. Untuk dapatkan moist sikit kata Mas ditambah sedikit air lagi. Mungkin air yang dibancuh dengan yis tu kena banyak sikit kot. Tak pasti. Tapi apam ni wangi dengan bau gula merah tu. Oh ya, saya masukkan sikit pandan essence untuk bau yang wangi.

Copy from: Mas

bunga apam

APAM GULA MERAH

Bahan :
  • 125 gm gula pasir* saya letak 100gm
  • 125 gm gula Melaka - dipotong kecil2 * saya letak 100gm
  • 150 ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½  sudu teh soda bikarbonat
  • ½  sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak
  • Papercup secukupnya.

  •      
Cara :
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Nota :
  • untuk dapatkan apam yang senyum kena letak dalam papercup atau jika guna acuan, jangan sapu minyak dalam acuan tu.
  • jangan tuang adunan ke dalam acuan atau papercup sampai penuh, biar berbaki suku dari acuan atau papercup sebab adunan akan naik nanti.
  • kukus dengan api kuat dan jika air kukusan berkurangan, tambah air panas dalan bekas mengukus tu .
  • tunggu air kukusan betul2 mendidih baru masukkan adunan apam yang hendak dikukus dan lapik penutup dengan kain dan pastikan penutup ditutup kemas.

Wednesday, December 29, 2010

Apam Pisang Sihat



Assalamualaikum...

Tu diaaa... apam lagi. Hehehe... Bila budak-budak suka makan apam, maka rajin lah mak budak buat apam. Apam pisang sihat ni resepi AlongRoz. Mekasih Along. Sihat sebab tak menggunakan minyak pun. Gebuuu gituu. Buat separuh adunan dapat 20 biji bekas lompang lebih kurang. Dah tinggal dalam 5 biji je. 


Masih menggunakan bekas  kuih lompang, tapi saya tak lenserkan dengan minyak. Tak de la senget2 naik apam tu. Comel gitu la, cuma tak banyak yang nak merekah. Boleh cube lagi dan lagi kan. Ok..sapa yang nak makan apam sihat ni, boleh cuba yeee..



APAM PISANG

sumber: AlongRoz

Bahan-bahan ( 8" bulat )

  • 4 biji Telur

  • 1 cwn Gula

  • 2 cwn Tepung Gandum*

  • 1 tsp Bic Soda*

  • 1 tsp Baking Powder* (* ayak sekali)

  • 6 biji Pisang - di lenyek

  • Secubit Garam

essence vanilla *saya tambah


  1. Caranya:

  1. Pukul Telur dan Gula sehingga kembang dan pekat. Masukkan campuran tepung dan gaul sehingga sebati. Masukkan pisang dan garam dan gaul sebati.

    1. Lapik bekas tin dgn daun pisang dan minyakkan. Tuang adunan ke dlm tin dan kukus 45 minit.

Tuesday, December 28, 2010

Mihun Goreng Putih


Assalamualaikum.

Nak masukkan jugak lah entry sarapan bebudak neh. Sesuai betul untuk budak budak sebab tak pedas dan rasanya pun sedap. Sebenarnya sangat jarang  buat mihun kat rumah ni. Sebab tak pernah jadi kalau masak atau pun tak pernah menepati citarasa sang suami. Buat untuk anak anak pun boleh kira je. Tapi since diorang dah suka ni, kena ada stok mihun la pulak kat rumah. Cara memasak bihun ni pun ada kelainannya. Jom tengok cemana cara lainnya tu.


MIHUN GORENG PUTIH

sumber: fidadaud@MyR

Bahan-bahan ( 6-8 orang )


*1 bungkus mi (400gm). Rendam dalam 20-30 minit & toskan

*4 ulas bawang putih

*1 sdk garam

1 inci halia

6 ulas bawang putih

8 ulas bawang merah

3/4 sdb garam

1 sdb serbuk lada sulah

50gm udang kering - kisar halus

300gm daging

200gm udang

200gm fishcake

1-1.25 liter air

carrot - potong halus/ kukur

sawi

daun sup & daun bawang - racik halus

taugeh


CARANYA:
  1. Untuk bahan bertanda *: Tumbuk bawang putih bersama garam. Kemudian, tumis sehingga naik bau/garing. Masukkan mi yang telah ditoskan. Goreng sehingga mi agak garing/ nampak kerinting. Ketepikan.
  2. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan garam. Tumiskan sehingga naik bau/garing.
  3. Masukkan serbuk lada sulah dan udang kering.
  4. Masukkan pula daging, udang dan fishcake.
  5. Bila daging, udang & fishcake masak, tuangkan pula air.
  6. Bila air mendidih, masukkan mi yang telah digoreng tadi. Bolehlah dirasa tahap kemasinannya. Kalau kurang, tambahkan garam. Kalau suka, masukkan serbuk perisa juga.
  7. Kemudian, bolehlah masukkan sayur-sayuran.
  8. Taburkan dengan bawang goreng sebelum dihidang. Dan, sangat sedap bila dimakan dengan cili jeruk.



Kueh Talam Suji


Assalamualaikum...

Ni la talam untuk minum petang semalam yang disembangkan dengan kak Yatie. Ceh bunyik cam nyembang petang2 atas pangkin, bawah pokok sambil ngunyah2 buah mangga muda kan. Hehee.. jauh imaginasi ku. Nila talam sujee yang Cik Mat kata pingsann kalau makan satu talam. Memang sedaapp. Resepi ni dah setengah adunan pun masih banyak jugak dapat nya. Pagi ni dak kecik tu sarapan kuih ni lagi. Gemar betul dia...Hubby pun cakap kuih talam ni sedap, lembut dan manis yang sederhana.

Resepi asal dari kelas talam Chef Asma dari blog Bdaria. Cik Mat amik dari blog AlongRoz. Mekasih untuk semua. Copy from: Cik Mat


KUIH TALAM SUJI

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
90 gram sugee @ semolina*

225 ml air*(*disatukan dan rendam 30 minit)

110 gram gula halus (mat letak 100 gram)
1 biji telur
100 ml santan pekat
125 ml air
Beberapa titik pewarna kuning
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)


BAHAN LAPISAN ATAS :-)
150 gram gula melaka, potong kecil**saya guna gula merah
25 gram gula pasir**saya letak 1 sudu makan rata
250 ml air*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga gula larut, sejukkan)
75 gram tepung gandum
1 1/2 biji telur (mat letak 1 biji + 1 kuning telur)*saya letak sebiji je
125 ml pati santan
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Panaskan kukusan. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2 1/2 inci dengan plastik bersih. Ketepikan

  1. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Satukan semua bahan2 lapisan bawah kecuali sugee, kacau hingga gula larut dan tapis adunan tadi. Masukkan sugee, kacau rata dan tuang dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kental. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan kukus 25 minit pada api sederhana, tutup permukaan tin dengan aluminium foil atau tudung periuk masa mengukus.


  1. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan bawah, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tapis dan masukkan ke dalam periuk, masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat. Matikan api. Berhati2 tuang atas lapisan sugee tadi (gunakan kaedah menuang bancuhan ke dalam senduk yang di letak atas lapisan sugee, ini bertujuan mengelakkan lapisan bawah tercedera), tutup kembali permukaan tin dan kukus 30 minit pada api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk sebelum dipotong....Selamat mencuba..

Monday, December 27, 2010

Kuih Cara Moden


Assalamualaikum..

Kuih cara moden ni dibuat untuk minum petang semalam. Sedappppp saaangaaattt. Kombinasi rasa kaya ball, pancake, apam dan cara. Haaa...cemana tu? Nak rasa kena buat sendiri. Betul sedap. Diintikan dengan kaya dan moist, kelembutan caranya yang gebu sebab ada yis dan diperam sejam tu kan. Garing kulit ada ala ala kaya ball dan wangi. Bebudak memang suka. Banyak betul deme berdua makan. Skali buat habisss...


Nampak tu gebu dan berspan. Memang ngam inti ngan kaya. Nak buat inti lain pun boleh. Inti jem ke, filing blueberry  pun sedap.


KUIH CARA MODEN
sumber: wifemuda@myr

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung 
4 sudu besar rata gula
1 kecil yis
sedikit garam
250 ml susu cair *saya guna susu segar
2 biji telur
1 sudu kecil essence vanilla* saya add
3 sudu makan butter dicairkan
Sri kaya secukupnya untuk inti

Caranya:
Masukkan semua bahan (kecuali susu, telur dan butter). Gaul sebati.
Kemudian masukkan telur dan susu.
Gaul sebati dan perap selama sejam.
Bila kembang, masukkan butter cair dan kacau perlahan-lahan untuk sebatikannya.
Panaskan acuan cara dan sapukan minyak. Letak adunan dan letakkan inti sri kaya.
Bila masak, angkat dan hidangkan.